/ Muka Depan / 2025 / Artis meninggal dunia 2024 / 2023 / 2022 /

Artis Melayu meninggal dunia 2024
23 orang anak seni meninggal dunia tahun lepas (2024)


21 Disember 2024
Bekas anggota kumpulan nasyid Raihan, Nordin Jaafar, 49, meninggal dunia di rumahnya di Ulu Yam Nharu, Batang Kali, dipercayai akibat dari komplikasi kencing manis dan buah pinggang.

19 Disember 2024
Lan Zailan, 66 tahun, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada lebih kurang pukul 4 pagi dipercayai kerana komplikasi barah pankreas.

16 Disember 2024
Gitaris asal kumpulan rock Lela, Din Lela (Salehuddin), meninggal dunia dalam usia 54 tahun di Hospital Melaka dipercayai kerana masalah pernafasan.

14 Disember 2024
Malek Zabarjad, 56 tahun, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya di Johor Bahru

8 Disember 2024
Penyanyi irama Melayu asli 1960-an, Aspalela Abdullah, 79, meninggal dunia semasa dibawa ke hospital selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya.


7 Disember 2024
Pelakon kelahiran New Zealand, Johan Abdullah, 76, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, akibat jangkitan kuman dalam darah.

24 November 2024
Maestro muzik tanah air dan Seniman Negara Ahmad Nawab, 92, meninggal dunia di rumahnya di Taman Melewar, Gombak. Arwah meninggal dunia dengan tenang dalam keadaan duduk.

Hari Jumaat 22 November 2024
Gitaris kumpulan Spider dan jurutera bunyi Luncai Emas, Napie (Hanafi Hamdan) meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat angin ahmar semasa berumur 51 tahun.

16 November 2024
komposer S Atan (Hashim Said, 75), meninggal dunia di rumahnya akibat jangkitan kuman di paru-paru.


23 Ogos 2024
penyanyi veteran M.Rizal, 77 tahun. Meninggal dunia kerana masalah kesihatan.

14 Ogos 2024
penyanyi muda dan youtuber Nidza Afham, 23 tahun, dilaporkan meninggal dunia akibat lemas di Sungai Kelang.

4 Ogos 2024
Penyanyi Jay Jay, 67 tahun. Meninggal dunia kerana masalah kegagalan beberapa organ dalaman.

7 Julai 2024
Pengarah dan pengkritik filem Mansor Puteh, 70 tahun. Meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

25 Jun 2024
Pelakon veteran Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka semasa berusia 62 tahun. Arwah mengidap kanser paru-paru tahap empat.


4 Jun 2024
Pelakon dan pelukis Pyanhabib, 66 tahun. Meninggal dunia kerana masalah kesihatan.

26 Mei 2024
Penyanyi dan pengacara Nabil Mentor, 36 tahun. Meninggal dunia dipercayai kerana serangan jantung.

22 Mei 2024
Anggota kumpulan nasyid Rabbani, Muhammad Nazrul Azhar Tamrin meninggal dunia dalam tidur di rumahnya di Saujana Utama, Sungai Buloh semasa berumur 74 tahun.

9 Mei 2024
Bintang Pop Yeh Yeh, A Halim (Halim Md Diah, 77) meninggal dunia di Hospital Penawar, Pasir Gudang, selepas hadapi masalah sesak nafas.

6 Mei 2024
Penyanyi dan pelakon Hail Amir, 76 tahun. Meninggal dunia kerana masalah kesihatan.


3 April 2024, pelakon, pelawak, chef Jaafar Onn, 72 tahun. Meninggal dunia kerana masalah kesihatan.

6 Mac 2024, drummer kumpulan thrash metal Miji Cromok, 58 tahun. Meninggal dunia kerana masalah kesihatan.

Hari Jumaat, 5 Januari 2024, penyanyi, pelakon, dan pelawak, Hamdan Senario, 54 tahun. Meninggal dunia kerana masalah kesihatan.

3 Januari 2024 | Pemain keyboard kumpulan Kembara dan Ilusi, Md Shah (Muhammad Shah) meninggal dunia di Amerika Syarikat semasa berumur 73 tahun dipercayai akibat dari komplikasi kanser kelenjar.