9 Jan 2023 - Penyanyi Fyna Jebat (Nur Syafinaz Jebat, 30 tahun) adik penyanyi Ayda Jebat mengaku sudah berkahwin dengan jurulatih bola sepak, Zainal Abidin Hassan, 61 tahun.
6 Jan 2023 - Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, 39, bernikah di Thailand dengan Ira (Faghirah Fatini, 28) anak pelakon veteran Kazar (6 Januari 2023)
23 Jan 2023 - Pelakon, model dan pengacara Nad Zainal (34 tahun) yang baru setahun bercerai telah berkahwin dengan pelakon, pengarah dan pengacara Ungku Ismail (37 tahun)
2 Feb 2023 - Pelakon Rashidi Ishak (50 tahun) bekas suami pelakon Vanidah Imran berkahwin dengan Wan Hasliza (51 tahun)
18 Feb 2023 - Pelakon drama Sweet Dreams, Yuna Rahim, 27, berkahwin dengan Nurakmal Ayub
26 Feb 2023 - Perkahwinan ketiga penyanyi Tom, 37, dengan penyanyi berasal Singapura, Fuad Rahman, 44.
18 April 2023 - Badrul Muhayat (55 tahun) dan Norhayati Zolkapli (50 tahun)
27 April 2023 - Penyanyi popular Aiman Tino, 25 tahun, berkahwin dengan Che Syarah Haifa Che Isa, 24 tahun
6 Mei 2023 - Model dan pelakon Hafeez Mikail, 31 tahun, berkahwin dengan Azira Azman, 27 tahun
13 Mei 2023 - Penyanyi Nomad, 35 tahun, berkahwin dengan Farah Wahida Hassan, 40 tahun
20 Mei 2023 - Duda tujuh tahun Esma Daniel (54 tahun) berkahwin kali ketiga. Kali ini dengan Nur Atira Mazlan, 31 tahun.
10 Jun 2023 - Pelakon dan penyanyi Janna Nick (28 tahun) akhirnya berkahwin dengan rakan pelakon Dini Schatzmann (29 tahun).
16 Jun 2023 - Penyanyi MK K-Clique, 27 tahun, berkahwin dengan Siti Hajaar, 26 tahun
23 Jun 2023 - Pelawak, penyampai radio dan bekas suami arwah Siti Sarah, Shuib Sepahtu (39 tahun) berkahwin dengan seorang usahawan, Watie, 35 tahun.
24 Jun 2023 - Pelakon Alif Muhaimin, 29 tahun, berkahwin dengan Nur Fatin Alissa, 21 tahun
14Julai 2023 - Duda bertemu janda. Bekas anggota kumpulan Ruffedge, pelakon, penyanyi dan pemuzik Cat Farish, 49, berkahwin dengan Shikin Maembong, 40, bekas menantu Chef Wan.
15 Julai 2023 - Pelakon Fadlan Hazim, 31, dan jurutera komputer dari Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova, 29.
5 Ogos 2023 - Anak ND Lala, Shila Amzah, 33, dan pempengaruh Ubai, 25.
18 Ogos 2023 - Kahwin terus dapat datin. Pelakon dan model Intan Najuwa, 26 tahun, dan ahli perniagaan Ahmad Azraf Azman, 39.
23 September 2023 - Bekas suami Mizz Nina, Noh Hujan, 38, dan peguam Fatin Athira Mustapa, 30.
14 Oktober 2023 - Dua orang bekas pelakon sitkom Pi Mai Tang Tu Sabri Yunus (62 tahun) dan Ardini Angeline Tan Yoke Yeah (56 tahun).
Suku kedua tahun 2023 - Penyanyi Mizz Nina, 43, bekas isteri Noh Salleh Hujan berkahwin dengan penyanyi rap Amerika Syarikat berdarah Maghribi, Essam Muhammad
|
|