artismelayu.net
Muka Depan / Gegar Vaganza / Gegar Vaganza All-Stars / Gegar Vaganza 11 (2024) / Semua peserta Gegar Vaganza /

Gegar Vaganza versi All Stars

Gegar Vaganza All Stars (GV10) 2023 adalah kemuncak kepada Gegar Vaganza sembilan musim sebelumnya. Peserta kali ini terdiri dari semua sepuluh orang juara GV dari musim 1 hingga musim 9. Tujuannya mungkin untuk mencari seorang juara dari kalangan semua juara.

Pihak penerbit (Astro Prima) juga menawarkan enam hot seats kepada peserta bukan juara dari mana-mana musim untuk turut serta berentap dengan 10 juara tadi.

Jadinya, Gegar Vaganza All Stars bukanlah untuk mencari juara di kalangan juara. Kerana ada di kalangan juara itu yang bukan juara.

Hot seats dipilih oleh orang ramai secara undian online. Jadi jumlah peserta GV All Stars adalah 16 orang semuanya. Peserta hot-seats terdiri dari:

  1. Nikki Palikat
  2. Liza Hanim
  3. Tomok
  4. Ezad Lazim
  5. Zamani Slam
  6. Suki Low

Format dan konsep masih sama seperti sembilan GV sebelum ini. Juri tetap tiga orang. Ada juri jemputan. Pemarkahan dilakukan 100% oleh penal juri.

Bentuk persembahan dan 'tugasan-tugasan' juga sama. Sedikit perbezaan ialah hadiah utama meningkat kepada RM200K. Lumayan. Pihak penaja juga bertukar. Ada jaminan yang pihak penaja tidak akan berebut mikrofon.

GV All Stars bersiaran selama 12 minggu dari 24 Sep hingga 10 Dis 2023 melalui saluran Astro Prima.


Syafinaz Selamat, Tok Ram Ramly MS, Hetty Koes Endang

Gabungan trio Nabil Ahmad, Elly Mazlein, Jihan Muse

Juri

Barisan juri terdiri dari komposer otai Ramli MS (Tok Ram), pensyarah muzik dan bekas penyanyi Syafinaz Selamat, dan penyanyi dangdut / keroncong tersohor Indonesia Hetty Koes Endang. Selama 12 minggu merekalah yang membahan peserta dan dibahan pengacara.

Gegar Vaganza All Stars tidak menjemput juri-juri jemputan mingguan seperti pada sembilan musim yang sebelumnya. Hanya Ratu Rock Ella muncul sebagai satu-satunya juri jemputan pada minggu ke-12 (malam final).

Juri lima musim Khadijah Ibrahim juga tidak dimunculkan semula kerana 'tersingkir' pada GV7. Tiada lagi acara menyampai-nyampaikan salam semua orang kepada hos semasa sesi ulasan juri.

Hos

Pasangan hos atau pengacara sepanjang sepuluh musim adalah pelawak handalan Nabil dan Jihan. Untuk pertama kalinya penerbit membawa masuk pengacara ketiga iaitu Elly Mazlein yang pernah menjadi peserta GV4 yang merajuk dan menyingkirkan diri sendiri sebelum tersingkir kerana tergores hati dengan komen gurauan Ramli MS.

Malangnya dalam GV All Stars Elly Mazlein sekali lagi menyingkirkan dirinya (atau disingkirkan) selepas tiga minggu beracara dan menghuru-harakan Nabil dan Jihan.

Elly Mazlein cuba to steal the show dari pasangan kental Nabil dan Jihan tapi tak berjaya. Dia bawa gaya makcik terencat akal. Akhirnya merajuk lagi dan terus play victim menembak Jihan. Apalah makcik ini.


Juara
Jaclyn Victor
Naib Juara
Hady Mirza
Tempat Ketiga
Nikki Palikat

PesertaTiket MasukKeputusan All Stars
1Jaclyn VictorJuara GV9Juara
2Hady MirzaJuara GV6Naib Juara
3Nikki PalikatHot Seat. Naib Juara GV8Tempat Ke-3
4Liza HanimHot Seat. Naib Juara GV4Tempat Ke-4
5NaqiuJuara Musim 6Tempat Ke-5
6TomokHot Seat. Tempat ke-4 GV9Tempat Ke-6
7AzharinaJuara GV3Tempat Ke-7
8Siti NordianaJuara GV2Tempat Ke-8
9Ayai IlusiJuara GV1Tersingkir Minggu 5
10AisyahJuara GV4Tersingkir Minggu 4
11Noryn AzizJuara GV5Tersingkir Minggu 9
12Cliff UmarJuara GV7Tersingkir Minggu 2
13Aliff AzizJuara GV8Tersingkir Minggu 10
14Ezad LazimHot Seat. Tempat ke-3 GV2Tersingkir Minggu 7
15ZamaniHot Seat. Tempat ke-3 GV5Tersingkir Minggu 6
16Suki LowHot Seat. Tempat ke-3 GV8Tersingkir Minggu 2

  • Jaclyn Victor ialah satu-satunya peserta Gegar Vaganza yang menjadi juara dua kali iaitu Juara GV9 dan Juara All Stars (GV10).

