/ artismelayu.net / |
"Perkara halal yang paling dibenci pada sisi Allah ialah talak." (Hadis Riwayat Abu Daud) |
7 Oktober 2024 Pelakon Nur Fazura, 41, memfailkan permohonan cerai ke atas suaminya, Fattah Amin, 34, di mahkamah rendah syariah pada 13 September 2024. Pada 7 Oktober 2024, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam membenarkan tuntutan tersebut dan Fattah Amin terpaksa melafazkan cerai talak satu. Mereka berkahwin hampir tujuh tahun (6 tahun 11 bulan) yang lalu iaitu pada 27 November 2017 dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 4 tahun bernama Nur Fatima Aisya. Antara alasan Nur Fazura menunutut cerai adalah (antara lain) dia hidup sengsara, Fattah Amin tak beri nafkah, tak beri duit raya, dan curang. Awas suami-suami semua. Jangan lupa beri duit raya. |
14 Ogos 2024 Pada 5 September 2024, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan telah berlaku cerai taklik ke atas pelakon Ira Kazar, 29, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof, 40. Mahkamah diberitahu yang Ira Kazar telah melanggar taklik apabila membuat hantaran di media soial (layan medsos) sebanyak lima kali sejak 14 Ogos 2024 Mahkamah menetapkan perceraian bermula pada tarikh Ira Kazar mula-mula sekali melanggar taklik (iaitu pada 14 Ogos). Tempoh iddah Ira Kazar juga bermula dari tarikh tersebut. Mereka berkahwin senyap-senyap di Thailand pada 6 Januari 2023. Perkahwinan mereka berumur 19 bulan sahaja. Tempoh yang singkat. Ira Kazar tak sempat beranak. |
12 Ogos 2024 Penyanyi Nora Ariffin (Wan Norafizah Wan Ariffin, 51), yang hidup bermadu, diceraikan oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli, dengan lafaz 'kerana Allah Taala' melalui satu rakaman video. Klip video peribadi yang dihantar hanya untuk Nora telah dikongsikan oleh Nora dengan segera ke seluruh dunia melalui hantaran instagram. Nora turut mengulas yang suaminya 'dipaksa' oleh pihak atau orang tertentu. Nora berkahwin (sebagai isteri kedua) dengan Dr Rushdi Ramli dalam tahun 2021. Mereka rujuk semula sebulan kemudian. |
10 Ogos 2024 Perceraian paling tenteram di seluruh Malaya. Pelakon Erynne Erynna, 27, memaklumkan yang dia sebenarnya sudah bercerai (atau diceraikan) dengan suaminya. Mereka berkahwin pada 17 April 2019, iaitu pada hari lahir Erynne Erynna dan sekarang mempunyai seorang anak. Erynne Erynna tenang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak media. Tiada air mata tiada memek muka sengsara dan tiada perkara negatif tentang bekas suami atau perkahwinan mereka. |
25 Julai 2024 Pelawak terpaling kelakar di dunia, Harith Iskander, 58, menceraikan isterinya, Dr Jezamine Lim, 41, dalam satu perbicaraan tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Si suami menceraikan kerana si isteri minta diceraikan. Hubungan mereka berdua sebenarnya masih baik namun mereka mahu cuba meneruskan hubungan baik tersebut 'sebagai kawan' dan bukan dalam sebuah rumah tangga. Ada pelik sedikit tapi itu hak mereka dan mereka lebih paham apa sebenarnya yang berlaku. Mereka berkahwin pada 12 Jun 2010 dan sempat dikurniakan tiga orang anak. |
Rabu 19 Jun 2024 8.34 malam Ya betul, prosiding mahkamah sesi malam. Pelakon Nora Danish, 42, bercerai secara baik dengan suaminya yang mengakhiri mahligai bahagia tujuh tahun mereka. Mereka berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak (6 tahun pada 2024). Perceraian kedua Nora Danish. Kali pertama bercerai pada awal Julai 2008 dengan suami pertama, Datuk Rizal Ashram Ramli (Jejai). |
Khamis 13 Jun 2024 Nikah, cerai, rujuk dan kini cerai sekali lagi. Pencurang bersiri Aliff Aziz, 33, dan pencurang satu episod Bella Astillah, 30, akhirnya bercerai dan menamatkan kemelut rumah tangga mereka yang sungguh memalukan. Tuntutan cerai dibuat oleh Bella Astillah. |
Jumaat 24 April 2024 Penyanyi dan pempengaruh Siti Adira Suhaimi, 32, madu kepada Datin Red, berjaya menuntut cerai dari scammer muflis kesayangan ramai, Datuk Red (Adnan Abu, 46 tahun). Mereka berkahwin di Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan empat orang anak (Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun). Adira memaklumkan yang dia dan bekas suami telah merancang untuk berkahwin semula selepas Hari Raya Puasa tahun depan (2025). Pada 13 Mei 2024, Datuk Red bercerai dengan Datin Red (Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim, 38) |