artismelayu.net
Muka Depan / Perkahwinan artis tahun 2024 / Perkahwinan artis tahun 2023 /

Pelawak Along Cham kahwin lagi

4 April 2024 | Duda bertemu janda. Pelawak Along Cham, 41 tahun, selamat berkahwin dengan ibu tunggal bernama Afreena Suhaimi, 32 tahun. Ini adalah perkahwinan kedua Along Cham selepas lapan tahun menduda.

Mereka diijabkabul oleh bapa pengantin perempuan dalam satu majlis tertutup di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Mereka berdua mula berkenalan di medsos enam bulan sebelumnya.

"Kami pilih Ramadan untuk bernikah kerana mahu dapatkan keberkatan 10 malam terakhir," kata Along Cham. Sukar dimengertikan apakah maksud 'keberkatan' tersebut. Tak kahwin pun memang dah boleh dapatkan keberkatan 10 malam terakhir Ramadan.


Along Cham dan isteri keduanya, Afreena Suhaimi.


Zila Seeron, Along Cham dan anak mereka, Daniel.

Isteri pertama yang curang

Isteri pertama Along Cham ialah peserta Akademi Fantasia 4 (AF4), Zila Seeron (Nur Azilah Seeron). Mereka berkahwin pada Januari 2010.

Pada 13 Ogos 2016, Zila Seeron ditangkap berkhalwat dengan suami orang.

Along Cham menceraikan isterinya 29 Ogos 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak bernama Ahmad Daniel (sekarang 13 tahun).

  • Along Cham (Muhammad Nizamuddin Ahmad), 41 tahun (2024).

  • Lahir pada 19 Januari 1983 di Johor Bahru.

  • Seorang pelawak, pelakon, penyampai radio, dan pengacara.

  • Mula muncul dalam dunia artis Melayu pada 2008 dengan menyertai program realiti Raja Lawak musim kedua dalam kumpulan Cham bersama Azrul Zaidi. Mereka muncul sebagai naib juara, tewas kepada Nabil.

  • Sejak 2009 hingga kini, Along Cham telah berlakon dalam 21 buah filem, dua drama, dan enam telefilem.

  • Menyertai Raja Lawak 2008, Super Spontan 2013, Maharaja Lawak Mega 2013, 2014 dan 2016, serta Super Spontan All Stars 2015.