/ Muka Depan / Artis meninggal dunia 2024 / 2023 / 2022 / |
Penyanyi, penggubah lagu Jay Jay meninggal duniaPenyanyi Jay Jay (Mohd Fauzi Darus, 67 tahun) meninggal dunia pada kira-kira pukul 9.30 malam semasa menerima rawatan di Thomson Hospital (hospital swasta) di Kota Damansara, Petaling Jaya. Menurut doktor, Jay Jay meninggal dunia akibat beberapa organ dalaman gagal berfungsi. Kesihatan merosot selepas pembedahanPada bukan Mei lepas, Jay Jay menjalani pembedahan pintasan jantung. Selepas pembedahan tersebut kesihatan Jay Jay semakin merosot. Jay Jay juga tidak dapat menggerakkan kaki kanannya. Jay Jay ditahan lagi di hospital selepas doktor mengesan jangkitan kuman dalam air kencing. Selepas itu beberapa organ dalaman Jay Jay mula tidak dapat berfungsi dengan baik. Jay Jay juga pernah diserang angin ahmar sebanyak dua kali yang menakibatkan dia semakin lemah dan kurang bercakap. Destinasi terakhirSelepas disembahyangkan di Masjid Al Husna, janazah Jay Jay disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang di Petaling Jaya pada kira-kira pukul 11.15 pagi. |
Anugerah
Pernah jadi penerbit vokal | Jay Jay sebagai penyanyi
|
Bio
|
Jay Jay (empat dari kiri) bersama kumpulan Carefree tahun 1979. |
Menghibur sambil beramal. Antara sumbangan tenaga dan suara Jay Jay untuk usaha-usaha kebajikan. Jay Jay (kiri) dan Ernie Zakri (tengah, yang paling tak tinggi) bergandingan dengan Penyanyi No. 1 Malaysia Siti Nurhaliza (kanan sekali, melampau kalau tak tau) dalam Konsert Satu Suara Vol. 3 (pada 13 Mei 2023) di Mega Star Arena, Sungai Wang Plaza. Konsert tersebut dianjurkan oleh Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd (SNP) bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi Yayasan Nurjiwa yang banyak menguruskan kerja-kerja amal termasuk memberi sumbangan berterusan kepada rakyat Palestin. |