 | |
28 Oktober 2024 | Anak saudara Ratu Rock Ella iaitu penyanyi Kaka Azraff (Nor Atiqa Noor Azraff, 35 tahun) telah bercerai dengan suaminya, Adam Azriff, 30.
Perceraian dilakukan secara express di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Mereka berpisah secara baik dan bersepakat dalam hal penjagaan anak. Kaka belum bersedia untuk menceritakan perihal perceraian.
Mereka berkawin pada 14 Disember 2018 dan ada tiga orang anak yang masih kecil-kecil lagi iaitu Aslan (5 tahun sekarang), Aryan (3 tahun) dan Atta Adam (15 bulan).
|
| |
28 Oktober 2024 | Pasangan pelakon Jay Iswazir dan Azzahra Ahmad disahkan telah bercerai.
Berita perceraian mereka telah dimaklumkan oleh Azzahra melalui akaun instagram miliknya pada 3 November 2024.
Punca perceraian tidak didedahkan.
Mereka mendirikan rumah tangga pada bulan Mac 2022.
Dalam bulan Disember 2024, Azzahra telah mendedahkan yang dia menjadi mangsa dera Jay Iswazir sejak awal perkahwinan mereka lagi.
Dia juga mendakwa Jay Iswazir memaksanya menggugurkan kandungan dengan alasan belum mampu untuk mempunyai anak.
Azzahra memfailkan permohonan cerai di mahkamah selepas menggugurkan kandungan.
|

Awal bulan Oktober 2024 | Pelakon Idzham Ismail, 36 tahun, bercerai dengan isterinya, Nur Abilah Shamsudin (Bella) di Mahkamah Rendah Syariah, Klang.
Idzham Ismail melafaz talak di luar mahkamah pada awal bulan Oktober. Pengesahan percerahan dibuat di Mahkamah Rendah Syariah pada 4 November.
Tindakan isteri kembali bekerja sebagai pramugari sejak Jun lepas adalah antara punca mereka mula berselisih faham yang berpancangan.
Kata Idzham, isterinya mula berubah selepas jadi pramugari semula. Berbulan-bulan dia cuba memujuk namun tetap gagal.
Apabila dia gagal mengawal kemarahan, talak dilafazkan.
"Benda kecil sahaja sebenarnya yang mana dia terkhayal dengan duniawi. Jadi, saya tak nak salahkan dia sebab saya juga salah tak boleh didik dengan baik."
Dia perlukan lapan bulan tackle pramugari. Dia perlukan empat bulan untuk bercerai.
Mereka telah berkahwin selama lapan tahun iaitu pada Ogos 2016.dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Sofea Inara (7 tahun sekarang) dan Muhammad Idrus (4 tahun).
|
 | |
7 Oktober 2024 Pelakon Nur Fazura, 41, memfailkan permohonan cerai ke atas suaminya, Fattah Amin, 34, di mahkamah rendah syariah pada 13 September 2024.
Pada 7 Oktober 2024, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam membenarkan tuntutan tersebut dan Fattah Amin terpaksa melafazkan cerai talak satu.
Mereka berkahwin hampir tujuh tahun (6 tahun 11 bulan) yang lalu iaitu pada 27 November 2017 dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 4 tahun bernama Nur Fatima Aisya.
Antara alasan Nur Fazura menunutut cerai adalah (antara lain) dia hidup sengsara, Fattah Amin tak beri nafkah, tak beri duit raya, dan curang.
Awas suami-suami semua. Jangan lupa beri duit raya.
|

14 Ogos 2024 | Pada 5 September 2024, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan telah berlaku cerai taklik ke atas pelakon Ira Kazar, 29, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof, 40.
Mahkamah diberitahu yang Ira Kazar telah melanggar taklik apabila membuat hantaran di media sosial (layan medsos) sebanyak lima kali sejak 14 Ogos 2024
Mahkamah menetapkan perceraian bermula pada tarikh Ira Kazar mula-mula sekali melanggar taklik (iaitu pada 14 Ogos).
Tempoh iddah Ira Kazar juga bermula dari tarikh tersebut.
Mereka berkahwin senyap-senyap di Thailand pada 6 Januari 2023. Perkahwinan mereka berumur 19 bulan sahaja. Tempoh yang singkat. Ira Kazar tak sempat beranak.
|
 | |
12 Ogos 2024 | Berkahwin senyap-senyap bercerai heboh-heboh. Penyanyi Nora Ariffin (Wan Norafizah Wan Ariffin, 51), yang hidup bermadu, diceraikan oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli, dengan lafaz 'kerana Allah Taala' melalui satu rakaman video peribadi.
Klip video tersebut dengan lajunya dikongsikan oleh Nora ke seluruh dunia melalui hantaran instagram.
