Pelakon Ridzuan Hashim ('King' KL Gangster), 62 tahun, meninggal dunia pada kira-kira pukul 12 tengah hari pada 4 Mei 2023 di rumahnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Difahamkan yang arwah sedang makan dan tiba-tiba sahaja rebah. Anak arwah membawa arwah ke hospital. Namun disahkan telah pun meninggal dunia.
Arwah memang menghadapi masalah sakit jantung dan angin ahmar. Namun punca kematiannya belum lagi diketahui (dari pihak hospital).
Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua di Hulu Langat pada pukul 8.30 malam. |
Sambutan Idul Fitri terakhir di Melaka
Sambutan Idul Fitri keluarga arwah Ridzuan Hashim di sebuah vila di Melaka baru-baru turut disertai oleh bekas isteri arwah, pelakon Didie Alias, 52 tahun. Itu merupakan kali pertama sejak bercerai di tahun 2002 lalu Didie Alias turut menyertai sambutan Idul Fitri bersama-sama keluarga mereka.
Arwah pada masa itu kelihatan tidak bertenaga, kerap termenung di tepi kolam renang, tidak bermaya ketika berbual, dan kelihatan sugul.
|
Mohd Ridzuan Bin Hashim
Lahir pada 13 Ogos 1961 di Kuala Lumpur
Meninggal dunia pada 4 Mei 2023 semasa berumur 61 tahun
Profesion: pelakon (sejak 1981)
Berkahwin dengan pelakon Didie Alias pada 1991
Bercerai 11 tahun kemudian (2002)
Mempunyai 5 orang anak bersama Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah (30), Muhammad Dhanial (29), Nur Dinie (27), Nur Danie (25), dan Nur Diana (24).
|
Antara pelakon lelaki yang terkenal kacak dan tampan.
Sebelum menjadi pelakon, pernah menjadi model iklan semasa berumur 21 tahun sejak 1981.
Mula menjadi pelakon pada 1986 melalui drama RTM Adam & Hawa.
Filem pertama ialah Antara Dua Hati arahan Rosnani Jamil.
Berkahwin dengan pelakon Didie Alias namun akhirnya bercerai. Dalam 10 tahun perkahwinan, sempat menerima 5 orang anak.
Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-9 melalui filem 'Hati Bukan Kristal).
Pelakon Filem Pembantu Lelaki Paling Popular ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) 1998.
Terlibat dalam 25 filem bermula dengan filem Antara Dua Hati (1988) dan filem terakhir Daddyku Gangster (2022)
Terkenal sebagai gangster bergelar 'King' dalam filem KL Gangster (2011), KL Gangster 2 (2013), dan Rise To Poweer: KLGU (2019).
Terlibat dalam 36 drama bermula dengan drama RTM Adam & Hawa (1986) dan paling akhir drama Awesome TV Epilog 3 Naga (2022).
Terlibat dalam 18 telefilem bermula dengan telefilem Harimau Riau-Riau (1987) di TV1 dan paling akhir telefilem Ke Hujung Nyawa (2022) di TV Alhijrah.
Pernah berlakon di samping megastar Bollywood Shah Rukh Khan dalam filem Don 2 (2011).
|
|