/ artismelayu.net / Artis meninggal dunia /

Pelakon dan pelawak Mek Habsah meninggal dunia

Pelakon dan pelawak popular 1980an Mek Habsah (Habsah Bakar), 67 tahun, meninggal dunia pada petang Isnin 11 September 2023 di Institut Rerubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur. Arwah dimasukkan ke pusat rawatan tersebut sejak 12 Julai yang lalu. Jenazah arwah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Gombak.

Arwah sudah lama tidak aktif dalam dunia lakonan kerana lebih banyak menghabiskan masa melakukan aktiviti keagamaan.

Arwah menderita sakit paru-paru kronik sejak 20 tahun lalu dan sering keluar-masuk hospital untuk mendapatkan rawatan. Arwah sudah lama bergantung kepada tabung oksigen untuk bernafas untuk membantunya melakukan aktiviti harian. Paru-paru arwah tidak cukup kuat untuk memproses oksigen yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Arwah mula hilang selera makan dan paras oksigen menurun sejak Jumaat lepas. Arwah beritahu suaminya yang umurnya sudah tidak lama dan arwah nak balik ke rumah. Pada hari Sabtu keesokan harinya, doktor memberitahu suami arwah yang arwah akan pergi bila-bila masa sahaja dan harapan untuk pulih sudah tiada. Arwah telah tidak sedarkan diri kerana telah diberikan ubat morfin sebagai penenang. Doktor mula memanggil seluruh ahli keluarga untuk menziarahi arwah secara bergilir-gilir. Pada pukul 2.50 petang Isnin, doktor mengesahkan yang arwah telah tiada.

    Peribadi
  • Habsah Bakar, 67 tahun

  • Suami: Rahamis Hamid, 72 tahun

  • Hidup bersama suami-isteri selama 48 tahun.

  • Anak: Rosmawaty dan Rosmarina

  • Meninggalkan 9 cucu

  • Mak mentua kepada pengarah filem, dokumentari dan penulis skrip Mohd Husin (arwah).


    Karier seni
  1. Penyanyi, pelawak, pelakon

  2. Pernah berlakon dalam filem Litar Kasih (1996)

  3. Anggota kumpulan Asam Pedas

  4. Memberi nama komersil Osman Kering kepada Osman Kassim



Mek Habsah dengan mesin alat bantuan pernafasan yang dibawa ke mana sahaja.


Album 'Semakin Pandang Semakin Sayang' (1985)