ArtisMelayu.net  |  Home  |  Link laman Artis  |  Forum Artis  |  Webmaster

Fasha Sandha wajah pilihan ah long

Laporan ahbar Harian Metro.

“Saya sangat kesal dengan perbuatan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan gambar saya untuk melariskan produk dan perkhidmatan mereka. Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang dan akan membuat laporan polis dengan segera.”

Fasha SandhaWajah komersil yang dikenali semua hingga dijadikan modal oleh sindikit ah long. Tapi Fasha tak teragak-agak untuk buat laporan polis.

Demikian kata pelakon terkenal, Fasha Sandha, 24, yang kecewa selepas gambarnya digunakan sindiket along di Johor Bahru untuk mempromosi pinjaman mereka.

Menurut Fasha, dia tidak tahu menahu mengenai iklan yang dibuat along terbabit hinggalah terbaca di Harian Metro, kelmarin. “Saya ingat gambar itu. Ia gambar yang diambil dan disiarkan di Berita Harian, dua tahun lalu. Saya terkejut dan tidak faham mengapa imej saya dikaitkan dan digunakan sindiket terbabit untuk mempromosi perkhidmatan peminjaman wang mereka.”

Bagaimanapun, Fasha berkata, dia tidak bimbang dengan keadaan itu kerana negara mempunyai undang-undang yang boleh diambil terhadap golongan yang menggunakan imej atau nama individu tanpa kebenaran. Harian Metro semalam melaporkan satu sindiket along di Johor Bahru dikesan menggunakan poster pelakon wanita popular itu sebagai bahan pelaris perkhidmatan pinjaman wang yang ditawarkan dalam usaha menarik pelanggan baru. Ratusan poster pelakon cantik yang baru saja dinobat Pelakon Filem Popular Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian 2007, Ahad lalu, dikesan ditampal di merata tempat di kawasan perindustrian Bandar Permas Jaya, Johor Bahru. Ini termasuk di tiang elektrik, pondok telefon serta peti janakuasa elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB), terutama yang berhampiran pusat beli-belah, pasar dan hentian bas. Taktik terbaru itu digunakan sindiket terbabit bagi menambat hari pelanggan biarpun menyedari perbuatan haram berkenaan mampu menjejaskan nama baik artis berusia 24 tahun itu.

Sumber berita: Harian Metro.

ArtisMelayu.net  |  Home  |  Link laman Artis  |  Forum Artis  |  Webmaster