/ Muka Depan / Artis meninggal dunia 2024 / 2023 / 2022 /

Komposer S Atan meninggal dunia

  • Sabtu, 16 November 2024 Kmposer S Atas (Datuk Hashim Said, 75 tahun) meninggal dunia di rumahnya di Taman Bukit Kajang Baru, Selangor, akibat sesak nafas yang berpunca dari jangkitan kuman di paru-paru.

  • Arwah sudah sebulan sakit dan paling akhir mendapatkan rawatan hospital adalah dalam bulan September yang lepas.

  • Selepas rawatan hospital tersebut, arwah sudah mula menggunakan alat bantuan pernafasan. Pertuturannya juga sudah semakin tidak baik.

  • Arwah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di Kajang.

  • Anugerah yang pertama dan terakhir

  • Arwah dipilih untuk menjadi penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat oleh akhbar Berita Harian di malam ABPBH 36 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) yang bersiaran secara langsung pada 11 Oktober yang lepas.

  • Tapi itu semua tidak penting. Itu semua anugerah duniawi. Apa yang lebih penting ialah sekiranya arwah dianugerahi limpah rahmat Allah SWT untuk dibawa bersama ke alam akhirat yang kekal abadi.

  • 13 tahun bersama EMI sebelum menjadi komposer bebas

  • S Atan pernah berkhidmat dengan Majlis Bandaran Shah Alam. Dalam tahun 1972, S Atan menjadi penerbit di syarikat rakaman EMI. 13 tahun kemudian, S Atan berpindah ke sebuah syarikat rakaman irama Malaysia dan berkhidmat selama dua tahun. Selepas itu, arwah meneruskan kariernya dalam bidang seni muzik dan seni suara sebagai penerbit dan komposer freelance.

  • Keluarga yang ditinggalkan

  • S Atan berkahwin dengan Norizan Yeob (sekarang 60 tahun) dan mempunyai enam orang anak iaitu Rozdi, Rozainie, Rozairie, Rozaimie, Norhafieza dan Norhanina.

  • Antara harta yang paling berharga untuk orang yang telah meninggal dunia ialah anak yang soleh. Semoga anak-anak arwah S Atan sentiasa berdoa untuknya dan melakukan amal ibadat yang membantu arwah di sana.

  • Wajar digelar Raja Lagu-lagu Pop, kata Sifu M Nasir

  • M Nasir berkata demikian kerana S Atan adalah komposer yang sangat prolifik dan kebanyakan lagunya adalah malar segar.

  • S Atan adalah komposer paling top tahun 70an. Walau pun tahun 80an muncul komposer-komposer baru, namun S Atan tetap berjaya menghasilkan karya-karya yang menjadi siulan orang ramai.
  • M Nasir mengakui yang kadang kala dia berasa cemburu bila S Atan dapat menghasilkan karya yang M Nasir rasa dia tak mampu buat.

  • S Atan (Hashim Bin Said) lahir di Singapura pada 1 Ogos 1949.

  • Dibesarkan di Geylang, Singapura bersama 13 adik-beradiknya.

  • Meninggal dunia semasa berusia 75 tahun.

  • Seorang komposer. Antara komposer terbaik negara.

  • Aktif sejak 1970 hingga meninggal dunia (54 tahun lamanya).

  • Menghasilkan lebih 1000 karya untuk penyanyi tempatan termasuk untuk tiga Biduan Negara iaitu Syarifah Aini, SM Salim dan Siti Nurhaliza.

  • S Atan adalah pencipta dua lagu Hari Raya yang abadi di hati orang Melayu iaitu Dari Jauh Ku Pohon Maaf dendangan Sudirman, Menjelang Hari Raya dendangan DJ Dave, Salam Aidilfitri dendangan Jamal Abdillah, dan Cahaya Aidilfitri dendangan Black Dog Bone.

  • Sejak tahun 1976, S Atan telah mencipta sebanyak 56 lagu-lagu raya.

  • Pernah menjadi pemuzik pengiring kepada M Nasir semasa M Nasir dijemput membuat persembahan di Mancester, UK dalam tahun 1997.

  • Salah seorang adik S Atan Belle Fatah ialah seorang penulis lagu.

  • Komposer kelahiran Singapura, Ramly MS (Nabil dan Jihan panggil dia Tok Ram) adalah anak saudara S Atan.

  • Penyanyi Alyah (datin, isteri Ramly MS) adalah juga anak saudara S Atan.

  • S Atan meletakkan harga RM15,500 untuk setiap lagu dan lirik ciptaannya.