  • Nikki Palikat dari GV8 masuk ke GV All Stars melalui tiket hot seats namun dia berjaya menewaskan 8 juara GV iaitu Naqiu (Juara GV6), Azharina (Juara GV3), Siti Nordiana (Juara GV22), Ayai Ilusi (Juara GV1), Aisyah (Juara GV4), Noryn Aziz (Juara GV5), Cliff Umar (Juara GV7) dan Aliff Aziz (Juara GV8). Syabas Nikki.

  • Noryn Aziz (Juara GV5) dan Aliff Aziz (Juara GV8) bukan adik beradik. Lain negara pun.

  • Hanya Liza Hanim pernah menjadi juara mingguan dua kali berturut-turut di GV All Stars.

  • Peserta paling konsisten dalam 12 minggu pertandingan ialah Naqiu.

  • Ratu Rock Ella muncul sebagai satu-satunya juri jemputan di minggu final (minggu 12). Bagi ulasan pun baca skrip. Tapi nak buat macam mana. Ella ialah Ella.

  • Prestasi peserta hot seats berbeza-beza. Tiga OK dan tiga lagi tak OK. Tiga dari mereka menjadi tiga peserta pertama yang tersingkir (dimulai dengan Suki Low, diikuti oleh Zamani Slam dan disudahi oleh Ezan Lazim). Namun tiga orang lagi berjaya masuk malam final. Tomok dapat tempat keenam, Liza Hanim di tempat keempat dan Nikki Palikat naik podium di tempat ketiga.

  • Hady Mirza dan Naqiu adalah juara bersama GV6. Tiada yang dapat memisahkan mereka dari segi pemarkahan, kata barisan juri. Namun di GV All Stars mereka terpisah jua. Hady Mirza naib juara manakala Naqiu tempat kelima. Terpisah tiga level.

  • Dua orang anak En Aziz iaitu Noryn Aziz dan Aliff Aziz yang bukan adik-beradik ni pernah jadi juara mingguan tapi gagal ke malam final. Semua yang pernah jadi juara mingguan berjaya masuk ke minggu final kecuali mereka berdua. Stamina habis di perhujung perjuangan.

  • Hanya empat peserta (dari 16 peserta) yang kental yang tidak pernah mendapat tempat kedua tercorot (hampir tersingkir). Mereka ialah Juara Jaclyn Victor, Naib Juara Hady Mirza, Naqiu dan Tomok.

  • Hanya Naqiu dan Liza Hanim yang tidak pernah dapat tempat lebih rendah dari nombor lapan. Juara Jaclyn sendiri pernah dapat tempat ke-10 (Minggu 4), dan Naib Juara Hady Mirza pernah dapat tempat ke-12 (Minggu 5).

  • Cliff Umar (Juara GV8) hanya sempat beraksi dua minggu di All Stars. Dia menjadi peserta pertama terkandas di All Stars (di minggu kedua).

  • Lebih kurang lima bulan kemudian, Cliff Umar terkandas pula di mahkamah kerana kes dadah.

  • Dari sepuluh Juara GV di All Stars, hanya lima yang layak masuk ke pusingan final. Lima Juara GV yang lain bungkus dan balik awal.

  • Siapa sangka. Tak ikut teori dari buku. Tiga dari enam peserta hot seats (bukan juara GV) berjaya masuk ke pusingan final (Nikki Palikat, Liza Hanim, Tomok).

  • Finalis yang paling tak bermaya tapi bernasib baik ialah Siti Nordiana. Dia dapat tempat tercorot di semi final namun terselamat kerana tiba-tiba tiada penyingkiran pada minggu berkenaan.

  • Dalam pusingan final All Stars, Siti Nordiana berjaya membuktikan yang dia memang peserta paling tidak bermaya dengan mendapat tempat paling last. Tahniah jugaklah.

  • Naqiu buat maksiat secara live di pentas Gegar Vaganza dengan pasangan jemputan Misha Omar. Main genggam-genggam tangan, body rapat hampir melekat, pipi hampir bertemu pipi. Naqiu dah macam nak cemolot Misha Omar. Aksi badan macam tengah tahan klimaks. Dua-dua orang Islam. Suami orang dengan bini orang. Sangat mungkar dan mengaibkan. Semoga mereka berdua sempat bertaubat. Amar makruf nahi munkar.

  • Juri Syafinaz Selamat naik ke pentas untuk beri ulasan persembahan Naqiu. Naqiu dengan lajunya iringi Syafinaz Selamat dengan menarik tangannya ke tengah pentas. Aksi mungkar pegang-pegang tangan berulang lagi. Naqiu ni jenis yang suka sangat pegang tangan bini orang.

  • Hos Nabil memang hauk tapi dia menjadi orang pertama yang menunjukkan sikap tidak senang pada gaya melampau Naqiu. Komen pertama Nabil terhadap Naqiu ialah dia memerli gaya-gaya Naqiu.

    Nabil:Wahh.. dahsyat betullah engkau.
    Nabil:Aku rasa balik ni kau ada masalah tau.
    Syafinaz:Bini tak marah ke?