Nora turut mengulas yang suaminya 'dipaksa' oleh pihak atau orang tertentu.
Nora berkahwin (sebagai isteri kedua) dengan Dr Rushdi Ramli dalam tahun 2021.
Mereka rujuk semula sebulan kemudian.
|
 | | 10 Ogos 2024 | Perceraian paling tenteram di seluruh Malaya. Pelakon Erynne Erynna, 27, memaklumkan yang dia sebenarnya sudah bercerai (atau diceraikan) dengan suaminya.
Mereka berkahwin pada 17 April 2019, iaitu pada hari lahir Erynne Erynna dan sekarang mempunyai seorang anak.
Erynne Erynna tenang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak media. Tiada air mata tiada memek muka sengsara dan tiada perkara negatif tentang bekas suami atau perkahwinan mereka.
|
 | |
25 Julai 2024 | Pelawak terpaling kelakar di dunia, Harith Iskander, 58, menceraikan isterinya, Dr Jezamine Lim, 41, dalam satu perbicaraan tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Si suami menceraikan kerana si isteri minta diceraikan. Hubungan mereka berdua sebenarnya masih baik namun mereka mahu cuba meneruskan hubungan baik tersebut 'sebagai kawan' dan bukan dalam sebuah rumah tangga. Ada pelik sedikit tapi itu hak mereka dan mereka lebih paham apa sebenarnya yang berlaku.
Mereka berkahwin pada 12 Jun 2010 dan sempat dikurniakan tiga orang anak.
|
 | |
Tak dinyatakan bila | Penyanyi dan chef selebriti, Fazley Yaakob, 46 tahun, pada 15 Oktober telah mengesahkan yang dia beberapa bulan lalu telah bercerai dengan isterinya, Azrene Ahmad (Azrene Soraya Abul Aziz).
Tempoh iddah sudah tamat beberapa minggu lepas.
Fazley kata percerian mereka adalah berdasarkan persetujuan bersama.
Kesemua empat orang mereka diletakkan di bawah penjagaan bersama.
Fazley Yaakob dan Azrene berkahwin dalam tahun 2006 yang dikatakan tidak mendapat restu Rosmah Mansor (Azrene ialah anak Rosmah Mansor melalui perkahwinan pertamanya). Mereka mendapat empat orang anak mereka ialah Ahmad Fariedz Shah (15 tahun sekarang), Ahmad Fieradz Shah (14 tahun), Ahmad Fierudz Shah (13 tahun) dan Alayna Selma (7 tahun).
|
 | |
Tak dinyatakan bila | Pada 7 Oktober 2024, pelakon Emma Maembong, 32, mengakui yang dia dan suami, Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai cara baik.
Emma Maembong enggan beritahu bila bercerai kerana katanya itu bukan benda yang indah untuk dikongsi dan bukan benda yang patut dibanggakan.
Oleh kerana itulah dia kata dia berdiam diri dan dan tidak bercerita pada orang luar atau membuat sebarang pengumuman.
Ini macam perli Nora Ariffin saja ni.
Namun kata Emma Maembong, iddah sudah pun habis (iddah wanita bercerai dalam ialam ialah tiga pusingan haid).
Jadi agak-agaknya mereka bercerai mungkin dalam bulan Julai atau Jun.
Kata Emma Maembong lagi mereka bercerai secara baik, masing-masing reda dengan perceraian mereka dan mereka masih berhubungan dengan baik kerana anak-anak.
Mereka berkahwin pada 20 Februari 2020 dahulu. Sudah empat tahun lebih. Kini ada dua orang anak.
|

2 Julai 2024 | Pelakon Que Haidar (Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 45) dan pelakon Linda Jasmine (Linda Jasmine Hashim Binti Murad Mohamed Hashim, 52) sebenarnya telah bercerai pada 2 Julai tahun ini.
Namun pendedahan dibuat oleh Que Haidar hanya pada 26 Oktober di Malam Anugerah Seri Angkasa (ASA2024) di PICC, Putrajaya.
Que Haidar tidak memberikan sebab-sebab perceraian kerana katanya itu adalah soal peribadi.
Mereka juga masih berhubungan dengan baik.
Que Haidar dan Linda Jasmine berkahwin 15 tahun yang lalu pada Hari Valentine, 14 Februari 2009.
Mereka ada dua orang anak iaitu Tengku Ratu, 15 dan Tengku Cleopatra, 12.
Sebelum berkahwin dengan Que Haidar, Linda Jasmine ialah seorang ibu tunggal dengan seorang anak (Qalif Khan, 24 tahun sekarang).
|
 | |
Rabu 19 Jun 2024 8.34 malam | Ya betul, prosiding mahkamah sesi malam. Pelakon Nora Danish, 42, bercerai secara baik dengan suaminya yang mengakhiri mahligai bahagia tujuh tahun mereka.
