13 November 2024 Siti Nurhaliza, 45, ialah Biduanita Negara.
Anugerah tersebut diisytiharkan pada pada malam majlis Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024).
Pada malam anugerah tersebut, Siti Nurhaliza menerima gelaran Biduanita Negara, hadiah wang tunai RM30,000, kain songket, watikah, trofi khas Biduanita Negara serta menerima status sebagai Seniman Tamu.
Malam Anugerah Seni Negara 2024 dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Siti Nurhaliza adalah antara artis Malaysia yang aktif dan paling berjaya dalam bidang seni suara buat ketika ini.
Dari kalangan semua penyanyi yang masih aktif dan telah bersara tetapi masih bernyawa, tidak ada yang dapat mengatasi kejayaan Siti Nurhaliza.
Siti Nurhaliza juga berjaya mengangkat seni budaya dan warisan bangsa ke peringkat antarabangsa.
Di luar bidang seni suara, Siti Nurhaliza juga merupakan seorang usahawan yang berjaya di kalangan artis, selalu menderma tanpa menunjuk-nunjuk, memberi sumbangan yang bermakna yang bererusan kepada rakyat Palest*ne termasuk membuka sebuah tadika menghafal al-qur'an Afwa Al Afiyah di Gaza, dan tersenarai dalam 500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia selama 10 kali berturut-turut.
Antara fakta, rekod dan kecemerlangan Siti Nurhaliza:
Aktif sebagai anak seni selama 29 tahun (sejak 1995) dan masih belum bersara.
Menang lebih 300 anugerah dalam dan luar negara, termasuk:
42 anugerah di AIM (Anugerah Industri Muzik)
25 anugerah bintang popular ABPBH (Anugerah Bintang Popular Berita Harian)
25 anugerah APM (Anugerah Planet Muzik)
4 Anugerah MTV Asia Award
Dua rekod negara dalam Malaysia Guiness Book of Records
Ada lebih 250 lagu melalui 16 album studio, 11 album kompilasi, 10 album secara langsung, 2 album duet, 1 album khas.
60 konsert dalam dan luar negara
Penyanyi Asia ketiga dijemput mengadakan konsert di Royal Albert Hall London (2005)
Penerima gelaran Voice of Asia selepas memenangi Grand Prix Champion di pertandingan Voice of Asia di Almaty, Kazakhstan (2002)
Pemegang rekod paling banyak menang anugerah dalam Malaysia Book of Records sejak 2001 (dan masih belum berjaya di atasi oleh sesiapa pun hingga kini)
Antara komen Siti Nurhaliza selepas menerima anugera:
Bersyukur kerana Allah kurniakan bakat dan dikurniakan peluang untuk memanfaatkan bakat tersebut untuk memberikan nilai-nilai positif, memberi inspirasi dan memberikan pengaruh yang baik.
Berpandangan yang seni menghubungkan dan menyatukan kita tanpa mengira agama, bahasa, bangsa dan negara.
Bertekad untuk terus menggandakan usaha untuk memberikan nilai positif dalam mengekalkan seni budaya untuk terus dihormati, dijagai, dihargai memandangkan inilah warisan yang kita ada dan perlu dipelihara.
| |
Anugerah Biduan Negara (lelaki) dan Biduanita Negara (wanita) adalah pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada pejuang seni suara negara.
Anugerah Biduan Negara dan Biduanita Negara adalah pengiktirafan khas kepada anak seni negara oleh PAPITA (Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air) melalui MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Siti Nurhaliza (2024) adalah Biduanita Negara yang ketiga selepas Saloma (1978) dan Sharifah Aini (2006).
|
|