6 Januari 2024 | Penyanyi Yazid Izaham, 26, bertunang selama lima bulan sebelum mendirikan rumah tangga dengan youtuber Farisya Azman pada 6 Januari 2024.
Mereka berkahwin di Kota Bharu, Kelantan dengan mas kahwin RM10K.
17 Januari 2024 | Pelakon, model dan pengacara Singapura, Erwin Dawson (Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, 35) mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Cina bernama Lee Suxiu (Solleha Bazilah, 29) pada 17 Januari 2024.
21 Januari 2024 | Pelakon Singapura Atikah Suhaime, 33, berkahwin dengan ahli perniagaan Malaysia, Lokman Teh, 35, pada 21 Januari 2024.
Lokman Teh ialah CEO Zaitun.
Berkenalan sejak 2019. Bertunang sebulan sahaja.
Majlis nikah secara tertutup di Cornerstone IPC KL (Garden in the City of KLCC).
Husband tak suka Atikah berlakon pegang-pegang tangan.
Atikah Suhaime ialah bekas tunang penyanyi Awi Rafael. Putus tunang beberapa hari sebelum majlis kahwin.
24 Januari 2024 | Pelakon ibu tunggal Nurul Shakila Mohd Khoriri, 35, mendirikan rumah tangga dengan orang TV Okey, Fariz Zulkepley pada 24 Februari 2024.
Majlis diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan.
Perkahwinan kedua Nurul Shakila. Pernah berkahwin dengan penyampai radio Suria FM, Fizi Ali pada Januari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.
Pada 21 Oktober 2024, kes hadanah ke atas anaknya Ameena diselesaikan dengan bekas suami, Fizi Ali setelah setahun naik-turun Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Fizi Ali buat tuntutan hadanah ke atas Ameena, 5 tahun pada 15 Disember 2023.
2 Mac 2024 | Pelakon Fadhli Masoot (Mohd Fadhli Masoot, 28), berkahwin dengan Suraya pada 2 Mac 2024.
Mereka bercinta dua tahun bermula di medsos.
4 April 2024 | Pelawak Along Cham, 41, yang telah menduda selama 8 tahun akhirnya selama bernikah dengan seorang ibu tunggal, Afreena Suhaimi, 32 tahun.
Ini ialah perkahwinan kedua Along Cham selepas menceraikan isteri pertamanya (Zila Seeron) yang curang.
21 April 2024 | Bekas anggota kumpulan Dolla, penyanyi Syasya Rizal (Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23) berkahwin dengan Nasrullah Mohd Sapie pada 21 April 2024.
Semua anggota kumpulan Dolla (Sabronzo, Tabby dan Angel) tak datang ke majlis resepsi.
Syasya ialah cucu pelakon veteran Rozie Othman.
5 Mei 2024 | Pelakon Afifah Nasir (Nur Afifah Md Nasir, 31) berkahwin dengan Syed Hariz pada 5 Mei 2024.
Majls diadakan secara tertutup di Hotel The St.Regis, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh kerabat terdekat sahaja.
Majlis resepsi diadakan di tempat yang sama pada sebelah malamnya.
Afifah ialah anak professor dan adik kepada pelakon Anzalna dan pelakon Mia.
21 Jun 2024 | Pelakon Ahmad Redza Rosli, 32, berkahwin dengan pelakon Bella Hanna (Farhana Nabila Rosman, 28) dalam satu majlis di Forest Valley, Cheras, pada hari Jumaat 21 Jun 2024.
Tak bertunang. Terus kahwin.
Mereka pernah berlakon bersama dalam drama 'Luruhnya Bunga Cinta' (TV3, 2023).
Tapi bunga cinta sebenar mereka tak luruh, sebab mereka jadi kahwin.
26 Julai 2024 | Penyanyi dan pelakon Sarah Suhairi, 23, berkahwin dengan seorang pensyarah UTM dan duda anak tiga (14, 10 dan 8 tahun) Aswad Anuar, 39, pada 26 Julai 2024.
Majlis diadakan di Hulu Langat, Selangor.
