/ Muka Depan / Artis bercerai-berai 2024 / 2023 / |
12 Ogos 2024 Penyanyi Nora Ariffin, 51, diceraikan dengan talak satu oleh suami keduanya, Dr. Rushdi Ramli melalui satu hantaran video. Antara lain dalam rakaman video tersebut Rushdi Ramli berkata "Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah." Rakaman video tersebut bersifat peribadi dan pastinya hanya untuk Nora sahaja kerana ia adalah soal dalaman mereka sebagai suami-isteri. Namun Nora dengan lajunya (selepas tergamam) mengupload rakaman video tersebut di akaun Instagram miliknya untuk hebahan ramai dan menjadi viral. Dulu semasa kahwin disenyap-senyapkan dengan alasan 'tak nak beria-ia bercerita kepada umum' selain 'itu hak saya tak nak kecohkan.' Tapi bila diceraikan, Nora 'beria-ia bercerita kepada umum'. Nora sebenarnya mungkin kurang wajar menghebohkan video peribadi tersebut. Walau apa pun, Nora telah diceraikan dan kembali menjadi ibu tunggal. Kalau dulu jadi balu. Kini jadi janda. Perkahwinan Nora kali kedua berakhir dengan perceraianSuami pertama Nora ialah komposer Johan Nawawi. Mereka berkahwin pada 1992. Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 semasa berumur 52 tahun akibat serangan jantung. Nora menjadi ibu tunggal dengan empat orang anak. Setelah empat tahun menjanda, Nora pada umur 48 tahun berkahwin dengan orang akadmik, Dr. Rushdi Ramli, yang dikatakan merupakan kawan baik Johan Nawawi sejak kecil. Dalam temubual yang disiarkan dalam rancangan Melodi TV3, Nora mengaku sengaja berkahwin senyap-senyap (tidak dihebahkan kepada orang ramai) namun tetap tidak menyatakan bulan bila mereka berkahwin. Islam menyuruh untuk mencanangkan (memberi tahu orang ramai) perkahwinan namun Nora mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menghebahkan perkahwinannya dan itu memang hak dia. Gosip liar yang tidak best tentang perkahwinan baru NoraSetelah perkahwinan mereka itu akhirnya diketahui oleh orang ramai, muncul pula cerita-cerita yang kurang enak didengar. Antaranya ialah, Nora sebenarnya telah berkahwin dua tahun sebelumnya. Suami baru Nora itu pula dikatakan telah pun mempunyai isteri dan anak. Nora adalah 'perampas'. Malah ada tuduhan yang Nora memaksa suaminya untuk menceraikan isteri tua. Kisah-kisah tersebut muncul di dada-dada akhbar terutamanya Harian Metro yang sukakan cerita sensasi tentang artis Melayu. Nora dan suami menafikan sekeras-kerasnya semua gosip liar tersebut. Masa berlalu dan akhirnya orang ramai mula melupakan gosip-gosip yang tidak mempunyai jawapannya hingga sekarang. Nora dakwa suaminya dipaksaSehari selepas mendedahkan video talak bekas suaminya itu, Nora memberitahu orang ramai bahawa:
Namun Nora tidak bercerita lebih lanjut tentang siapa yang memaksa, sebab memaksa dan kenapa bekas suaminya seolah-olah terpaksa. Nora memberi naratif baru yang sensasi pada isu perceraiannya dan kemudian membiarkan naratif tersebut tergantung. Dua hari kemudian, Nora mahu move onBerita dalam media pada 14 Ogos (dua hari kemudan) ialah 'Nora reda, mahu tutup kisah cerai.' Nora kata dia 'berlapang dada di atas apa yang berlaku dan berserah dengan apa saja ketentuan Allah SWT. Bekas suami terus berdiam diri. Sepatutnya dari awal lagi Nora sudah patut berlapang dada dan beriman dengan takdir Ilahi Walau apa pun, semoga Nora terus tabah untuk mengharungi sisa-sisa kehidupan bersama anak-anak yang masing-masing dah besar pun. Tak perlu cari suami baru lagi. Kalau nak cari juga, cari yang teruna dan bukan isteri lain yang punya. |
|
Siapa suami kedua Nora yang menceraikan isteri kedua hanya dengan hantaran video
|