artismelayu.net

Pelakon Janna Nick berkahwin dengan pelakon Dini Schatzmann

Pelakon Janna Nick (Nurul Jannah Muner) akhirnya selamat berkahwin dengan pelakon Dini Schatzmann (Dini Azan Schatzmann) di Langkawi pada 10 June 2023.

Majlis pernikahan diadakan di Masjid Aisyah dengan mas kahwin sebanyak RM2703 dan seutas rantai emas. Jumlah mas kahwin 2703 adalah bersempena dengan tarikh mereka berdua mula berkenalan iaitu pada 27 Mac (27/03) tahun 2019 yang lalu.

Antara rakan artis yang turut hadir ialah Izzue Islam, Nora Danish, Mawar Rashid, Nadia Brian dan Puteri Sarah Liyana yang datang solo tanpa Shamsul Yusof.

Pada malamnya diadakan masjid doa selamat dan bacaan Yaasin yang turut dihadiri oleh penceramah agama yang terkenal, Ustaz Wadi Annuar.

Kedua-dua ibu bapa Janna Nick yang sudah lama berpisah turut hadir dalam majlis pernikahan tersebut. Ibu bapa Janna Nick berpisah semasa Janna Nick berumur 9 tahun. Semenjak dari itu, Janna Nick tinggal dengan neneknya.

Juru nikah ialah bapa Janna Nick sendiri iaitu Muner Abdullah.


Janna Nick, 28 tahun


Dini, 29 tahun