/ Muka Depan / Artis meninggal dunia 2024 / 2023 / 2022 /

Aktor Lan Zailan meninggal dunia

    Khamis, 19 Disember 2024

  • Pelakon Lan Zailan (Zailan Kamaruddin, 66 tahun) meninggal dunia pada lebih kurang pukul 4 pagi dipercayai kerana komplikasi barah pankreas.

  • Arwah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas 23 hari menerima rawatan.

  • Jenazah dimandikan dan dikafankan di PPUM, disembahyangkan di Masjid As Salam Puchong Perdana dan disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya pada hari yang sama.

  • Arwah dipercayai mengalami komplikasi barah pankreas tahap empat dan telah berada di PPUM sejak 27 November 2024 lagi.


Karier Seni

Lan Zailan pernah terlibat dalam 14 buah filem, 23 drama dan 8 telefilem.

Filem pertama Lan Zailan Suami, Isteri dan dot dot dot (1996) dan yang terakhir adalah filem seram Hospital (2017).

Drama pertama yang melibatkan Lan Zailan adalah Santan Berlada (1990) manakala yang terakhir adalah drama Takdir Itu Milik Aku dalam tahun ini (2024).

Antara filem yang pernah dibintangi oleh Lan Zailan: Suami, Isteri dan... (1996), Anaknya Sazali (2000), Ngangkung (2010), Bini-Biniku Gangster (2011), Papa I Love You (2011), Halim Munan (2012), Pada Suatu Cinta Dahulu (2013), 99 Kali Rindu (2013), Longkai (2013), Jangan Pandang Belakang Boleh (2014), Lu, Gua, Bro! (2014), Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa (2014), Keranda TokWan Terbang (2017), dan Hospital (2017).

Pada 10 Oktober 2020 semasa berumur 62 tahun, Lan Zailan bernikah lagi. Kali ni dengan orang rumah yang ada sekarang ini iaitu Ruby Sara Omar.

Isteri pertama Lan Zailan ialah Hasnah Mohd Taib yang meninggal dunia pada 14 Julai 2016.

  • Pada awal tahun ini Lan Azlan menyatakan hasrat untuk menjual kereta kesayangannya Daihatsu Charade yang telah menjadi miliknya selama 14 tahun.

  • Kata Lan Zailan ia merupakan kesan dari kekurangan tawaran berlakon untuknya.

  • Pada awal tahun 2024, Lan Zailan banyak melibatkan diri dengan program jualan anjuran Gabungan Transformasi Anak Seni (GTAS).

  • Dia menjual krepek dan produk kesihatan.

  • Kadang-kadang dia buka booth berniaga di tepi jalan sahaja di kawasan Hulu Langat sebab dia tinggal di situ. Penguatkuasa tidak pernah mengambil tindakan terhadap peniaga tepi jalan di Hulu Langat.

  • Lan Zailan (Zailan Kamaruddin)

  • Pelakon sejak 1980

  • Lahir 10 Oktober 1958

  • Meninggal dunia 19 Disember 2024

  • Umur 66 tahun

  • Hadapi komplikasi barah pankreas

  • Disemadikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya

  • Meninggalkan seorng balu, Ruby Sara Omar.

  • Pernah berkahwin dengan Hasnah Mohd Taib (meninggal dunia 2016)