artismelayu.net
artis dan selebriti Melayu dulu dan kini

Aliff Syukri


  1. Dato' Sri Aliff Syukri Kamarzaman, SSAP, SIMP.

  2. Lahir pada 3 April 1987 di Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang.

  3. Anak kepada pengasas kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim.

  4. Seorang usahawan (berniaga sejak berumur 7 tahun), penyanyi pelakon, youtuber.

  5. Berkahwin dengan isteri sekarang ini, Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid dalam tahun 2007. Masa berkahwin, Aliff Syukri berumur 20 tahun dan isterinya 22 tahun. Isterinya pada masa itu ialah rakan sekerjanya. Sekarang telah dikurniakan 6 orang anak.

  6. Datin Sri Nur Shahida pada suatu ketika dulu pernah menganggotai kumpulan nasyid remaja Solehah.

  7. Bekas pelajar Sekolah Pondok Pasir Tumbuh di Kelantan, dan Sekolah Integrasi As-Syakirin (sekolah agama) di Selangor.

  8. Pernah menjadi penjaja dari rumah ke rumah menjual jamu dan produk kecantikan.

  9. Menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) pada 2012 yang membawa gelaran dato'.

  10. Menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) pada 2017 yang membawa gelaran dato' sri.

  11. Setakat ini pernah berlakon dua filem iaitu:

    • 'Badang' (2018) memegang watak Barul Hisham (Badang)
    • 'Mat Bond Malaya' (2021) memegang watak Ejen 2
  12. Mula berlakon drama sejak tahun 2016. Antara drama:

    • Drama terbitan TV3 'Biar Aku Jadi Penunggu' (2016) sebagai Syafiq Sukem
    • Drama terbitan Astro Warna 'Tuyul Ke London' (2017)
    • Drama terbitan Astro Ria 'My Coffee Prince' (2017) sebagai pelanggan
    • Siri kartun terbitan TV9 'Upin & Ipin' musim 11, episod 'Terlajak Laris' (2017) sebagai dirinya sendiri
    • Drama terbitan Astro Prima 'Misteri Jenazah' (2018) sebagai Dato
  13. Pernah berlakon dalam telefilem 'Ooops! Terlajak Nikah' terbitan Astro Citra dalam tahun 2017 sebagai Zahid

  14. Jadi cameo dalam show 'Sepahtu Reunion Live' terbitan Astro Warna dalam tahun 2021 dalam episod 'Harapan'

  15. Antara diskografi Aliff Syukri:

    • 'Abang Nak Tegur' (2017) feat. Nur Sajat
    • 'Abang Nak Tegur 2.0' (2017) feat. Nur Shahida
    • 'Abang Nak Tegus 3.0' (2018) feat. Nur Sajat dan Nur Shahida
    • 'Bobo Di Mana' (2018) feat. Nur Sajat dan Lulucinta Luna
    • 'Biar Kata Orang Kata' (2018)
    • 'Cowok Baru' (2019) feat. Upiak
    • 'Jom Raya' (2019) feat. Bella Astillah dan Zizi Kirana
    • 'Haruman Syurga' (2019) feat. Nur Shahida
    • 'Cuba Bahagia' (2020)
    • 'Lala Raya' (2021)
    • 'Kelepuk Raya' (2022)
    • 'Baby Sayang' (2022) feat. Baby Shima

Aliff Syukri didakwa buat video sumbang, [metrotv], hmetro.com.my

Aliff Syukri berdepan 4 tuduhan berkait video sumbang, freemalaysiatoday.com

Aliff Syukri claims trial to uploading offensive Instagram post, thestar.com.my

Aliff Syukri tiba di mahkamah untuk didakwa, utusan.com.my

Aliff Syukri boleh didenda tak lebih RM50,000 atau penjara setahun jika bersalah, bharian.com.my

Aliff Syukri tidak mengaku buat video sumbang, astroawani.com