/ Muka Depan / 2024 / Artis meninggal dunia 2023 / 2022 / |
Raja Gelak M Daud Kilau meninggal dunia | ||||
18 Disember 2023 - Raja Gelak M Daud Kilau meninggal dunia di Hospital Teluk Intan di Perak semasa berumur 85 tahun. Menurut doktor, M Daud Kilau meninggal dunia (dari segi perubatan) kerana jangkitan kuman dalam darah. Seminggu di hospitalArwah mula dimasukkan ke Hospital Teluk Intan pada malam 12 Disember (Selasa) selepas mengadu sakit kepala yang teruk. Kesihatan terjejas sejak tujuh tahun yang laluKesihatan M Daud Kilau mula terjejas sejak tujuh tahun yang lalu. Arwah mengidap penyakit kencing manis, kebas kaki-tangan, tidak boleh berdiri lama-lama, sakit pinggang malah daya pendengaran pula semakin kurang. Dua tahun yang lalu, M Daud Kilau pernah menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN).
|
Kontroversi meliwatAkhbar tempatan pada 27 April 2007 menyiarkan berita seorang remaja lelaki 19 tahun mendakwa dia diliwat oleh M. Daud Kilau (68 tahun pada masa itu) sebanyak dua kali. Remaja tersebut membuat tuduhan tersebut semasa dia dalam tahanan polis. Dia ditahan polis kerana ada aduan yang dia mencuri RM1608 dan kamera digital milik M. Daud Kilau. Dalam bulan Jun 2008 polis tutup kes sebab tiada bukti. Remaja tersebut hanya mereka-reka cerita. Semuanya tuduhan palsu. M. Daud Kilau sangat lega dan gumbira kerana namanya telah dibersihkan dan dia merancang untuk buat kenduri doa selamat bersempena dengan hari jadinya yang ke-69. |