/ artismelayu.net

Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23) 2022

Anugerah Industri Muzik (AIM) adalah penganugerahan muzik anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). AIM edisi ke-23 diadakan pada 11 September 2022. Ada 21 kategori anugerah termasuk 5 kategori baharu. Sebanyak 650 pencalonan asal telah disenaraipendek kepada 105 pencalonan sahaja. Penilaian dilakukan oleh seramai 113 orang juri. Malam anugerah AIM ke-23 melibatkan seramai 19 orang penyampai yang diserikan oleh persembahan dari 21 artis lama dan baharu. Karya-karya yang dipertandingkan adalah yang diterbitkan dalam tempoh satu setengah tahun bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022. Anugerah AIM sebelum ini iaitu siri ke-22 diadakan dalam tahun 2016 untuk karya-karya yang diterbitkan dalam tempoh 1 Julai 2014 hingga 30 Jun 2016. Ini bermakna karya-karya yang diterbitkan dalam tempoh empat tahun lebih dari Julai 2016 hingga Disember 2020 terlepas dari dianugerahkan.


Album Terbaik

  • Yonny (Deluxe Version) - Adam E, Freddie Laut, Zachsutton, Vincent88, Mingaling, Wolfie (penyanyi: Yonnyboii)
  • Di Persiaran Cakrawala - Ramayan (penyanyi: Ramayan)
  • Tuju Untuk Kamu 18/19 - Mingaling, Saucie J & Meerfly (penyanyi: Tuju)
  • Second Voyage - Bert Poncet (penyanyi: Sekumpulan Orang Gila)
  • Sesudah Melakar Langit - Amerul Ishraf Adri (penyanyi: A.Limin)

Lagu Terbaik

  • Goodbye, Hello - Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan (penyanyi: Syamel & Ernie Zakri)
  • Thank You Allah - Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, Cat Farish, Ustaz Haris (penyanyi: Alyah feat. Cat Farish & Ustaz Haris)
  • Adat Kasih - Aubrey Suwito / Tinta (penyanyi: Ziha Salleh)
  • Wu Ren Qian Shou De Xin Fu - Uriah, Jia Wang / Hing Jian Rui (penyanyi: Uriah)
  • Game of Charade - Sophia Zuhri (penyanyi: Sophia Zuhri)

Artis Baru Terbaik

  • Vanessa Reynauld - Buat Ku Sempurna
  • Rian Shain - Kesumat
  • Aufahanie - Geming Jiwa
  • Iss Arffan - Tiada Bernoktah
  • Ahmad Syafiq - Duri

Vokal Terbaik Penyanyi Lelaki

  • Arddley Nicholas - Pilu
  • Hafiz Suip - Takluk Cinta
  • Alif Satar & The Locos - Anugerah Terindah
  • Syamel - Bila Kau Tiada
  • XPOSE - Jejak

Vokal Terbaik Penyanyi Wanita

  • Ernie Zakri - Sinar Mata Hati
  • Vanessa Reynauld - Buat Ku Sempurna
  • Aina Abdul - Nada Kalbu
  • Idayu - Jangan Menangis Cinta
  • Marsha Milan - Cinta

Vokal Terbaik Penyanyi Berkumpulan

  • V.E. - Tunggu
  • Da Unknown - Tersakiti
  • Dolla Berani
  • Blvckmind Squad Sembelih
  • Zayne - Kaulah Cinta

Vokal Terbaik Penyanyi Duo / Kolaborasi

  • Shila Amzah & Liza Hanim - Bahagiakan Dia
  • Hafiz Suip & Ernie Zakri - Berakhirlah Pencarianku
  • Syamel & Ernie Zakri - Goodbye Hello
  • Lah Ahmad feat. Aina Abdul - Tunggu Kamu
  • Shuib & Siti Sarah - Semakin Benci Semakin Cinta

