Sheila Abdull (Norsheila Binti Abdullah, 36) lahir pada 13 Ogos 1988 di Johor Bharu.
Mula menjadi penyanyi sejak tahun 2006 setelah menjadi juara zon selatan pertandingan Suara Bintang Adnan Abu Hassan.
Pernah menjadi artis rakaman EMI Music Malaysia (2008-2010) dan Dreams Music (2011-2013).
Ada satu album iaitu Sheila Abdull (namanya sendiri) yang muncul pada Februari 2008 di bawah label EMI Music dalam format CD.
Ada empat single iaitu Mungkinkah (2007), Lepaskanlah (2008), Cinta Luar Biasa (2008), dan Pengkhianat Cinta (2011).
Pernah menjadi penyanyi untuk Kombo RTM, Kumpulan Jazz Johor, Yayasan Warisan Johor (selama lima tahun), Orkestra Majlis Perbandaran Johor Bahru, dan menjadi backup singer di konsert Gema Zafarana (persembahan zapin) Siti Nurhaliza di Istana Budaya (2004).
Buat cameo (jadi diri sendiri) dalam filem The Red Kebaya (2006) sebagai penyanyi kelab malam.
Berhenti menyanyi dan cari kerja lain (jadi pramugari) apabila karier nyanyian kurang meberangsangkan.
Akhirnya jadi pramugari Malindo Air selama empat tahun (2016-2020).
Sheila Abdull adalah antara empat orang pramugari Malindo Air yang diberhentikan akibat bencana COVID19 melanda Malaysia dahulu.
Suami Sheila Abdull ialah Ammar Habir (gitaris kumpulan rock Drama Band). Mereka berkahwin pada 18 Disember 2016 dan dikurniakan tiga orang anak (Chempaka Alaya, Dahlia Aluna dan Moussa El Kazeem).
Karier seni suara Seila Abdull kurang memberangsangkan.
Sama seperti rakan peserta Gegar Vaganza Arrora Salwa, orang ingat Sheila Abdull melalui satu lagu sahaja.