/ Muka Depan / Artis bercerai-berai 2024 / 2023 / |
Pada 10 Ogos 2024 yang lepas pelakon Erynne Erynna (Syazlynne Erynna Abdullah, 27 tahun) membuat pengakuan di akaun Instagram rasminya bahawa dia sudah bercerai (atau diceraikan) dengan suaminya, Afify Sazali. Erynne Erynna berkahwin pada 17 April 2019 semasa berumur 22 tahun dan telah pun mempunyai seorang anak bernama Medinah yang berumur 4 tahun. Tak diketahui sebab dan tarikh sebenar berceraiTiada satu media pun yang berjaya bertanya pada Erynne Erynna bila mereka bercerai sebenarnya. Di mahkamah mana urusan perceraian dilakukan. Apa punca bercerai. Bagaimana soal hak penjagaan anak dan nafkah masa iddah. Erynne Erynna juga tidak menyatakan sama ada dia masih dalam tempoh iddah. Apa yang pasti status Erynne Erynna sekarang jalah seorang janda muda. Semuanya positif tentang bekas suamiBagus Erynne Erynna ni. Dia beri komen positif tentang bekas suami. Semunya baik-baik. Tak macam Bella Astillah yang hentam, keji dan mengaibkan suami (belum bercerai lagi pun) bagai nak runtuh dunia. Juga tak macam Puteri Sarah yang tak habis-habis beri tahu semua orang yang dia menyesal tak sudah kahwin dengan Shamsul KL Gangster. Erynne Erynna juga beriman dengan takdir dan menganggap semuanya itu adalah ujian Allah SWT. "Segala puji bagi Allah, sungguh ujian yang amat berat tetapi Allah duga dan beri ujian pada hamba-Nya dan Dia sayang dan tidak akan menguji hamba-Nya lebih dari kemampuannya." "Namun begitu bekas suami saya adalah seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab kepada anak kami." "Kepada Afify, terima kasih untuk segalanya. Semoga Allah memberkati dan melindungi awak serta keluarga."
|
|