/ artismelayu.net /

Diana Danielle nak bercerai sekali lagi

Cerita Diana Daniella nak bercerai ni panjang berjela-jela dan memeningkan kepala serta lambat lagi nak selesai malah ditangguhkan ke prosiding mahkamah tahun depan. Ya tuan-tuan dan puan-puan. Tahun 2025 nanti. Oleh itu disusun secara kronologi di sini kisah perjuangan Diana Daniella, 33, nak bercerai dan perjuangan Farid Kamil, 43, tak nak bercerai.


3 November 2013

Kahwin. Sebelas tahun yang lalu, pelakon Farid Kamil dan pelakon Diana Danielle kahwin. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad (11 tahun sekarang) dan Nur Aurora (9 tahun)

10 Mac 2023

Failkan penceraian. Diana Danielle memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah dengan alasan sudah tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan sudah tidak dapat hidup sebagai suami isteri lagi.

10 Ogos 2023

Bercerai. Akhirnya mereka berceri talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. Proses penceraian dibuat secara atas talian melalui Google Meet di Mahkamah kerana Farid Kamil belum pulih dari COVID-19.

31 Ogos 2023

Rujuk semula

28 Oktober 2024

Beritahu orang ramai dia mahu failkan penceraian. Dah kali kedua ni. Diana Danielle memaklumkan yang dia akan memfailkan perceraian terhadap Farid Kamil.

Farid Kamil kata semuanya OK. Hanya perselisihan kecil.

Diana Daniella kata tak, tak OK.

Diana Danielle hantar notis keluar rumah kepada Farid Kamil.

4 November 2024

Failkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Alasan yang diberikan di mahkamah ialah 'sudah tiada persefahaman.' Diana Danielle menunggu satu tarikh sebutan kes yang akan ditentukan oleh Mahkamah.

20 November 2024

Prosiding 1: Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan status rujuk Farid Kamil dan Diana Danielle. Pengesahan rujuk perlu dibuat terlebih dahulu sebelum kes tuntutan cerai boleh dimulakan. Mahkamah perlu bukti yang mereka masih suami-isteri yang.

Prosiding 2: Kes tuntutan cerai Diana Danielle. Prosiding bermula. Tapi tak boleh selesai. Farid dan Diana perlu dapatkan sijil rujuk dari JAWI terlebih dahulu (sebagai pengesahan yang mereka memang suami-isteri). Pulak dah. Oleh itu mahkamah menangguhkan kes.

Agak teknikal. Pengesahan dah rujuk, lepas tu nak lihat sijil rujuk. Tapi dah memang macam tu prosidur mahkamah.

Mahkamah seterusnya menetapkan suatu tarikh pada pertengahn Disember ini untuk Diana selaku plaintif menyediakan dokumen berkaitan perakuan rujuk bagi meneruskan prosiding perceraian yang difailkan terhadap Farid.

16 Disember 2024

Akhirnya, sebutan kes di Mahkamah (permohonan cerai Diana Danielle ke atas suaminya).

Sekali lagi, Farid Kamil enggan lafazkan talak dan mahkamah tidak boleh paksa. Oleh kerana itu Mahkamah memerintahkan untuk mereka melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP). JPK akan dianggotai oleh anggota yang rapat dengan pasangan suami-isteri tersebut. Tujuannya adalah untuk memberi nasihat dan mencari penyelesaian ke atas masalah rumah tangga yang dihadapi.

Diana Danielle dan Farid Kamil akan membentuk JKP masing-masing pada 21 Januari tahun depan sebelum laporannya dibentangkan di Mahkamah pada 24 Mac 2025.

Apakah status mereka sekarang sementara menunggu tahun depan. Diana Danielle dan Farid Kamil masih lagi pasangan suami-isteri yang sah. Ini kerena belum berlaku talak. Cara hubungan mereka berdua selepas ini adalah hal peribadi mereka.


Diana Danielle nekad mahu dilepaskan. Katanya rujuk dulu ialah peluang kedua yang diberi namun Farid Kamil tak berubah.


Diana Danielle sanggup bargain. Dia kata dia sanggup lepaskan tuntutan nafkah yang telah bertahun-tahun tertunggak sekiranya dia dilepaskan. [Berita Harian].


Farid Kamil kata masih sayang pada isteri. Tapi nampak macam ada something wrong dengan dia ni.


Kalau betul Diana Danielle kata Farid tak bagi nafkah dan bertahun-tahun, memang sah ada yang kena dengan Farid Kamil ni.