/ Muka Depan / 2024 / Artis meninggal dunia 2023 / 2022 /

Penyanyi veteran Rohana Jalil meninggal dunia

Penyanyi popular tahun 1980-an, Rohana Jalil (Dara Abdul Jalil, 68 tahun), meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz UKM kira-kira pukul 11.33 malam 20 Jun2023. Rohana Jalil telah tidak sedarkan diri sejak tengah hari lagi. Arwah dimasukkan ke hospital sejak 28 Mac lalu kerana masalah usus bocor.


PMX Anwar Ibrahim sempat menziarahi Rohana Jalil di hospital pada 23 April.


Juara Bintang RTM 1980


Bersama anak bongsu, pelakon filem Karak, Kilafairy

  • Dara Binti Abdul Jalil dilahirkan pada 18 Februari 1955 di Kota Tinggi, Johor

  • Meninggal dunia pada 20 Jun 2023 semasa berumur 68 tahun

  • Anak sulong dari enam adik-beradik

  • Penyanyi genre pop antara tahun 1970 hingga 2023

  • Pernah bernaung di bawah syarikat rakaman IMI, NSR Records, Life Records, Ab Rekod, dan Metro Muzik

  • Pelakon Kilafairy (Syakila Nisa Jahangir Khan) ialah anak bongsu Rohana Jalil


  • Sebelum menjadi artis rakaman, Rohana Jalil pernah menyanyi di majlis perkahwinan dan keramaian, dan pernah bekerja di kelab malam.

  • Berhijrah ke Kuala Lumpur dalam tahun 1979 kerana selalu gagal dalam pertandingan-pertandingan nyanyian di Johor.

  • Muncul Juara Bintang RTM 1981 semasa berumur 26 tahun.

  • Dengan menjuarai Bintang RTM, Rohana Jalil telah menempatkan dirinya sebagai salah seorang Juara Bintang RTM sebaris dengan M.Sani (1971), Sudirman Hj Arshad (1976), M.Rizal (1978), Jamal Abdillah (1979), kumpulan September Five (1980), Juliza Adzlizan (1983) dan Ramlah Ram (1985).

  • Bercita-cita untuk menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa.

  • Pernah masuk final Juara Lagu TV3 dengan lagu Cinta Yang Terbiar (1986) dan Rayuanku (1988).

  • Mempunyai 12 album solo (dari tahun 1979 hingga 1995), 2 album kolaborasi, dan 4 album kompilasi.

  • Album pertama ialah Gembira Di-Hari Raya (1979) manakala album terakhir adalah album kompilasi Memori Hitz (2011).