/ artismelayu.net / Gegar Vaganza All Stars / Semua artis Gegar Vaganza /

Hetty Koes Endang - Juri Tetap Gegar Vaganza

Penyanyi keroncong Indonesia yang legend lagi tersohor. Mula menyanyi sejak tahun 1977. Setia pada genre keroncong. Lagu duet beliau bersama Ajie Bandi, "Damai Tapi Gersang" (1977) ialah lagu Indonesia pertama yang memenangi Festival Lagu Popular Dunia di Tokyo. Lagu itu juga dipilih oleh Rolling Stone Indonesia pada 2009 sebagai salah satu lagu Indonesia terbaik sepanjang zaman.

  • Hetty Koes Endang (Hetty Koes Madewy) ialah seorang pelakon dan penyanyi lagenda Indonesia yang menjadi juri tetap program Gegar Vaganza Malaysia pada musim 4, 6, 8 dan 10.

  • Sebelum menjadi juri tetap pada GV4, Hetty Koes Endang menjadi juri jemputan di pusingan akhir GV3.

  • Dia pernah ditawarkan sebagai juri tetap musim 7 namun dia menolak kerana perkahwinan anak bongsunya di Indonesia berlangsung pada waktu yang sama dengan program Gegar Vaganza. Tambahan pula jika menjadi juri, Hetty Koes Endang terpaksa berada di Kuala Lumpur selama tiga bulan (satu musim Gegar Vaganza).

  • Ungkapan trademarknya ialah "Tembak! Tembakannya tepat menuju sasaran!"

  • Lahir pada 6 Ogos 1957 iaitu sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

  • Dilihat sebagai watak juri yang dibawa masuk untuk mengisi tempat juri tetap Khadijah Ibrahim yang banyak menerima kritikan penonton dan peminat rancangan Gegar Vaganza.

  • Konon cerita nama penyanyi dan pelakon Singapura yang menjadi peserta Gegar Vaganza Musim 5, Hetty Sarlene, diberi oleh ibu bapanya yang sangat meminati Hetty Koes Endang.