/ artismelayu.net / Artis meninggal dunia /

Pelakon dan pengarah Mat London meninggal dunia

Mat London (Dr. Ahmad Ibrahim, 74 tahun) telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejurus selepas selesai azan Subuh pagi Jumaat.

Arwah dimasukkan ke unit rawatan rapi HKL sejak 16 Jun lepas kerana jangkitan paru-paru.

Di sepanjang tempoh menerima rawatan, arwah telah dimasukkan ke wad pengasingan (ICU) dan bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen. Arwah turut mengalami komplikasi pelbagai penyakit lain.

Jenazah dibawa ke Masjid Al-Mardhiyah Taman Melawati untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Taman Melawati.

    Peribadi
  • Nama betul Dr. Ahmad Ibrahim

  • Nama komersil Mat London

  • 74 tahun

  • Meninggal dunia pada 14 Julai 2023

  • Berkahwin dengan pelakon Fadilah Mansor pada 18 Oktober 1989 di Narathiwat.

  • Bercerai pada 28 Sept 2012

  • Dua orang anak hasil perkahwinan mereka, Alia Farhani dan Faeesal Aswat

  • Pensyarah Kanan UiTM


    Karier seni
  1. Pelakon dan pengarah

  2. Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM)

  3. 'Pak Karim' dalam drama bersiri Kampung Pisang Bersiri-Siri 12 episod arahan Mamat Khalid

  4. Turut berlakon dalam drama 18 Puasa di Kampung Pisang dan Kampung Pisang Berbuah Dua Kali

  5. Pengarah drama Pukul 2 Petang dan Larut

  • Mat London tak pernah berlakon dan tak mahu berlakon kerana dia selalu mengarahkan filem. Drama Kampung Pisang Bersiri-Siri adalah lakonan pertamanya. Dia terima berlakon hanya kerana menghormati permintaan Mamat Khalid.

  • Mat London masuk London Film School di London dan mendalami ilmu Directing semata-mata selama dua tahun.

  • Mendapat tujuh anugerah dari luar negara dan empat dari dalam negara (dalam bidang penerbitan / pengarahan / perfileman)

  • Orang pertama di Malaysia yang menghasilkan telemovie (ditayangkan di TV3).

  • Drama Pukul 2 Petang dibuat khas untuk majlis pelancaran stesen tv NTV7 yang dirasmikan pada pukul 2 petang.




Seorang tokoh seni yang hebat. Dr Ahmad Ibrahim ialah orang pertama di kampungnya yang lulus peperiksaan Cambridge. Mendalami ilmu teater selama tiga tahun. Menerima biasiswa British Council untuk sambung belajar di London. Menjadi pelajar terbaik dalam pengajian production di London. Presiden FDAM. Pensyarah Kanan UiTM. Menang 11 anugerah (pelbagai). Memperkenalkan 'telefilem' dalam dunia penyiaran. Melahirkan ramai penerbit, pengarah, dan penggiat seni penyiaran.


Pengakhiran semua manusia. Terpisah roh dari jasad. Menuju ke alam barzakh. Menunggu saat kebangkitan semula.


Fadilah Mansor, 64 tahun, bekas isteri Mat London, ialah pelakon berpengalaman dengan 9 buah filem, 20 telefilem dan lebih 200 drama. Mereka berkahwin pada 18 Oktober 1989 di Narathiwat, Thailand dan bercerai pada 28 Sept 2012.

Namun perceraian tersebut tidak dilaporkan dimahkamah syariah untuk pengesahan kerana Fadilah Mansor rasa yang dia akan menjanda hingga ke akhir hayatnya.

Kalau jodoh tidak ke mana. Fadilah Mansor dilamar oleh seorang bintang Pop Yeh Yeh. Oleh itu pengesahan perceraian perlu didaftarkan di mahkamah.

Pada 14 Disember 2014, mahkamah syariah mengesahkan 'perceraian' Mat London dan Fadilah Mansor. Kedua-dua bekas suami-isteri ini hadir bersama di mahkamah untuk prosiding tersebut.

Sebelas hari kemudian, Fadilah Mansor berkahwin dengan A Rahman Hassan dan terus pakai 'datin' (kerana isteri A Rahman Hassan telah meninggal dunia).

Takdir milik Allah. A Rahman Hassan meninggal dunia dalam tahun 2019 dan Datin Fadilah Mansor menjadi ibu tunggal kali kedua. .

Nota Terakhir..
Semasa Mat London berada di hospital, bekas isteri, Fadilah Mansor melawatnya setiap hari. Pada suatu hari Fadilah Mansor tak berkesempatan untuk datang dan Mat London bertanya kepada anaknya kenapa Fadilah Mansor tiada di sana. Mat London minta pen dan kertas dan menulis 'Love Mama'. Selepas itu Mat London 'ditidurkan' sehingga dia menghembuskan nafas terakhir.