Sabtu, 14 Disember 2024 Penyanyi Malek Zabarjad (Ab Malek Mohd Amil, 56 tahun) iaitu vokalis kumpulan rock Zabarjad meninggal dunia dalam tidur di rumahnya di PPR Melana Indah di Taman Melana, Johor Bahru pada kira-kira pukul 6.30 petang akibat serangan angin ahmar.
Jenazah disemadikan di Tanah Merkuburan Bukit Alif, Johor Bahru.
Arwah menderita kerana serangan strok sejak Januari lalu. Pernah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan strok yang menyebabkan arwah terpaksa berehat dari menyanyi.
Dalam dua tiga hari sebelum meninggal dunia, arwah mula kurang selera makan,
|
|
Malek Zabarjad (Ab Malek Mohd Amil)
Vokalis kumpulan Zabarjad
Lahir di Johor Bahru pada 20 Ogos 1968
Menjadi penyanyi sejak tahun 1991
|
Kumpulan rock Zabarjad ditubuhkan dalam tahun 1991 dan masih aktif hingga kini.
Zabarjad dianggotai oleh Zaim (gitar), Lias (gitar), arwah Zul Md Johan (bass), arwah Malek (vokalis) dan Zul (dram).
Kumpulan ini pernah ada dua album iaitu Tarian Jemari (1991) dan Perhitungan (1993).
Lagu 'Karam' di youtube (dengan lirik)
|
|