/ artismelayu.net / Artis meninggal dunia /

Penyanyi Fairuz Misran klon P. Ramlee meninggal dunia

Pada 8 September 2023 Hari Jumaat, Fairuz Misran mengadu sakit dada. Dia pengsan dan dibawa ke hospital di Labuan. Selepas dilakukan pemeriksaan, doktor mengesahan dia telah meninggal dunia.


Foto atas dan bawah. P. Ramlee (kiri) dan Fairuz Misran (kanan). Sama tak?

  • Fairuz Misran dilahirkan pada 19 Januari 1985 di Hospital WP Labuan, dibesarkan di Kimanis, Papar. Menetap di Labuan.

  • Meninggal dunia pada 8 Sep 2023 semasa berumur 38 tahun dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Pengkalan Merbau, Labuan.

  • Anak ketiga dari 7 adik beradik

  • Isteri: Noor Munira Mohamed. Berkahwin dalam tahun 2007.

  • Pekerjaan selain dari menyanyi ialah membekalkan makanan di kapal-kapal di Labuan.


  1. Seorang penyanyi dan menjadi artis sejak tahun 2012.

  2. Diberi gelaran klon P. Ramlee

  3. Rupa parasnya mirip P. Ramlee. Begitu juga suaranya, gayanya, bentuk tubuhnya, misainya, dan lenggok pertuturannya.

  4. Tiada pertalian darah dengan P. Ramlee. Tiada sama sekali.

  5. Kerap menyadur lagu-lagu P. Ramlee melalui akaun Youtube, Instagram dan FB miliknya.

  6. Tiada album. Sentiasa mengidamkan untuk mempunyai album, namun tak kesampaian. Hanya ada 4 singles.

    • 'Indahnya Raya' (2019)

    • 'Ikatan Asmara' ft Baby Shima(2019)

    • 'Untukmu' (2021)

    • 'Bak Zaman' ft Baby Shima (2022)

  7. Pernah berlakon dalam satu filem sahaja iaitu The God of Wealth (2020). Penampilan kas, sebagai dirinya sendiri.

  8. Berlakon dalam satu drama sahaja iaitu Pop Yeh Yeh (2019, TV3) dalam episod 'Tribute P. Ramlee'

  9. Juara Bintang P Ramlee peringkat kebangsaan 2012 anjuran RTM.

  10. Finalis pertandingan yang sama pada 2010.

  • Pada umur 38 tahun, Fairuz Misran adalah artis paling muda meninggal dunia di tahun 2023.

  • Mula menyanyi di khalayak awam sejak berumur 6 tahun.

  • Berasal dari keluarga yang susah. Oleh itu arwah cuba membantu menyara keluarga dengan menyertai pertandingan nyanyian di mana-mana sahaja atau membuat persembahan nyanyian.

  • Hadiah wang tunai dari pertandingan nyanyian yang pertama arwah terima ialah RM50 (semasa masih di sekolah menengah). Digunakan untuk perbelanjaan sekolah.