/ artismelayu.net / Artis meninggal dunia 2023 /

Penyanyi Bad Indigo dari kumpulan Indigo meninggal dunia

26 Oktober 2023 - Penyanyi Bad Indigo dari kumpulan Indigo telah meninggal dunia pada pukul 7 malam Jumaat di tempat kerjanya di Ampang.

Menurut rakan sekerja arwah yang turut berada di tempat kerja semasa kejadian, arwah berpeluh-peluh dan muntah-muntah dan kemudian mula tidak sedarkan diri.

Salah seorang rakan sekerjanya pergi mencari air bikarbonat namun tidak berjaya memberi arwah minum. Sebelum ini arwah pernah mengalami hypo (hipoglisemia, keadaan kekurangan mendadak paras gula dalam badan) di tempat kerja dan apabila diberi air berkabonat, arwah akan pulih segera. Namun kali ini usaha mereka itu tidak berjaya kerana arwah telah tidak sedarkan diri namun masih bernafas.

Pasukan paramedik sampai lebih kurang 25 minit kemudian dan mereka melakukan macam-macam cara untuk memberi bantuan pernafasan namun tetap tidak berjaya.

Menurut mereka, oksigen tidak sampai ke otak arwah sudah lebih dari 15 minit. Arwah kemudiannya dimaklumkan telah meninggal dunia.

Punca sebenar arwah Bad Indigo meninggal dunia belum dapat dikenalpasti. Namun arwah ada masalah jantung dan kencing manis sejak 10 tahun yang lalu. Arwah juga adalah pemegang kad OKU selepas menjalani pembedahan memotong semua jari kakinya (sebelah kiri).

Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.


Arwah Bad Indigo di tempat kerja. Bergerak dengan kerusi roda.

    Biodata
  • Badrul Izhan Yeop Abdullah

  • Lahir pada 13 Oktober 1975

  • Meninggal dunia pada 26 Oktober 2023 semasa berumur 48 tahun

  • Perkahwinan pertama pada 2007. Dikurniakan dua anak. Bercerai tiga tahun kemudian.

  • Perkahwinan kedua dengan penyanyi Ashira (Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz) pada 11 Mac 2021

  • Bercerai 15 bulan kemudian melalui satu hantaran video pada 23 Jun 2022


    Karier seni
  1. Karier seni Bad Indigo hanyalah melalui kumpulan Indigo (genre R&B dan Pop) yang muncul pada 1995 dan aktif sehingga 2022.

  2. Sempat melahirkan tiga album bersama kumpulan Indido di bawah KRU Records iaitu Intro (1997), Istimewa (1998) dan Episod 3 (2000)

  3. Kumpulan Indigo meninggalkan KRU Records pada 2000 selepas keluar album ketiga. Indigo memang tidak boleh hidup tanpa KRU dan hayat seni mereka terus lenyap selepas itu

  4. 20 tahun kemudian, kumpulan Indigo (Bad, Zam, Shah) mencuba nasib dalam program khas untuk penyanyi lama dan sendu, Gegar Vaganza musim 7. Tersingkir pada Minggu 4 (1 November 2020).

  • Bad Indigo telah menduda selama 10 tahun sebelum bercinta dengan penyanyi Ashira.

  • Bertemu dan bercinta dengan Ashira semasa bersama-sama menjadi peserta Gegar Vaganza 7 (Oktober-November 2020). Kumpulan Indigo tersingkir pada minggu keempat. Ashira berjaya masuk final namun mendapat tempat ketujuh (paling akhir).

  • Semasa mereka berkahwin (Mac 2021), Bad Indigo adalah bapa tunggal dengan dua orang anak (Rayyan, 12 dan Rania, 11) manakala Ashira pula ialah ibu tunggal dengan seorang anak (Megat Shazril Haziq Hadi, 15).

  • Bad Indigo dan Ashira bersama-sama mengumumkan perceraian mereka melalui satu hantaran video pada 23 Jun 2022. Punca perceraian tidak dinyatakan pada masa itu kerana mereka 'tidak mahu membuka aib'.

  • Bad Indigo mengidap kencing manis sehingga terpaksa melalui pembedahan membuang tiga jari kakinya pada 9 Mei 2022. Tiga bulan selepas mendirikan rumah tangga, semua jari kakinya dipotong. Bad Indigo kemudiannya terpaksa menggunakan alat 'walker' dan kerusi roda untuk bergerak.

  • Bad Indigo bekerja sebagai pembantu jualan dan pemasaran di Reiber Auto (pakar absorber kereta) di Bukit Permai, Ampang. Di situlah (pukul 7 malam) arwah menghembus nafas terakhir.

Penyanyi Ashira (Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 38) ialah bekas isteri arwah Bad Indigo. Anak penyanyi veteran Syed Abdul Aziz Syed Alwi dan adik penyanyi Shasha (bukan Sasha Elite). Ada satu EP (2000), satu album (2002) dan 4 single (1999 dan 2002). Sempat ke peringkat semi final Muzik-muzik TV3 18 (2003). Muncul di Gegar Vaganza 7 (2020) dan berjaya ke final (dapat tempat ketujuh).