16 Januari 2023 Penyanyi, pelakon dan komposer Cat Farish, 49, bercerai talak satu dengan isterinya, Suriani Hassan, 37, di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan.
Mereka bercerai selepas dua tahun hidup bersama. Berkahwin pada 20 November 2020. Tidak dikurniakan anak.
22 Februari 2023 Pelakon Hafidz Roshdi menceraikan isterinya, Nurul Shuhada hanya melalui panggilan telefon.
Disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah enam bulan kemudian. Rumah tangga bertahan selama tujuh tahun sahaja. Berkahwin pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua orang anak.
Punca bercerai: dikatakan encik suami main kayu tiga.
1 Mac 2023 Pelakon dan model Alicia Amin dan suaminya, Dr Farzan Iqbal bercerai talak satu 'secara baik'.
Mereka berkahwin pada Hari Valentine (14 Februari) 2021 namun tetap tidak dapat menyelamatkan mahligai yang dibina selama dua tahun.
Tak sempat menimang cahaya mata.
22 Mac 2023 Pelawak, pengacara, pelakon dan DJ Shuk Sahar menceraikan isterinya, Rossa Sera.
Keputusan bercerai dibuat selepas mereka berdua balik dari umrah.
Berkahwin pada 20 Disember 2015. Hanya sempat lapan tahun hidup bersama dan sempat menerima dua cahaya mata. Punca perceraian sama seperti kes cerai Hafidz Roshdi - en suami main kayu tiga tanpa jemu.
Awal bulan Mei Pada 17 Mei 2023 akhbar tempatan melaporkan berita penyanyi dan penghibur Fyna Jebat (adik Ayda Jebat) telah dua minggu bercerai dengan suaminya (juga suami seorang datin), jurulatih bola sepak Zainal Abidin Hassan.
Mereka berkahwin senyap-senyap dan bercerai pun secara senyap-senyap juga.
Tarikh sebenar mereka berkahwin dengan bercerai tidak diketahui orang ramai hingga kini.
14 Jun 2023 Setelah didesak-desak dan disentak-sentak oleh pelakon Puteri Sarah Liyana, pengarah dan pelakon Shamsul Yusof terpaksa melafazkan cerai di mahkamah.
Puteri Sarah tidak mahu madu. Mereka berkahwin pada 8 Mac 2014. Tempoh berkahwin: sembilan tahun. Dikurniakan dua orang anak.
11 Julai 2023 Penyanyi rap Madrizal, 29, dan isterinya, Norfazilah Mohd Ali, 38, bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Selangor.
Alasan perceraian: sering bertelagah (shiqaq) dan sudah tiada persefahaman lagi.
Bercerai dirasakan sebagai jalan penyelesaian terbaik. Tiada faktor 'orang ketiga'.
Mereka berkahwin empat tahun yang lalu pada 20 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
18 Julai 2023 Pelakon dan model Afiq Muiz, 31, menceraikan isterinya, pelakon dan saudara baru (mualaf) Pancara Apin, 32.
Kehidupan rumah tangga dipenuhi sesi tuduh-menuduh.
Suami menuduh sang isteri selalu mabuk dan keluar dengan jantan lain.
Isteri menuduh sang suami memukul dan menggantung tidak bertali selama dua tahun sehingga dia memohon fasakh.
Mereka berkahwin empat tahun yang lalu pada 27 Mac 2019.
Tak dapat info tentang anak ada atau tidak.
2 Ogos 2023 Papa penyanyi Sheila Amzah iaitu penyanyi, pelakon dan usahawan ND Lala, 62, bercerai dengan isterinya, Fauziah Sarman, 55, selepas 34 tahun hidup bersama.
Berkahwin pada 19 Oktober 1989. Punca cerai: ND Lala berkahwin lain senyap-senyap dengan kenalan Sheila Amzah. Lafaz cerai dibuat di sebuah masjid pada 2 Ogos.
Perceraian difailkan di Mahkamah Syariah pada 7 Ogos.
Mesej tentang perceraian dihantar kepada emak Shila Amzah melalui audio Whatsapp pada 8 Ogos.
Mahkamah Syariah mengesahkan perceraian tersebut pada 5 September.
