artismelayu.net

Shuib kahwin lagi


23 Jun 2023 - Shuib (Shahmira Muhammad) selamat berkahwin kali kedua. Kali ini dengan Watie (Fati Nikmatul Adawiyah) Hanifiah. Shuib berumur 39 tahun. Watie berumur 35 tahun. Mereka berkahwin di Putra Glass House di Subang Jaya. Mereka dinikahkan oleh abang Watie iaitu Muammar Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin Kampung Bukit Lanchung.

Dilaporkan seramai 600 tetamu hadir. Mas kahwin berjumlah RM8,288 dengan lima dulang hantaran. Jumlah hantaran dirahsiakan.


Mereka bertunang pada 6 Mei yang lalu. Majlis khatam al-Quran dan berinai diadakan pada 13 Jun.

Penyanyi Anuar Zain, Lah Ahmad dan Dayang Nurfaizah buat persembahan.


Hos majlis ialah penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira dan Nabil Ahmad.

Majlis ditutup dengan persembahan bunga api.

Shuib (39 tahun) ialah pelawak dan penyampai radio. Watie (35 tahun) ialah seorang usahawan.

Tiga majlis iaitu majlis khatam Qur'an, mala berinai dan majlis akad nikah dikatakan mendapat tajaan hampir RM1.7 juta.

Turut hadir ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, pakar motivasi Datuk Fadhilah Kamsah, pendakwah selebriti Ustaz Don.

Shuib dan Watie mula berkenalan melalui media sosial Instagram (IG).

Sehari selepas perkahwinan, Shuib dan Watie pergi ke Langkawi. Seterusnya mereka dijadualkan untuk berbulan madu di Turkiye.

Perkahwinan kedua Shuib

Shuib berkahwin dengan penyanyi Siti Sarah Raissuddin pada 26 Februari 2011. Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19. Mereka dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni (11 tahun), Dzahira Talita Zahra (9 tahun), Ariq Matin (6 tahun) dan Ayash Affan (2 tahun).


Shuib, arwah Siti Sarah

Bekas bapa mentua meminang Watie

Bapa arwah Siti Sarah, iaitu bekas mentua Shuib, ialah orang yang mengetuai peminangan Watie untuk Shuib.


Shuib, arwah Siti Sarah

Raisuddin Hamzah, 66 tahun, ialah penyanyi dan pelakon 1980an. Dia ialah bapa kepada arwah Siti Sarah. Komen Raisuddin tentang bekas menantunya, Shuib:

"Dia tidak sepatutnya memikirkan saya lagi, sebaliknya Shuib harus mengutamakan dan menjaga perasaan isterinya seperti mana dia melayan arwah isterinya dan keluarga saya suatu ketika dahulu."

Shuib

Shuib ialah nama komersil. Nama betul Shuib ialah Shamirah Bin Muhammad. Lahir pada 12 September 1984 di Johor Bahru.

Shuib adalah anggota asal kumpulan lawak Sepah (bersama-sama Jep dan Mamat). Mereka menjuarai Raja Lawak musim ketiga (2009) dan Maharaja Lawak 2011. Selepas kumpulan Sepah berpecah, Mamat bergerak solo manakala Shuib dan Jep menubuhkan kumpulan Sepahtu.

Shuib ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, penyampai radio dan usahawan.

Bermula dari tahun 2015, Shuib, Jep dan Rahim menjadi trio penyampai radio Sinar menerusi segmen Sepahtu Sinar. Shuib mengundur diri dua tahun kemudian.

Dalam tahun 2019, Shuib dan isterinya, Siti Sarah menubuhkan rangkaian teh susu berasaskan madu, Bubblebee. Mereka berdua menjadi ahli lembaga pengarah.

Shuib dan Siti Sarah pernah berduet dalam lagu 'Semakin Benci Semakin Cinta' nukilan Ajai yang diterbitkan pada Jun 2021.