Mereka berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak (6 tahun pada 2024).
Perceraian kedua Nora Danish. Kali pertama bercerai pada awal Julai 2008 dengan suami pertama, Datuk Rizal Ashram Ramli (Jejai).
|
 | |
Khamis 13 Jun 2024 | Nikah, cerai, rujuk dan kemudian cerai sekali lagi. Pencurang bersiri Aliff Aziz, 33, dan pencurang satu episod Bella Astillah, 30, akhirnya bercerai dan menamatkan kemelut rumah tangga mereka yang sungguh memalukan.
Mereka berkahwin pada 9 September 2016 dan mempunyai dua orang anak.
Mereka bercerai kali pertama pada 16 Mei 2019 susulan dari aktiviti curang Aliff Aziz.
Namun mereka rujuk semula sebelum habis tempoh iddah.
Pada bulan Mac 2024, Bella Astillah memfailkan perceraian sekali lagi selepas Aliff Aziz tertangkap basah dengan pelakon Ruhainies.
Mereka sah bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024.
|

23 Mei 2024 | Pelakon dan pengacara kelahiran Singapura, Hisyam Hamid (Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 39 tahun) bercerai dengan isterinya yang juga merupakan pengurusnya, Rosmawati Hanafi.
Punca perceraian enggan dikongsi bersama dan mereka masih berbaik-baik.
Mereka berkahwin pada 2006. Sudah 18 tahun hidup bersama dan sempat menerima dua orang anak iaitu Nurish Syameliah (sekarang 17 tahun) dan Haydeen (15 tahun).
Rosmawati masih menjadi pengurus Hisyam Hamid.
|
 | |
23 April 2024 | Penyanyi dan pempengaruh Siti Adira Suhaimi, 32, madu kepada Datin Red, berjaya menuntut cerai dari scammer muflis kesayangan ramai, Datuk Red (Adnan Abu, 46 tahun).
Mereka berkahwin di Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan empat orang anak (Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun).
Adira memaklumkan yang dia dan bekas suami telah merancang untuk berkahwin semula selepas Hari Raya Puasa tahun depan (2025).
Pada 13 Mei 2024, Datuk Red bercerai dengan Datin Red (Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim, 38)
|
|
|
20 orang artis bercerai-berai dalam tahun 2024
Ira Kazar diceraikan kerana 'talak taklik'. Dia buat posting di media sosial lima kali. Posting pertama dia buat dah menyebabkan jatuh talak.
Antara punca Nur Fazura tuntut cerai dari Fattah Amin ialah dia tak dapat duit raya.
Isteri yang tuntut cerai di mahkamah rendah syariah dan berjaya:
- Nur Fazura (isteri Fattah Amin)
- Jezamine Lim (isteri Harith Iskander)
- Bella Astillah (isteri Aliff Aziz)
- Adira Suhaimi (isteri scammer Datuk Red)
- Azzahra (isteri Jay Iswazir)
Bella Astillah bercerai dua kali dengan lelaki yang sama (Aliff Aziz)
Nora Danish dan Linda Jasmine bercerai kali kedua
Nora bercerai dan rujuk semula.
Erynne Erynna ialah artis paling muda bercerai. Dia berumur 27 tahun.
Sudah join kelab 'Five Siries' tapi sempat lagi nak bercerai:
- Harith Iskander (58 tahun)
- Linda Jasmine (52 tahun)
- Nora (51 tahun)
Artis yang enggan berkongsi punca-punca perceraian (tidak mahu buka aib diri dan bekas pasangan):
- Kaka
- Erynne Erynna
- Harith Iskander
- Fazley Yaakob
- Emma Maembong
- Que Haidar & Linda Jasmine
- Nora Danish
- Hisyam Hamid
Penyondol dan umur sudah separuh abad tapi kalut macam budak-budak remaja bila diceraikan:
Paling banyak berdrama dan mengaibkan bekas suami sebaik sahaja selesai bercerai:
Nora kahwin senyap-senyap (sebab kahwin laki orang), bercerai heboh-heboh
Semua yang nikah di Thailand berakhir dengan cerai (Syamsul Yusof, Ira Kazar, Adira).
Nur Fazura terpaling ketakutan di mahkamah rendah syariah hingga bawa lima orang bodyguard. Punca dia ketakutan masih menjadi misteri hingga kini.
Tempoh berumah tangga paling sekejab sebelum diceraikan:
Tempoh berumah tangga paling lama sebelum berakhir dengan perceraian:
- Hisyam Hamid (18 tahun)
- Fazley Yaakob (18 tahun)
- Que Haidar & Linda Jasmine (15 tahun)
|
|