6 Ogos 2023 Pelakon, pengarah, penerbit dan penulis Aziz M.Osman, 61, bercerai dengan Puteri Lily Lokman, 34.
Perceraian kedua abang Aziz. Tiada krisis rumah tangga, tiada 'orang ketiga'. Tapi bercerai juga.
Sekarang macam kawan keluar makan bersama anak-anak. Dunia artis memang pelik.
Mereka berkahwin pada 6 Jun 2010 iaitu 13 tahun yang lalu namun hanya sempat dikuriakan dua orang anak.
10 Ogos 2023 Pelakon Farid Kamil, 42, bercerai talak satu dengan pelakon Diana Danielle, 32, di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.
Proses penceraian dibuat secara atas talian (online) melalui Google Meet di Mahkamah kerana Farid Kamil belum pulih dari COVID-19.
Diana Danielle memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah pada 10 Mac 2023 dengan alasan sudah tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan sudah tidak dapat hidup sebagai suami isteri lagi.
Mereka berkahwin hampir 11 tahun yang lalu pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Plot twist yang sangat twisted - 20 hari lepas bercerai mereka rujuk semula.
23 November 2023 Pelakon dan model Mawar Rashid, 28, bercerai dengan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 38, atas alasan tiada persefahaman lagi.
Mawar Rashid mengumumkan perceraian tersebut melalui akaun Instagram (IG) miliknya.
Suami-isteri sama-sama bersetuju bercerai atas dasar tiada persefahaman.
Mereka berkahwin enam tahun yang lalu pada 9 November 2017 dan dikurniakan tiga orang anak.
Berkawin dan bercerai dalam bulan yang sama (November) bukan dirancang tapi hanya kebetulan.
| |
15 artis Melayu bercerai-berai tahun 2023
- Afiq Muiz (pelakon)
- Alicia Amin (pelakon, model)
- Aziz M. Osman (pelakon, pengarah)
- Cat Farish (penyanyi, pelakon)
- Diana Danielle (pelakon)
- Farid Kamil (pelakon)
- Fyna Jebat (penyanyi, model)
- Hafidz Roshdi (pelakon)
- Madrizal (penyanyi rap)
- Mawar Rashid (pelakon)
- ND Lala (penyanyi, pelakon)
- Pancara Apin (pelakon)
- Puteri Sarah Lyana (pelakon)
- Shamsul Yusof (pelakon, pengarah)
- Shuk Sahar (pelakon, pengacara)
Tiga pasangan artis bercerai
- Pasangan Shamsul Yusof & Puteri Sarah
- Psangan Farid Kamil & Diana Danielle
- Pasangan Afiq Muiz & Pancara Apin
Jumlah artis jadi duda dan janda
Ceraikan isteri tapi masih ada isteri
- Shamsul Yusof dan ND Lala
Mereka berdua ada dua bini. Inilah bagusnya poligami.
Muda-muda lagi dah bercerai
- Alicia Amin dan Mawar Rasyid
Dua-dua 28 tahun. Dua-dua pelakon dan model.
Paling lama berumah tangga sebelum bercerai
- ND Lala bapa Sheila Amzah
Bercerai 34 tahun selepas kahwin. Lebih tiga dekad lamanya.
Dah tua pun nak bercerai lagi
- ND Lala (umur 62 tahun)
- Aziz M. Osman (umur 61 tahun)
Empat persamaan penyanyi Madrizal dan pelakon Afiq Muiz
- mereka lebih muda dari isteri masing-masing
- mereka berkahwin dalam bulan dan tahun yang sama (Mac 2019)
- mereka bercerai pun dalam bulan dan tahun yang sama juga (Julai 2023)
- punca kedua-dua perceraian pun sama iaitu rumah tangga berantakan
Bercerai sebelum sempat dapat baby
- Pelakon Alicia Amin
- Penyanyi Fyna Jebat
- Penyanyi Cat Farish
Paling cepat bercerai lepas kahwin
- Berkemungkinan penyanyi Fyna Jebat
Diceraikan suami tapi masih jadi menantu
- Yusof Haslam dan Datin kata Puteri Sarah adalah 'menantu mereka sampai mati'
Perceraian kedua
- Pelakon dan pengarah Aziz M.Osman
Paling sekejap jadi janda
- Diana Danielle (rujuk semula
Cerai senyap-senyap lepas kahwin senyap-senyap
|
|