Ramli M.S. (Ramli bin Mohd Salleh, Dato') ialah ketua juri program Astro Gegar Vaganza.
Satu-satunya juri tetap dalam kesemua sepuluh musim Gegar Vaganza.
Menjadi juri berdua dengan Khadijah Ibrahim untuk GV1, GV2 dan GV 3. Bermula dari GV4, ada tiga juri tetap.
Ramli MS ialah pemuzik dan komposer yang terkenal dan berpengalaman luas di Malaysia.
Dia ni asalnya orang Singapura. Dilahirkan pada 17 November 1958 di Geylang, Singapura.
Bertukar kerakyatan Malaysia pada 1989.
Dalam tahun 2011 dapat pula anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'.
Bekas pengetua Akademi Fantasia musim ke-2 dan ke-6.
Lebih mesra dengan panggilan Tok Ram namun tiada kena mengena dengan Ramlah Ram.
Tidaklah berpendidikan tinggi. Hanya tamat sekolah darjah 6 kerana masalah kewangan ibu-bapanya.
Pernah menjadi buruh binaan pada usia mentah 8 tahun lagi untuk membantu keluarga.
Sangat meminati bidang muzik dan mula mempelajari ilmu muzik sejak usia 14 tahun.
Mengumpul pengalaman luas dalam bidang muzik di Hong Kong.
A typical Singaporean. Cakap lepas dan direct dengan gaya selamba.
Kritikannya menyebabkan penyanyi Elly Mazlein koyak dan terus menarik diri dari Gegar Vaganza Musim 3. [Berita Harian].