M.Sani, 11 Januari 2022

Penyanyi lagu Gadis Semalam, M Sani menghembuskan nafas terakhir pada usia 70 tahun. Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat penyakit kencing manis di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11 Januari lalu.

Mastura Ismail, 9 Februari 2022

Penyanyi yang pernah mencetuskan fenomena sekitar 1980-an menerusi lagu menggunakan loghat Negeri Sembilan, Apo Kono Eh Jang, Datin Mastura Ismail menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun. Allahyarhamah meninggal dunia pada 9 Februari akibat kanser ovari tahap empat di kediamannya yang terletak di Cheras.

Amran Tompel, 26 Mac 2022

Pelakon dan pelawak terkenal, Amran Tompel menghembuskan nafas terakhir pada 26 Mac di kediamannya di Negeri Sembilan. Allahyarham Amran atau nama sebenarnya, Amran Aman Ramlie meninggal dunia pada usia 72 tahun akibat kanser usus. Allahyarham yang merupakan anak kepada seniman tersohor, Allahyarham AR Tompel pernah membintangi Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak dan banyak lagi.

Rudy Imran Shamsuddin

Penulis lirik tersohor, Rudy Imran Shamsuddin meninggal dunia pada usia 47 tahun akibat penyakit kanser usus yang sudah dihidapinya sejak beberapa tahun lalu. Allahyarham yang sangat masyhur menerusi lirik Lelaki Teragung dan Di Pintu Syurga itu meninggal dunia di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor.

Aman Shah, 14 September 2022

Penyanyi Aman Shah menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 14 September lalu. Allahyarham yang popular menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti ini pernah berlakon dalam filem antaranya Darah Satria, Azura dan Aku Bukan Gila. Allahyarham Aman Shah pernah mengalami serangan jantung sebelum ini kemudian menerima rawatan di Hospital Melaka pada Oktober 2021.

Adibah Nor, 18 Jun 2022

Penyanyi Adibah Noor menutup usia pada 18 Jun lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur. Allahyarhamah sudah lama menghidap kanser ovari namun dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Bekas peserta program Gegar Vaganza 8 ini dilaporkan mengalami sesak nafas secara tiba-tiba sebelum meninggal dunia.

Bob Lokman, 23 September 2022

Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman meninggal dunia pada 23 September di kediamannya di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Allahyarham Bob Lokman pernah menghasilkan lirik lagu Isabella termasuk Taman Rashidah Utama (Wings), Rendang Tak Berbuah (Hattan) juga antara karya yang mendapat sentuhan emas Allahyarham Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.

Syazlin Zainal, 11 November 2022

Selebriti media sosial, Syazlin Zainal meninggal dunia pada 11 November disebabkan terjatuh daripada tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru. Pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok dan Dia Yang Ku Jadikan Suami meninggal dunia pada usia 26 tahun dan perkara ini disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.


Bekas penyanyi M.Sani


Bekas penyanyi Mastura Ismail


Bekas pelakon Amran Tompel


Bekas penyanyi Aman Shah


Pelakon dan penyanyi Adibah Nor


Penulis lirik Bob Lokman


Pelakon drama Syazlin Zainal