/ artismelayu.net / Artis meninggal dunia 2023 /

Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia

28 Oktober 2023 - Pelakon Badrul Muhayat telah disahkan meninggal dunia dalam tidur semasa berada di sebuah inap desa (homestay) di Pulau Pinang. Arwah sepatutnya berniaga di Karnival Uda. Namun semasa dikejutkan dari tidur oleh isterinya pada kira-kira pukul 9 pagi, arwah tidak memberi sebarang respon manakala badannya didapati sejuk. Mereka memanggil ambulans dan arwah disahkan telah meninggal dunia.

"Tak mengapa, Allah beri kesempatan kepada saya hidup bersamanya walaupun hanya enam bulan. Walaupun singkat, saya sangat hargai."

Norhayati Zulkapli, 50 tahun, balu arwah Badrul Muhayat. Graduan Universti Liverpool, England. Berkenalan empat bulan sebelum berkahwin.

    Biodata
  • Badrul Muhayat Ahmad Jailani

  • Lahir pada 18 April 1968 di Johor Bahru

  • Sepupu pelakon Maria Farida

  • Pernah berkahwin dengan Julia Daud dan dikurniakan dua orang anak (Nur Delisha, Badrul Hidayat).

  • Bercerai pada 22 Sept 2010 di mahkamah. Bekas isteri mendapat hak penjagaan anak dan berkahwin lain 8 tahun kemudian.

  • Menduda selama lebih 11 tahun

  • Isteri kedua Norhayati Zulkapli (berkahwin pada 18 April 2023)

  • Meninggal dunia pada 28 Oktober 2023 semasa berumur 55 tahun di Pulau Pinang


    Karier seni
  1. Filem pertama ialah Dendang Remaja (1988) dan yang terakhir ialah Cerana Biduk Bu Merah (2023)

  2. Semakin terkenal selepas membintangi filem Harry Boy (1991) arahan A.R Badul di samping bintang sensasi pada masa itu, Sofea Jane.

  3. Berlakon dalam 12 filem (1988-2023), 37 drama (1997-2023) dan 7 telefilem (2001-2021).