/ Muka Depan / Artis meninggal dunia 2024 / 2023 / 2022 /


14 Ogos - Ketua Polis Selangor mengesahkan bahawa mayat yang dijumpai dalam sungai berhampiran jambatan Sungai Klang pada pukul 7 malam (Rabu 14 Ogos 2024) adalah penyanyi Muhammd Nidza Afham Mokhtar, 23 tahun, iaitu abang penyanyi Aufahanie.

Hasil bedah siasat selama empat jam Unit Forensik Hospital Shah Alam mendapati mayat adalah dalam keadaan sempurna tanpa ada apa-apa tanda kecederaan. Punca kematian dari segi perubatan masih pending laboratory investigation iaitu bergantung kepada hasil siasatan lanjut makmal.

Pihak polis pula akan meneruskan siasatan sebagai kes mati mengejut atau SDR (Sudden Death Report).

Jenazah disembahyangkan di Masjid Puncak Alam, Kuala Selangor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah di Puncak Alam, Selangor.

Keluar rumah 24 jam sebelum mayat ditemui

Nidza Afham keluar rumah pada pukul 7.45 malam (Selasa 13 Ogos) dengan kenderaan e-hailing untuk pergi berjoging di Stadium Klang dan tidak balik-balik lagi ke rumah selepas itu. Mesej telefon terakhir dari Nidza Afham kepada adiknya ialah pada pukul 9.04 malam. Arwah tidak dapat dihubungi lagi selepas itu.

Apps Find My iPhone teman wanita mengesan lokasi terakhir arwah

Teman wanita arwah menggunakan apps 'Find My iPhone' yang berjaya mengesan lokasi telefon bimbit arwah di sekitar Jambatan Kota (jambatan Sungai Klang).

Hanya jumpa telefon bimbit dan dompet

Asfahanie dan keluarganya keluar untuk mencari arwah di sekitar kawasan Jambatan Kota. Pada pukul 1.50 pagi dengan bantuan dua orang lelaki yang kebetulan berada di situ, mereka menemui dompet dan telefon bimbit arwah berhampiran jambatan namun arwah tidak ditemui. Kad pelajar dan kad pengenalan arwah masih ada dalam dompet. Namun kad debit (kad ATM) dan wang tunai telah hilang.

Bacaan apps fitness tracker dalam telefon bimbit Nidza Afham merekodkan yang arwah telah berjoging sejauh tiga kilometer.

Laporan polis kehilangan orang

Oleh kerana arwah masih tidak dapat ditemui, pada pukul 4.22 pagi Asfahanie telah membuat laporan polis (tentang kehilangan abangnya).

Pada pukul 5 pagi, kakak arwah, Nur Irfahanie Mokhtar mula menghebahkan kehilangan arwah di laman-laman sosial.

Pada sebelah petang keesokan harinya, keluarga arwah meneruskan pencarian di sekitar jambatan Sungai Kelang. Bapa arwah turut melaungkan azan di kawasan tersebut.

Pada lewat petang, abang ipar arwah memaklumkan yang unit CCTV berjaya mengesan arwah (melalui kemeja T APAM 56 yang dipakai arwah) berjalan di sekitar kawasan berhampiran iaitu di Masjid India Muslim Tengku Kelana pada pukul 9.03 malam.

Pemancing menjumpai mayat arwah di sungai

Pada pukul 7 malam, pemancing yang sedang memancing di Sungai Kelang menemui mayat terapung-apung di sungai yang memakai pakaian gelap yang tertera No. 56. Lokasi mayat ditemui adalah lebih kurang satu km dari lokasi telefon bimbit dan dompet arwah ditinggalkan.

Mayat ditemui 24 jam selepas arwah keluar dari rumah.

Polis mengesakan bahawa mayat tersebut adalah Nidza Afham manakala abang ipar arwah membuat pengecaman mayat arwah sebelum dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

  • Nidza Afham ialah seorang penyanyi dan youtuber

  • Antara single - 'Rindu Setengah Mati' (2020), 'Pulang' (2021), 'Bebaskan Diriku' (2022), 'Sempurna' (2022), 'Ku Juga Mencintaimu' (2023).

  • Mempunyai single 'Oy' (ciptaan komposer Sharon Paul dan Ezra Kong) dalam trio bersama Razmansyah dan Afiq Adnan.

  • Lagu cover 'Rindu Setengah Mati' (nyanyian asal kumpulan D'Masiv) distrim di Spotify sebanyak 3.4 juta kali dan ditonton sebanyak 6.5 juta kali di youtube.

  • Pernah menyertai rancangan realiti 'I Can See Your Voice' musim ke-3 dengan adiknya, Aufahanie.

  • Sangat rapat dengan adiknya, penyanyi Aufahanie, 21, walaupun mereka duduk berasingan. Mungkin kerana ibu bapa mereka telah bercerai. Aufahanie tinggal dengan bapa manakala Nidza Afham tinggal dengan ibu.

  • Dari perbualan mesej WhatsaApp dalam telefon bimbit arwah, Aufahanie baru tahu yang arwah sedang mengumpul wang kerana merancang untuk berkahwin dengan teman wanitanya.

  • Lahir 5 Jun 2001. Anak kelima dari tujuh adik-beradik.