Jumaat 8 November 2024 Penyanyi Ina Naim (Nordiana Mohd Naim, 40 tahun) selamat berkahwin dengan seorang duda anak dua, jurutera Mohd Khairul Rizal Shukor (41 tahun).
Majlis akad nikah diadakan di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor. Majlis berlangsung secara sederhana dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
Kenapa di Felcra Sungai Ara? Kerana memang di situ tempat tinggal Ina Naim. Selepas menjadi balu, Ina Naim dan empat orang anak-anaknya balik ke kampung mereka di Felcra Sungai Ara dan tinggal dengan bapanya.
Bapa lega lepaskan Ina Naim
Bapa Ina Naim iaitu Naim Samijan ada memberitahu wartawan yang dia pun sebenarnya tidak mampu lagi untuk menanggung anaknya dan cucu-cucunya memandangkan usianya semakin meningkat.
Kata-kata bapa Ina Naim itu menggambarkan tekanan ekonomi keluarganya sendiri. Namun Ina Naim ada memberitahu yang dia menguasahakan perniagaan dobi yang mana merupakan antara hajat bekas suami.
Berkemungkinan pernigaan tersebut kurang mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian dia dan empat orang anaknya yang tidak bersekolah.
Cepat sangat nak kahwin lain. Terpaksalah memberi alasan-alasan.
|
Terpaksa berhujah kenapa mahu kahwin lagi (dalam masa tak sampai setahun)
Ina Naim ada mengeluarkan kenyataan yang menghujahkan kenapa dia nak kahwin lagi. Kenapa perlu berlu penjelasan? Sebabnya kerana ada yang mula mengkritik bila dia memberitahu dia sudah ada bakal piihan hati.
Asas kritikan orang ramai adalah kerana dia belum pun setahun kehilangan suami. Macam dah tak menyempat.
"Itu semua aturan Allah, rukun Islam keenam, qada dan qadar," antara hujah Ina Naim. Memang mudah untuk petik nama Allah bila mahu memberi alasan kenapa kita buat sesuatu.
Bapa ada minta tangguh setahun, anak-anak pula tak mahu bapa baru. Tapi Ina Naim inginkan seorang lelaki.
Bapa Ina Naim ada memberitahu wartawan bahawa dia ada meminta tangguh setahun semasa rombongan Khairul masuk melamar. Maknanya dia sendiri merasakan yang perkahwinan baru itu terlalu cepat. Tapi permintaan si bapa kekal sebagai permintaan.
Ina Naim juga secara tidak sedar ada membuat pengakuan yang anak-anaknya pada peringkat awal tidak mahu dia berkahwin lain.
"Mulanya anak-anak agak tidak boleh terima sebab terlalu awal dan mereka tidak boleh ada ganti bapa. Namun saya jelaskan, mereka perlu belajar, mereka perlu ada ketua. Dalam sebulan dua juga yakinkan anak, alhamdulillah."
"Saya nampak calon suami pun ikhlas menyayangi anak-anak saya. Dia juga mahu menjadi macam arwah Suhaimi, hendak mengajar anak-anak sendiri."
Dari kini: Hadie, Salman, arwah Suhaimi, Layla, Ina Naim, dan Elfadwah. Keempat-empat kanak-kanak ini tidak pernah masuk sekolah.
|
| |
Ina Naim
Ina Naim atau Diana Naim lahir pada 19 Mac 1984 dan dibesarkan di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor
Pendidikan hingga SPM
Wanita pertama menjadi artis rakaman di bawah syarikat Hijjaz Records.
Sempat satu mini album: 'Duhai Hati' (2006)
Antara lagu: Duhai Hati, Lukisan Hati, Rebah dan Mencari Dia, Sempurna, Bersarang di Hati
Pernah berlakon (penampilan khas sebagai pelakon tambahan) dalam drama bersiri 'Air Mata Maria' (26 siri, dari 3 April 2007 hingga 2 Oktober 2007 di TV3) terbitan Yusof Haslam.
Nyanyikan dua lagu dalam album kompilasi raya kumpulan Hijjaz (Lembaran Syawal) lagu 'Tak Punya Siapa' dan 'Joget Lebaran'.
Pernah masuk kelas vokal Cikgu Syafi (Syafizawati Sharif, guru vokal AF) untuk memantapkan persembahan nyanyian.
Mula tidak dapat undangan menyanyi sejak hamil anak pertama. Kontrak dengan Hijjaz Records juga tamat dan tidak disambung. Selepas lahir anak pertama 2008, Ina Naim bersara dari menyanyi dengan alasan tidak mendapat galakan suami. Alasan suami: bimbang kelak akan berlaku fitnah.
Suami baru
- Mohd Khairul Rizal Shukor ialah seorang jurutera, duda beranak dua.
- Dakwa jadi peminat arwah Suhaimi.
- Meminati konsep home-scholling dan mahu menyambung usaha arwah Suhaimi untuk mendidik sendiri anak-anaknya di rumah tanpa perlu masuk sekolah rasmi.
- Menyediakan beberapa proposals (kertas kerja) tentang langkah-langkah untuk meneruskan pendidikan anak-anak Ina Naim di rumah. Malang budak-budak tu, tak kan masuk sekolah rasmi sampai bila-bila.
- Berkenalan dengan Ina hanya melalui WhatsApp bermula bulan Mei lepas, lebih kurang enam bulan selepas Ina Naim menjadi balu.
Bekas suami
- Arwah Suhaimi Saad adalah bekas penyanyi nasyid In-team.
- Berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Oktober 2007.
- Meninggal dunia pada 15 November 2023 semasa berumur 44 tahun.
- Ina dan Suhaimi mempunyai empat orang anak iaitu Ahmad Hadie Elfardie (lahir tahun 2008), Salman Elkhoyri (2010), Phryosh Elfadwah (2012) dan Nur Layla Elghufrony (2014).
- Tak hantar anak-anak mereka masuk sekolah rasmi, sebaliknya mengajar sendiri di rumah (konsep 'sekolah di rumah' atau home-schooling).
Bekas tunang
- Mawi (Asmawi Bin Ani, Juara AF3)
- Ina Naim bertunang dengan Mawi pada 10 Februari 2004 dan putus tunang pada 10 Julai 2006
- Ina Naim mula dikenali sebagai 'tunang Mawi' semasa Mawi sedang menggegarkan pentas Akademi Fantasi 3 (2005).
- Ina Naim Semakin dikenali selepas putus tunang dengan Mawi.
- Mawi 'dikejar' oleh bekas tunangnya hampir ke seluruh Malaysia. Lagu-lagu yang dirakam dan didendangkan oleh Ina Naim adalah ditujukan kepada Mawi.
- Wartawan media hiburan memainkan sentimen wanita malang ditinggalkan tunang.
- Mawi pada masa itu melonjak ke puncak populariti dengan arus 'tsumawi' yang belum pernah berlaku sebelum itu. Nama Ina Naim terseret sama dalam lonjakan populariti Mawi.
- Mawi akhirnya selamat dari kejaran apabila bekas tunannya itu berkahwin dengan penyanyi nasyid, Suhaimi Saad pada 2007. Mawi berkahwin setahun kemudian dengan Ekin Rahmat (pada 2008).
|