/ artismelayu.net / Artis meninggal dunia 2023 /

Tia bekas vokalis Jinbara meninggal dunia


Tia Jinbara di hospital Shah Alam. Foto Harian Metro.

8 November 2023 - Syamsul Bakhtiar Zakaria (Tia Jinbara), 53 tahun, bekas vokalis kumpulan Jinbara meninggal dunia di sebelah isterinya Suzan Ahmad, 48 tahun, di Hospital Shah ALam pada pukul 9.17 malam.

Menurut Suzan Ahmad, Tia mengidap penyakit kanser hati. Arwah mengadu tidak tahan sakit perut pada 1 November dan dimasukkan ke hospital. Doktor mengesahkan ada ketumbuhan (barah) dalam hati dan telah ada pendarahan dalaman.

Doktor pakar di hospital memaklumkan kepada Suzan Ahmad bahawa tiada hospital di Malaysia yang mempunyai kemudahan untuk pembedahan pemindahan hati. Doktor tersebut menyarankan agar melakukannya di India.

Suzan Ahmad melancarkan tabung derma untuk membantu pembiayaan pembedahan pemindahan hati (memakan kos RM250,000) yang dirancang untuk dilakukan di Hospital Medanta di New Delhi, India. Namun arwah telah pergi terlebih dahulu.

Menurut Suzan AHmad, arwah telah lama mengidap sakit perut namun diabaikan kerana menganggapnya sebagai sakit biasa. Hanya pada Rabu lepas (1 November) arwah sudah tidak tahan sakit dan dibawa ke hospital.

Jenazah arwah Tia Jinbara dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja, Klang pada kira-kira pukul 10.00 pagi 9 November 2023. Antara yang hadir semasa pengebumian ialah Yabang, vokalis terawal Jinbara.


Tia Jinbara beraksi solo di Gegar Vaganza 4 (2017).


Tiga anak tiri arwah Tia Jinbara di hari pengebumiannya. Ahmad Nifail (17), Amad Naqiuddin (22) dan Qystina Nayli (20).

Tia Jinbara ialah vokalis kumpulan Jinbara yang menyanyikan lagu hits 'Farhana (Puteri Bumi Kenyalang)' dalam tahun 2007 melalui album Patah Pusing.


Peserta solo Gegar Vaganza

Tia Jinbara menyertai Gegar Vaganza 4 (2017) secara solo tanpa Jinbara. Tidak tersingkir. Berjaya masuk final dan mendapat tempat keenam (menang RM10,000).


Kumpulan Jinbara

Tia Jinbara ialah vokalis kedua Jinbara lepas Yabang (Muhammad Qidam Abdullah) yang meninggalkan kumpulan tersebut pada 2005. Sebelum itu kumpulan Jinbara telah pun menerbitkan tiga album dengan Yabang sebagai vokalis utama iaitu Pui-Aiya-Hoi (2000), Shing Kuang (2003), dan Suatu Evolusi (2005).

Jinbara muncul dengan album keempat Patah Pusing (2007) dengan Tia Jinbara sebagai vokalis menggantikan Yabang. Album ini meletupkan di kalangan peminat dengan single 'Farhana (Puteri Bumi Kenyalang)'.

Single tersebut berjaya masuk final Anugerah Juara Lagu TV3 setahun kemudian.

Album kumpulan Jinbara selepas itu bersama Tia ialah Suara Kita (2008), Interpretasi Mental (2010) dan Kolaborasi Mental (2012).

Single Jinbara berjudul 'Wayang' muncul pada 2018 dengan vokalis baru Cidin / Din (Muhammad Ar-Rashidin Tuah). Jinbara masih aktif hingga kini.

Anggota Jinbara yang lain semasa bersama Tia ialah gitaris kedua Cepot (Muhammad Jeffrry Johari, ketua Jinbara), gitaris utama Anjang (Abdul Halim Hassan), basis Akin (Mohd Nizam Mohd Nor), dan dramer Ahtan (Shahrin Sabudin)


Biodata

  • Tia Jinbara dilahirkan pada 20 Julai 2970.

  • Meninggal dunia semasa berumur 53 tahun.

  • Berasal dari Felda Soeharto, Hulu Selangor, Selangor.

  • Selain dari menjadi vokalis, Tia Jinbara juga merupakan seorang komposer dan penulis lirik lagu.

  • Memulakan karier sebagai penyanyi rock dengan kumpulan rock Platinum dengan single hit 'Kiasan Andrea' (2003).

  • Menyertai Jinbara untuk menggantikan Yabang vokalis pertama Jinbara.

  • Singles Tia Jinbara secara solo tanpa Jinbara ialah 'Happy Happy Saja', 'Semua Keranamu', 'Katakanlah', dan 'Ramadan'.

  • Lambat kahwin. Umur 39 tahun baru berkahwin dengan Suzan Ahmad, pada 24 Mei 2009 di rumah pengantin perempuan di Kampung Bachang, Melaka.

  • Pada masa itu Suzan Ahmad (34 tahun) telah menjadi ibu tunggal selama dua tahun dan telah pun mempunyai tiga orang anak. Suzan Ahmad merupakan wartawan hiburan Bintang Popular Berita Minggu (akhbar Berita Harian).

  • Perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak.

Perkahwinan di Melaka pada 2009. Tiga orang anak Suzan Ahmad pada masa itu ialah Naqiuddin (8 tahun), Qystina Nayli (6 tahun), Ahmad Nifail (3 tahun).


Suzan Ahmad, isteri merangkap pengurus suaminya yang kekal setia sehingga ke akhir hayat.