ArtisMelayu.net  |  Home  |  Galeri Remy Ishak

Remy Ishak dibelasah

Remy Ishak
Macam tough. Tapi dibelasah orang.

Akhbar pada 6 Disember 2009 melaporkan kisah Remy Ishak yang menjadi hero drama tv terpopular Nur Kasih cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan kira-kira tujuh lelaki di perkarangan Istana Budaya (IB) di sini malam kelmarin. Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 27, yang memegang watak Mansur Adabi dalam teater Natrah dipercayai diserang kumpulan lelaki terbabit ketika dia berehat di sebuah bilik selepas sesi pertama pementasan teater tersebut. Berikutan kejadian, Remy Ishak mengalami cedera di kaki dan kepala. Menurut saksi kejadian, Remy Ishak pada mulanya diekori oleh lelaki terbabit sehingga ke bilik persalinan sebelum dikepung di satu penjuru bilik tersebut. Lima daripada lelaki terbabit telah mengepung Remy Ishak manakala dua lagi bertindak dengan memukul beliau. Remy Ishak mengalami bengkak di muka dan kaki selepas dibelasah.

Berita dalam akhbar tidak menyatakan motif serangan tersebut. Erma Fatima juga enggan mengulas. Pihak pengurusan Istana Budaya sendiri pun tidak mahu mengulas lanjut tetapi meminta wartawan bertanya sendiri pada Remy Ishak.

Remy ada pukul anak dara orang?

Beberapa hari selepas kejadian tersebut, terdengar pula desas-desus yang Remy Ishak memukul Ummi Nazeera. Selepas kejadian pukul itulah 'tujuh samseng' diupah untuk 'mengajar' Remy Ishak. Namun dalam akhbar, Remy Ishak menafikan yang dia ada mengasari seseorang. Remy Ishak kata dia tidak ada lakukan jenayah apa pun. Ada akhbar tabloid membawa cerita bahawa ada pihak lain telah membuat laporan polis ke atas Remy Ishak beberapa hari sebelum kejadian membelasah itu. Ada dakwaan yang Remy Ishak sering mengganggu dan memukul seorang 'anak kepada ahli perniagaan'. Namun Remy Ishak enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut sebab ia masih dalam siasatan polis.

Ummi Nazeera di sebalik serangan 7 samseng?

Desas-desus seterusnya ialah Ummi Nazeera dikatakan menjadi dalang di sebalik serangan samseng bertujuh tersebut. Ini satu lagi cerita yang tersebar di sana-sini namun tiada pihak yang mahu mengaku.

Remy Ishak
Remy Ishak dan Scha Yahya.

 |  Home  |  Info Artis  |  Pautan Laman Artis  |  Galeri  |  Forum Artis  |