/ artismelayu.net / Gegar Vaganza All Stars / Semua artis Gegar Vaganza /

Syafinaz Selamat - juri tetap Gegar Vaganza

Syafinaz lahir pada 11 Januari 1973. Menyanyi sejak umur 7 tahun. Dah ada album sejak umur 16 tahun. Tapi sekarang lebih dikenali sebagai jurulatih vokal. Juri tetap yang paling berseri di tengah-tengah juri tetap lain yang kelam.

  • Syafinaz Selamat ialah salah seorang juri tetap Gegar Vaganza untuk tiga musim terakhir iaitu GV8, GV9 dan GV 10 All Stars apabila Astro mula memperkenalkan penal juri tiga orang.

  • Syafinaz mengambil kerusi yang dikosongkan oleh juri tetap Khadijah Ibrahim.

  • Syafinaz pernah menjadi juri jemputan sebanyak 4 kali sebelum mula menjadi juri tetap.

  • Juri tetap paling muda, paling lawa tapi paling tak terkenal

  • Syafinaz mula menyanyi seawal umur 7 tahun dan sudah mempunyai album pertama (bertajuk 'Syafinaz') semasa berumur 16 tahun.

  • Tapi berbanding dengan juri tetap yang lain yang veteran lagi otai, Syafinaz is a nobody. Lepas dia berhenti menyanyi, orang pun dah tak ingat siapa dia dan apa lagu dia. Kalau ditanya 10 orang di jalanan tentang lagu-lagu Syafinaz, rasa-rasanya 11 orang tak pernah dengar pun.

  • Selepas berhenti menyanyi secara komersil, Syafinaz menjadi pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan UiTM, pensyarah di ASWARA, vokal master untuk Koir Kebangsaan Malaysia dan kumpulan Genius Seni Koir (Koir PERMATA Seni), salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

  • Jadi kelayakan Syafinaz on paper memang lebih profesional dan sangat memberangsangkan. Syafinaz sekarang lebih terkenal sebagai jurulatih vokal.