/ Muka Depan / 2024 / Artis meninggal dunia 2023 / 2022 / |
Penyanyi tahun 90-an Ibnor Riza meninggal dunia | |||||
17 Disember 2023 Penyanyi Ibnor Riza, 62, meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 petang hari Ahad di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM). Arwah meninggal dunia dalam keadaan 'ditidurkan' (intubasi). Dalam tempoh 15 hari intubasi, doktor melaksanakan dua kali pembedahan. Kali pertama ialah pada 2 Disember untuk membuang air di bahagian kanan kepalanya susulan kanser limfoma yang dihadapinya telah mula merebak ke bahagian otak. Pembedahan kedua ialah pada 12 Disember apabila doktor melakukan imbasan dan mengesan ada pendarahan dan air di bahagian kiri kepala. Dari hospital, jenazah arwah Ibnor Riza disolatkan di Masjid Tunku Aliff Hussein Saifuddin Al-Amin, Kariah Tengkek, Batu Kikir, Jempol. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasau, Batu Kikir, Jempol, kira-kira jam 10.20. Sudah ditakdirkan pengakhiran hayat Ibnor Riza di hospitalIbnor Riza masuk wad 7 November dan menjalani kemoterapi pada 10 November. Ibnor Riza pernah menjalani rawatan kemoterapi lapan kali sebelum itu. Selepas rawatan kemoterapi, Ibnor Riza mengalami demam yang berterusan sehingga doktor menyarankan untuk membuat pembedahan membuang air di kepala pada 2 Disember. Ibnor Riza diletakkan dalam keadaan intubasi (ditidurkan) sebelum pembedahan tersebut. Ibnor Riza berada dalam keadaan intubasi dan dibedah dua kali sebelum meninggal dunia. Komplikasi kesihatan dikesan sejak JanuariDalam bulan Januari 2023 Ibnor Riza membuat rawatan di hospital kerana lehernya bengkak dan suaranya hilang. Semasa melakukan ujian darah sebagai persediaan untuk pembedahan, doktor mendapati Ibnor Riza turut mengidap penyakit lain iaitu kencing manis (bacaan 22), darah tinggi, kalestrol tahap tinggi, buasir dan migrain yang teruk. Doktor juga mendapati Ibnor Riza mengalami kelumpuhan kord suara (vocal cord paralysis). Komplikasi tersebutlah yang menyebabkan Ibnor Riza sukar bercakap dan tidak lagi boleh menyanyi. Pada 19 Februari Ibnor Riza pernah pengsan di rumahnya dan dimasukkan ke ICU di hospital Port Dickson. Katanya ada ketulan di bahagian muka yang menghimpit saraf untuk saluran udara ke jantung dan otak. Menurut Ibnor Riza dia berdepan kemungkinan boleh jatuh pengsan dan jantung terhenti pada bila-bila masa disebabkan ada komplikasi saraf terhimpit pada bahagian pipi kirinya. Dalam akhbar tempatan pada 6 Mac Ibnor Riza memberi tahu melalui rakaman video yang dimuatnaik oleh rakan artisnya Salwa Abdul Rahman, dia disahkan mengidap kanser limfoma (tahap 4, menurut sumber lain) dan akan menjalani rawatan kemoterapi. Rupa-rupanya bengkak di lehernya itu ada kaitan langsung dengan kanser tersebut. Doktor kata ada 6 bulan lagi untuk hidupPada malam program amal Ambang Merdeka Malam Untukmu Ibnor yang diadakan pada 30 Ogos 2023, Ibnor Riza memaklumkan yang doktor mengjangkakan dia hanya ada berbaki enam bulan sahaja untuk hidup. Jangkaan doktor tersebut adalah susulan dari kegagalan rawatan kemoterapi yang ke-9 ke atas Ibnor Riza. Namun tarikh sebenar bila doktor menyatakan ramalan perubatan tersebut tidak diberitahu. Program amal Ambang Merdeka Malam Untukmu Ibnor adalah anjuran Persatuan Melodi Kenangan Artis Dan Penggiat Seni Malaysia (Pemekar) dengan kerjasama Hotel Grand Barakah, Ampang (dulu Hotel de Palma). Tujuannya adalah untuk mengutip dana untuk disumbangkan kepada Ibnor Riza. 9 kemoterapi menelan RM80,000Difahamkan arwah Ibnor Riza telah menjalani sembilan rawatan kemoterapi yang kesemuanya menelan belanja RM80,000. Arwah menjual tiga keretanya untuk membantu menampung semua perbelanjaan. Manusia hanya merancang dan berusaha. Ketentuan takdir adalah milik Allah. Wang tidak dapat membeli segala-galannya. |
Perjalanan terakhir Ibnor Riza.. |