artismelayu.net
Muka Depan / Gegar Vaganza / Gegar Vaganza All-Stars / Gegar Vaganza 11 (2024) / Semua peserta Gegar Vaganza /

Gegar Vaganza terbitan Astro
Pertandingan persembahan nyanyian di kalangan
penyanyi-penyanyi yang telah lama menyepi


Gegar Vaganza ialah program realiti TV tahunan terbitan Astro yang menghimpunkan semula penyanyi-penyanyi yang sudah tidak lagi aktif dalam industri nyanyian ke dalam suatu pertandingan persembahan nyanyian untuk berentap sesama sendiri untuk mencari seorang juara.

Falsafah tersembunyi (menurut pihak penerbit) adalah untuk menggilap semula bakat penyanyi lama yang sudah lama menyepi dalam bidang seni.

Sebahagian besar peserta Gegar Vaganza ialah penyanyi-penyanyi yang sudah berada di penghujung karier, yang sudah dilupakan atau semakin dilupakan, yang telah mengubah halatuju hidup, dan yang telah bertukar karier.

Berbeza dengan program realiti Kilauan Emas 'Otai Masih Berbisa', penyanyi Gegar Vaganza mestilah yang pernah menjadi artis rakaman.

Sejak siaran pertama pada November 2014 hingga sekarang, Gegar Vaganza telah mengumpulkan 112 penyertaan yang melibatkan 129 penyanyi (solo dan berkumpulan) dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Antara kelainan program Gegar Vaganza ialah pihak juri ada peranan dalam perjalanan program. Mereka boleh beri komen, meluahkan perasaan, beri imuniti dan berebut mikrofon. Antara yang pernah menjadi penaja ialah Datuk Vida, Farm Fresh, Digi, Adabi, D'Herbs, Cuckoo, Uphamol, Foodpanda.


Hos Nabil dan Jihan

Ketua Juri Ramly MS (Tok Ram)

Hetty Koes Endang

Syafinaz Selamat

Khatijah Ibrahim

Penal Juri Tetap Pengacara
  • Nabil Ahmad
  • Jihan Muse
  • Elly Mazlein
  • AC Mizal

Hos tetap GV sepanjang musim ialah pasangan Nabil dan Jihan. AC Mizal menggantikan Nabil yang demam pada minggu pertama GV7. Sekali itu sahaja. Elly Mazlein menggantikan Jihan (cuti maternity) sepanjang GV9 dan menjadi hos ketiga dalam minggu 1-3 GV All Stars.

Mereka pernah jadi juri jemputan

Paling kerap menjadi juri jemputa ialah AC Mizal (8 kali), Yusof Haslam (8 kali), Mamat Khalid (7 kali), Ahmad Tamimi Siregar (7 kali), M.Nasir (6 kali), dan Rosyam Nor (6 kali).

Artis lain yang pernah dijemput sama menjadi juri ialah Jamal Abdillah, Mokhzani Ismail, Syafinaz Selamat (sebelum menjadi juri tetap), Pak Ngah, Joe Flizzow, Salleh Yaakob, Nash, DJ Dave, Jennifer Thompson, Chef Wan, Ella, Jalaluddin Hassan, Wah Idris, Rizalman Ibrahim, Shah Rezza, Jay Jay, Saari Amri, Aznil Hj Nawani, Fauzi Marzuki, Manan Ngah, Hattan, Awie, Saiful Apek, Ed Saad, Black Hanifah, Awi Rafael, Hazama, Julie Sudiro, Akim Ahmad, Waris, Norman KRU, A. Rahman Hassan, Zainal Abidin, Tiara Jacquelina, Hetty Koes Endang (sebelum menjadi juri tetap), Rahimah Rahim, Marlia Musa, Raisa, Edry KRU, Ning Baizura, Faizal Hussein, M.Daud Kilau, Jeffridin, dan semua juara GV1 hingga GV7 (Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah, Noryn Aziz, Hady Mirza, dan Naqiu.

10 Musim dan 10 Juara

Sembilan musim Gegar Vaganza telah melahirkan sepuluh juara dan sembilan naib juara. Ada dua juara bersama dalam Gegar Vaganza 6.

Gegar Vaganza All Stars (Musim 10, 2023) adalah pertandingan recycle yang mengumpulkan semula semua sembilan juara dan beberapa bekas peserta pilihan peminat.

Sehingga kita Gegar Vaganza telah menarik minat 105 artis solo dan 7 artis kumpulan.

Bleum pernah ada penyanyi berkumpulan yang menjadi juara. Juara pertama ialah Ayai bekas vokalis kumpulan Ilusi manakala juara terakhir (Gegar Vaganza All Stars) ialah Jaclyn Victor. Hanya Jaclyn Victor pernah jadi juara dua kali (GV 9 dan GV 10).

Dua penyanyi Singapura pernah menjuarai Gegar Vaganza. Penyanyi Hady Mirza juara GV6 (2019) manakala penyanyi Aliff Aziz juara GV8 (2021).


Ayai Ilusi
GV1 (2014)

Siti Nordiana
GV2 (2015)

Azharina
GV3 (2016)

Aisyah
GV4 (2017)

Noryn Aziz
GV5 (2018)

Hady Mirza
GV6 (2019)

Naqiu
GV6 (2019)

Cliff Umar
GV7 (2020)

Aliff Aziz
GV8 (2021)

Jaclyn Victor
GV9 (2022)
GV10 (2023)