/ Muka Depan / 2024 / Artis meninggal dunia 2023 / 2022 / |
Wahid Satay, 93 tahun, iaitu bintang nostalgia zaman kegemilangan filem hitam putih 50an dan 60an, dan yang menjadi hero dalam filem klasik Badang, telah meninggal dunia pada sekitar pukul 8 pagi, Isnin 22 Mei 2023 di Singapura. Arwah meninggal dunia di rumah anaknya di Pangsapuri Eunos Crescent, Teban Gardens Road, Singapura. Sejak seminggu sebelum meninggal dunia, arwah dikatakan mengalami sakit tua dan terlantar sahaja di rumah anaknya. Menurut anak perempuannya, Hafizah, beberapa hari sebelum meningal dunia, arwah tidak boleh makan, duduk atau bercakap sekali pun. Arwah sempat menyambut Idul Fitri di rumah anaknya. Namun selepas itu kesihatannya mula merosot. Arwah mengidap sakit jantung dan kencing manis. Ibu jari kakinya ada jangkitan kuman. Arwah pernah dibawa ke hospital namun dibenarkan untuk dibawa pulang dan berehat di rumah. Jenazah dimandikan dan disolatkan di Masjid Pusara Aman dan dikebumikan di tanah perkuburan masjid berkenaan. Anak kelahiran RiauArwah dilahirkan di Inderagiri, Riau, yang pada masa itu belum lagi menjadi Indonesia, sebaliknya berada di bawah Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC). Semasa berumur 5 tahun arwah dibawa ke Singapura dan terus menetap di sana. Di Singapura juga arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Arwah dibawa berhijrah ke Singapura semasa berumur 5 tahun. Pernah jadi kelasi kapalSemasa berumur 16 tahun, arwah menjadi kelasi kapal dan pernah belayar hingga ke Afrika. Di sanalah arwah banyak mempelajari sendiri bunyi-bunyi yang dibuat oleh haiwan khususnya burung-burung. Oleh kerana itu kebanyakan bunyi-bunyi haiwan dalam filem-filem Melayu klasik zaman itu adalah hasil suara arwah. Walaupun tidak pernah menerima latihan profesional, arwah sering ditugaskan untuk menyelam untuk membuka tali-tali pukat yang selalu terbelit pada kipas kapal. Menurut arwah, mungkin sebab itu jugalah telinga kirinya sudah tidak boleh dengar dengan jelas (mungkin kerana faktor tekanan air laut, dan peralatan menyelam-dan-membaiki yang tidak mencukupi). Bermula di Cathay Keris sebagai tukang catArwah tidak bermula sebagai pelakon. Sebaliknya arwah terlebih dahulu menjadi tukang cat di studio Cathay Keris sebelum diambil menjadi pelakon tambahan dalam filem Pertaruhan (1948). Selepas itu arwah tidak lagi berlakon dalam mana-mana filem selama sembilan tahun.
|
Bagaimana nama 'Satay' melekat pada arwah?Watak semulajadi arwah yang kelakar dan suka berjenaka di tempat kerja telah menarik perhatian boss-boss Cathay Keris. Mereka menawarkan watak Wak Satay si penjual satay kepada arwah dalam filem Pontianak. Filem hitam-putih arahan B.N. Rao yang dibintangi oleh Maria Menado, M.Amin, dan Mustapha Maarof. Filem tersebut bersifat horror-komedi dan melibatkan banyak pelawak seperti Hassan Temberang dan Puteh Lawak. Namun watak Wak Satay arwah yang paling menonjol. Filem Pontianak menjadi filem pecah panggung dan berjaya bertahan selama tiga bulan di panggung-panggung Cathay Keris. Malah filem Pontianak berjaya mengatasi filem Hollywood Samson and Delilah yang turut ditayangkan pada masa itu. Kejayaan filem Pontianak menyebabkan hantu pontianak menjadi trending di kalangan masyarakat Singapura pada masa itu. Kejadian melihat kelibat pontinak di sana-sini mula menjadi bualan orang ramai. Ada yang melahirkan anak dalam panggung. Arwah sendiri pernah membakar kemiyan dalam panggung semasa filem ditayangkan. Filem Pontianak menjadi fenomena pada masa itu. Pengarah L. Krishnan adalah orang yang mula-mula mengesan bakat arwah Wahid Satay. Namun mendiang Loke Wan Tho (pemilik Pertubuhan Cathay) adalah orang yang menyuruh arwah menggunakan nama komersil 'Wahid Satay' rentetan dari watak 'Wak Satay' dan kejayaan filem Pontianak. Pada mulanya arwah agak keberatan menggunakan nama 'Wahid Satay' sebab bapanya ialah Haji Ahmad dan bukannya 'Satay'. Namun Cathay Keris terus memujuk arwah dan membayar arwah sebanyak 2000 ringgit. Akhirnya arwah bersetuju dan nama tersebut lekat hingga kini. |
Arwah turut mendapat gelaran 'Jerry Lewis Malaya' kerana bakatnya dalam bidang lawak. Arwah adalah pelawak semulajadi malah kawan-kawan rapatnya adalah pelawak-pelawak juga. Arwah mula-mula datang ke pejabat Cathay Keris dengan pelawak Mat Sentol. Kawan arwah yang paling rapat adalah juga seorang pelawak iaitu S. Shamsudin. |
Poster filem Pontianak (1957) yang pecah panggung dan pecak rekod kutipan jualan tiket zaman itu. Filem Badang (1962) gagal mendapat sambutan kerana peminat filem Melayu tidak dapat terima Wahid Satay membawa watak serius. |
Bersama Mariam Menado dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (1961). |
|
Buku biografi 'Ceria Bersama Shamsudin dan Wahid Satay' terbitan FINAS yang merangkumkan kisah kehidupan dua tokoh filem komedi Melayu klasik. Mengandungi 1001 kisah suka duka dan pengorbanan mereka berdua sebagai anak seni. Versi kulit keras dengan harga RM150. Pelancaran buku disempurnakan oleh Tan Sri Dr Rais Yatim. |