/ artismelayu.net / Gegar Vaganza All Stars / Semua artis Gegar Vaganza /

Khadijah Ibrahim - Juri Tetap Gegar Vaganza

Khadijah Ibrahim (lahir 19 Januari 1959) adalah salah seorang artis veteran berpengalaman luas Malaysia. Menjadi artis ketika berumur 19 tahun kerana mengikut jejak abangnya (pelakon dan penyanyi Latif Ibrahim) dan kakaknya (pelakon dan penyanyi Sophia Ibrahim).

  • Khadijah Ibrahim ialah salah seorang juri tetap program Astro Gegar Vaganza.

  • Merupakan gandingan terawal ketua juri Ramli M.S untuk musim 1, 2, dan 3 semasa Gegar Vaganza mengekalkan dua juri tetap sahaja.

  • Selepas itu tempatnya sebagai juri tetap digilir-gilirkan dengan Hetty Koes Endang. Khadijah Ibrahim menjadi juri tetap sekali lagi pada GV5 dan akhirnya sekali pada GV7.

  • Bermula dari GV8 hingga GV10 (All Stars), juri tetap adalah tiga orang. Namun sudah tidak lagi melibatkan Khajidah Ibrahim.

  • Khadijah Ibrahim gemar membahasakan dirinya sebagai 'ibu' apabila berkomunikasi dengan peserta. Kurang sesuai dan tidak profesional.

  • Paling banyak kena kritik

  • Dilihat seolah-olah mengamalkan 'pilih kasih'. Juga pernah terdapat desakan supaya Astro mencari juri lain.

  • Kerap sampaikan salam orang kepada host rancangan, Nabil dan Jihan Muse. Khadijah Ibrahim kata itu 'amanah' orang.

  • Tapi sebenarnya boleh saja sampaikan salam berkenaan di belakang pentas, atau di tepi pentas, atau di tepi tandas atau di mana-mana sahaja tetapi bukan semasa siaran langsung sedang ke udara. Tidak perlu gunakan masa semasa sedang menjalankan tugas secara live.
  • Juga dikritik kerana selalu menyebut nama pereka busana pada setiap konsert Gegar Vaganza musim 5. Sepatutnya juri bersifat profesional dan tak perlu melalut kepada perkara-perkara di luar skop penjurian.

  • Khadijah Ibrahim adalah cerminan Gegar Vaganza

  • Berkemungkinan Khadijah Ibrahim ikut skrip. Atau dia diberikan skop yang luas dan longgar dalam kerangka hauk. Dalam Gegar Vaganza pun memang bayak watak yang psiko. Mungkin ini semua salah penerbit.