Mula berkenalan dengan suaminya di kelab equestrian empat tahun yang lalu dan bertunang pada 27 Januari tahun ini.
Namun hubungan mereka tidak dihebahkan.
Sarah ialah pemenang 'Big Stage' 2018.
10 Ogos 2024 | Selepas bercinta lapan tahun, pelakon dan penyanyi dan ibu tunggal Jeslina Hashim, 46, mendirikan rumah tangga dengan Tunku Eddy Nasruan Adi dalam satu majlis tertutup pada 10 Ogos 2024.
Jeslina pernah berkahwin dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005 namun bercerai pada Mac 2013.
Ada tiga orang anak dengan suami terdahulu iaitu Micah (15 tahun) dan Keira (13 tahun).
Last berlakon tahun 2004.
8 November 2024 | Balu anak empat, penyanyi Ina Naim (Nordiana Mohd Naim, 40) berkahwin dengan seorang jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor, 41, di Felcra Sungai Ara pada 8 November 2024.
Belum pun sempat setahun suami Ina Naim, bekas penyanyi nasyid In-Team Suhaimi Saad, meninggal dunia.
Bapa Ina Naim minta tangguh setahun. Tapi Ina Naim tak boleh tunggu. Anak-anak Ina Naim semuanya tak bersetuju sebab bapa kesayangan mereka baru meninggal dunia. Ina Naim memujuk anak-anaknya selama dua bulan tanpa jemu.
Bersungguh-sungguh Ina Naim mahukan seorang lelaki. Akhirnya mereka berkahwin dan Ina Naim kata itu semua adalah takdir. Bagi yang masih ingat, Ina Naim ialah bekas tunang Mawi.
1 Disember 2024 | Komposer dan vokalis kumpulan Butterfingers, Emmett (Emmett Roslan Ishak, 47) mendirikan rumah tangga dengan Nadira Hanum Akbar Shah.
Ini ialah perkahwinan kedua Emmett. Kali pertama dahulu adalah dengan wartawan hiburan sebuah akhbar berbahasa Inggeris. Emmett ada dua orang anak hasil perkongsian dengan perkahwinan terdahulu.
21 Disember 2024 | Penyanyi 80an Suliza Salam, 59, selamat bernikah dengan rakan perniagaannya, Ismail A. Samad dalam satu majlis tertutup di Bukit Kiara.
Ismail A. Samad ialah duda 10 tahun.
Perkahwinan pertama Suliza Salam ialah dengan Zainal Nazeri Zainudin pada 11 Januari 1991 dan dapat tiga orang anak (Nurizzati, Nur Falahi dan Ismail Izzani). Mereka bercerai senyap-senyap.
Namun Suliza Salam ada menyebutkan yang dia sudah tiga tahun hidup solo.
Suliza Salam ialah emak kepada penyanyi, pelakon dan komposer Ismail Izzani.
|
|
|
Yazid Izaham bertunang selama lima bulan sahaja sebelum nikah.
Redza Rosli langsung tak bertunang. Nikah terus.
Atikah Suhaime putuskan pertunangan dengan penyanyi Awi Rafael untuk nikah dengan CEO Zaitun.
Nurul Shakila, Jeslina Hashim, dan Ina Naim masing-masing nikah kali kedua.
Syasya Rizal mula pakai tudung bila nak kahwin.
Afifah Nasir dilamar di tepi pesawat ringan (tengah parking) tapi masa majlis kahwin pakaiannya tak cukup kain.
Ahmad Redza dan Bella Hanna adalah satu-satunya pasangan artis kahwin artis tahun ini.
Sarah Suhairi dan Syasya Rizal adalah artis paling muda kahwin tahun ini. Mereka berdua berumur 23 tahun.
Suliza Salam ialah pengantin paling senior tahun ini. Dia berumur 59 tahun.
Sarah Suhairi ialah artis paling muda kahwin namun terus dapat tiga anak tiri.
Jeslina Hashim, (46 tahun) ialah artis paling tua kahwin tahun ini.
Ina Naim paling cepat kahwin lain. Tak sampai setahun. Mula dating di medsos dengan calon suami enam bulan lepas kematian bekas suami.
|
|