Nabila Razali berkahwin dengan usahawan
Sabtu 18 November 2023 - Penyanyi dan pelakon Nabila Razali, 31 tahun melangsungkan pernikahan dengan seorang usahawan, Nik Iruwan Dato' Nik Izani, 38 tahun dalam satu majlis tertutup di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.
Mas kahwin RM22.50 namun jumlah hantaran menjadi rahsia.
Dikatakan majlis tertutup namun tetap ada tema iaitu English Wedding.
Seramai 250 orang tetamu hadir dalam majlis tersebut.
Majlis resepsi diadakan pada sebelah petang hari yang sama.
 Selamat pengantin baru. Semoga kekal hingga ke anak cucu.
| |
Nur Nabila Mohd Razali, 31 tahun, ialah seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan model iklan.
Dilahirkan pada 13 November 1992 di Petaling Jaya.
Graduan Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Senibina.
- Mula menjadi artis dalam tahun 2013 apabila menyertai program realiti tv Akademi Fantasia (AF2013) Musim 10. Berjaya ke final. Dapat tempat kelima dari enam finalis.
- Tercalon untuk anugerah Penyanyi Wanita Popular sebanyak tiga kali dan Pelakon TV Wanita Popular sebanyak dua kali. Semua tak menang.
Berlakon dalam dua filem iaitu Keluarga Iskandar The Movie (2020) dan Gang Sakau vs Hantu Ting Tong (2023).
Setakat ini sudah berlakon dalam 17 drama tv dan 9 telefilem.
Menjadi pengacara rancangan O KIDS (2019, Astro Ceria) dan Lazada: Super Party (2022, TV3).
Menjadi model iklan dalam Nivea: Langkah Berkeyakinan (2018), Wonder Dewi Cats Series (2021), Lazada Raya: Bertambah-tambah di Hati ((2022), KFC Raya: Makanan Rasmi Balik Kampung (2022), dan Raya Keluarga Malaysia (2022).
Nabila Razali menyertai Akademi Fantasia 10 semasa masih menjadi mahasiswi USM. Selepas selesai Akademi Fantasia, Nabila Razali balik ke USM untuk menyambung pengajiannya sehingga graduasi.
Single 'Putus' (2021) adalah kisah benar Nabila yang putus cinta. Cinta tak kesampaian kerana dia ditinggalkan.
Kisah cinta tak kesampaian Nabila diilhamkan ke dalam novel cinta tulisan penulis novel terkenal Sophilea (Mazni Othman) yang diterbitkan oleh Nabila Razali Entertainment (2022).
Novel tersebut kemudiannya diadaptasi ke drama tv slot Akasia TV3 dengan tajuk yang sama. Dibintangi oleh Aedy Ashraf dan Nabila sendiri.
Nabila ditinggalkan kekasih sebelum dia menjadi artis lagi. Setelah menjadi artis dan tamat belajar di USM, Nabila kata dia sudah move on. Move on tak move on pun, Nabila merakamkan kesah pilu dia tu dalam novel dan kemudiannya menjadi drama bersiri tv.
Nabila sudah berkahwin sekarang. Semoga terubat kisah duka luka lama dan berbahagia dengan encik suami tercinta.
|