artismelayu.net
Muka Depan /

Anugerah Biduan Negara

Anugerah Biduan Negara adalah anugerah terunggul di Malaysia yang dikurniakan kepada penyanyi. Secara asasnya penerima anugerah ini adalah penyanyi Malaysia yang dianggap mempunyai jasa dan sumbangan besar kepada negara. Penerima anugerah lelaki akan memakai gelaran Biduan manakala penerima anugerah wanita akan memakai gelaran Biduanita. Pada asalnya Anugerah Biduan Negara diberikan oleh PAPITA (Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air). Pada masa itu anugerah tersebut dikenali sebagai Anugerah Artis Sepanjang Zaman PAPITA sebelum ditukar kepada Anugerah Biduan Negara. Pada 2024, Anugerah Khas ASN 2024: Biduan Negara dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Penerima Anugerah Biduan Negara

  1. 1978 - Saloma (Puan Sri Datin Amar Salmah Binti Ismail). Balu arwah Seniman Agung P Ramlee. Lahir 1935, meninggal dunia 1983. Aktif selama 33 tahun antara 1950 hingga meninggal dunia (1983). Menerima anugerah pada 1978 semasa berumur 43 tahun dan setelah 28 tahun menjadi penyanyi.

  2. 2002 - Ahmad Jais (Datuk Mohd Jais Bin Ahmad). Lahir 1935, meninggal dunia 2011 semasa berumur 75 tahun. Aktif selama 46 tahun dari tahun 1965 hingga meninggal dunia (2011). Menerima anugerah pada 2002 semasa berumur 67 tahun setelah 37 tahun menjadi penyanyi.

  3. 2006 - Syarifah Aini (Datuk Syarifah Aini Binti Syed Jaafar). Lahir 1953, meninggal dunia 2014. Aktif selama 46 tahun dari tahun 1968 hingga meninggal dunia (2014). Menerima anugerah pada 2006 semasa berumur 53 tahun setelah 38 tahun menjadi penyanyi.

  4. 2013 - S.M. Salim (Tan Sri Sheikh Salim Bin Sheikh Mohamad). Lahir 1928, meninggal dunia 2016. Aktif selama 67 tahun dari tahun 1949 hingga meninggal dunia (2016). Menerima anugerah pada 2013 semasa berumur 85 tahun setelah 64 tahun menjadi penyanyi.

  5. 2024 - Siti Nurhaliza (Dato' Sri Hajjah Siti Nurhaliza Binti Tarudin). Lahir 1979. Belum meninggal dunia lagi. Aktif selama 29 tahun sejak tahun 1995 hingga kini. Menerima anugerah pada November 2024 semasa berumur 45 tahun setelah 29 tahun menjadi penyanyi

  • Dalam tempoh 46 tahun, hanya terdapat lima orang penerima Anugerah Biduan Negara.

  • Sehingga kini, hanya ada dua Biduan Negara dan tiga Biduanita Negara.

  • Saloma (1978) ialah penerima pertama Anugerah Biduan Negara.

  • Siti Nurhaliza (2024) adalah penerima Anugerah Biduan Negara yang terkini

  • Biduan Negara paling muda ialah Saloma (semasa berumur 43 tahun). Siti Nurhaliza berumur 45 tahun.

  • Biduan Negara paling senior ialah S.M. Salim (semasa berumur 85 tahun).

  • Keempat-empat Biduan Negara sebelum Siti Nurhaliza kini telah meninggalkan kita.

  • Hanya seorang Biduan Negara tidak pernah menjadi pelakon (Siti Nurhaliza).

  • Paling cepat menjadi Biduanita Negara ialah hanya 28 tahun selepas menjadi anak seni (Saloma). Siti Nurhaliza menungu 29 tahun.

  • Paling lama menunggu untuk menjadi Biduan Negara ialah SM Salim (selepas 64 tahun menjadi anak seni.)

  • Kesemua empat orang Biduan Negara sebelum ini aktif sebagai penggiat seni sehingga ke akhir hayat mereka. Tiada istilah bersara kepada mereka semua.

  • Pada tahun 2001, seorang penyanyi bernama Siti Nurhaliza berduet dengan seorang penyanyi bernama SM Salim (lagu Pandang-pandang Jeling-jeling dan Mohon Kasih dalam album Perjalanan Seni - SM Salim & Malaysian Philharmonic Orchestra. Tidak lama kemudian, seorang menjadi Biduan Negara (2013) dan seorang lagi menjadi Biduanita Negara (2024).