artismelayu.net

Mizz Nina kahwin lagi selepas bercerai dengan Noh Hujan

Bekas isteri Noh Salleh (vokalis kumpulan Hujan), Mizz Nina (Shazrina Azman, 42 tahun) telah berkahwin sekali lagi. Suami barunya kali ini ialah penyanyi rap Amerika Syarikat berdarah Maghribi yang dikenali sebagai Essam Muhammad.

Mizz Nina tidak memberi tahu tarikh perkahwinannya. Sebaliknya dia cuma kata dia berkahwin sekali lagi dalam suku kedua tahun 2023. Suku tahun kedua ialah bulan April-Mei-Jun.

Majlis pernikahan Mizz Nina diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga dan teman-teman rapat sahaja.

Menurut Mizz Nina, dia dan suami barunya berdedikasi dalam kehidupan ke arah dakwah, berkongsi tujuan sama, aspirasi dan teruja untuk memulakan episod kehidupan baharu.

Majlis resepsi akan diadakan di Kuala Lumpur juga secara tertutup.

Sebelum ini, bekas suaminya, Noh Salleh yang juga vokalis kumpulan Hujan dilaporkan sudah bertunang dengan seorang peguam pada 7 Mei lalu dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada 23 September depan.

Essam ialah seorang penyanyi rap, penulis lirik, penyajak dan aktivis kemasyarakatan. Dalam tahun 2020, Essam menghasilkan dua album lagu-lagu dakwah dan kemanusiaan berjudul '12.12' dan 'Chapter20six'. Essam memiliki ijazah pengajian media dan komunikasi. Berumur dalam lingkungan 30an. Essam terlibat dalam penerbitan filem Purple Don't Cry yang ditayangkan di Festival Film Seattle.

Anak jutawan

Mizz Nina (Shazrina Azman) ialah anak Tan Sri Azman Hashim, pengerusi AmBank Group.

Bekas isteri Noh Hujan

Mizz Nina berkahwin dengan suami pertamanya, Noh Hujan (Mohammad Noh Salleh) vokalis kumpulan Hujan yang lima tahun lebih muda darinya pada 2 Julai 2011.


Noh Hujan, Mizz Nina

Setelah 11 tahun hidup bersama, mereka bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 3 Ogos 2022. Mereka berdua belum dikurniakan cahaya mata. Mereka mengambil seorang anak angkat bernama Musa.

Berhenti menyanyi dalam tahun 2015

Dalam bulan Mei 2015, Mizz Nina mengumumkan yang dia telah nekad untuk berhenti dari menjadi penyanyi kerana ingin menjadi seorang Muslim sejati.

Profesion sekarang

Sekarang ini Mizz Nina adalah seorang pereka fesyen, penceramah motivasi, personaliti TV dan pejuang hak kemanusiaan.