/ artismelayu.net / Artis meninggal dunia /

Pelakon dan pengarah Majed Saleh meninggal dunia

Pelakon dan pengarah Majed Saleh, 65 tahun, meninggal dunia di Hospital Selayang selepas azan Subuh berkumandang pada hari Jumaat 6 Oktober 2023. Difahamkan arwah mengalami komplikasi jantung yang memberi kesan kepada buah pinggang dan hati. Arwah telah dimasukkan ke Hospital Selayang dua minggu sebelum itu.


Majed Saleh dengan pakaian pesakit Hospital Selayang. Berada selama dua minggu di hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Majed Saleh terkena serangan jantung yang kuat dalam bulan Mei lepas. Dengan bantuan NGO, dana khas berjaya dikumpulkan untuk menampung kos pembedahan sebanyak RM75,000. Kos menjadi tinggi kerana terdapat tiga saluran yang tersumbat. Pembedahan jantung telah dilakukan dalam bulan Jun untuk memasukkan perentak jantung ke dalam dada arwah bertujuan untuk menguatkan jantungnya.

Oleh kerana faktor umur, memasukkan perentak adalah opsyen yang terbaik berbanding dengan memasukkan stern atau melakukan pembedahan pintasan jantung.

Begitulah, manusia berusaha sedaya upaya dengan keterbatasan kemampuan yang ada. Namun ALlah yang lebih berkuasa mengatur segala-galanya.


Pernah mengarahkan drama Gerak Khas

    Peribadi
  • Abdul Majed Saleh, 65 tahun

  • Lahir pada 23 Disember 1957

  • Lahir di Perak

  • Meninggalkan seorang isteri, Nur Shida Mohd Zikir, 42 tahun

  • Abang ipar kepada penyanyi Shiha Zikir


    Karier seni
  1. Pengarah filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang (2009)

  2. Menjadi perompak dalam filem Mekanik (1983)

  3. Sebagai Johan dalam filem Kembara Seniman Jalanan (1986)

  4. Menjadi pengurus artis dalam filem Tragedi Oktober (1996)

  5. Menjadi pengurus kelab malam dalam filem Bara (1999)

  6. Pelakon filem Nasi Kandar Rosmerah (1913), Setan Munafik (2023)

  7. Pelakon drama TV Sembilu (2004), Sembilu Kasih (2006), KL Gangster: Underworld 2 (2020).

  8. Pelakon dan pengarah drama TV Gerak Khas (1999-2011, 2014-2021), Metro Skuad (2012-2013)

  9. Pengarah drama TV Skuad Celoreng, Gerak Khas Undercover (2021-2022)



Penyanyi dan pelakon Shiha Zikir ialah adik ipar arwah Majed Saleh. 1 EP, 9 Singles, 3 filem, 13 drama, 9 telefilem, 15 program tv, 8 anugerah. Boleh tahan.


Filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang (2009) adalah salah sebuah filem arahan Majed Saleh.