Lagu Pop Terbaik

  • Goodbye, Hello - Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan (penyanyi: Syamel & Ernie Zakri)
  • Alah Bisa - Glow Rush, Faizal Tahir, Nick Ariff, Acap Salim, Mage (penyanyi: Faizal Tahir & Amira Othman)
  • Penat - Dayan Trisha, Tuju, Loca B (penyanyi: Daiyan Trisha feat. Tuju)
  • Perpisahan - Rudy Nastia, Shamin Nazri & Adi Pawana (penyanyi: Khai Bahar)
  • Kelentang Kelentong - Hael Husaini & Ezra Kong (penyanyi: Hael Husaini)

Lagu Pop Etnik Terbaik

  • Adat Kasih - Aubrey Suwito / Tinta (penyanyi: Ziha Salleh)
  • Anakanda - Pown Hasril, Kaim Karam, Jack Jafni / Rozi Sang Dewi (penyanyi: Siti Nurhaliza)
  • Kucuma - A.Ramlee & Ezra Kong (penyanyi: Wany Hasrita & Jamal Abdillah)
  • Intan Payung - Luca Sickta, Bunga, Amzar Razqa / Bunga, Siqma (penyanyi: Bunga feat. Noraniza Idris)
  • Sang Purnama - Sang Hitam, Mas Dewangga, Aden King (penyanyi: Wany Hasrita & Wani Syaz)

Lagu Rock Terbaik

  • Tugu Ugut - Nazrin / Ajim Juxta (penyanyi: Sekumpulan Orang Gila)
  • Toxic - Alif Satar, Faliq Auri, Rajwan Juni, Tam Cobain, Efry Arwis (penyanyi: Alif Satar & The Locos)
  • Korang - Sam, Paan, Youk, Epul Kuat, Izzy Musa, Shahir (penyanyi: Bunkface)
  • I Miss You - Sam, Paan, Youk, Biak (penyanyi: Bunkface)
  • DUIT! - Bunga Cantik, Hang Nadim (penyanyi: Stacy)

Lagu Nasyid Terbaik

  • Thank You Allah - Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, Cat Farish, Ustaz Haris (penyanyi: Alyah feat. Cat Farish & Ustaz Haris)
  • Syudud Qalbu - Azmeer & Fitri Haris (penyanyi: Fitri Haris & Zarul Umbrella)
  • Selimut Kasih - Syah InTeam / Ahmad Fedri Yahya (penyanyi: InTeam)
  • Hasbunallah - Ustaz Adnin, Syafiq One Path, Afiq One Path, Haseef One Path, Ammar One Path (penyanyi: One Path)
  • Linangan Laduni - Harry Khalifah / Yabang Khalifah (penyanyi: Darwis)

Lagu R&B / Hip Hop Terbaik

  • CIAO - Joe Flizzow, MK, JAr Park, Magic Potions (penyanyi: Joe Flizzow feat. MK, Jay Park)
  • Tak Sangka - Yonnyboii, Zynakal & Asyraf Nasir (penyanyi: Yonnyboii, Zynakal & Asyraf Nasir)
  • Orang Lain - A.Yanaka, SonaOne, YHB, Sleepsalot, Joe Flizzow, Yonnyboii, Airliftz, SYA, SENNA & Zynakal (penyanyi: A.Nayaka feat. Joe Flizzow, Yonnyboii)
  • Tunggu - Zaf, Adeep, Uno & AJ / Adeep, ZAf & Cham (penyanyi: V.E.)
  • Disentuhi Cinta - Yu Heng / Slen Fadzil (penyanyi: Suzanne Low)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

  • Game of Charades - Astor Walk (penyanyi: Astor Walk)
  • So In Love - Ritchi Retita, Timothy Long, Carlson Kam, Roshan Sundram (penyanyi: TY:Del)
  • My World Too - Aubrey Suwito & Lin Li Zhen (penyanyi: Fatia)
  • Acknowledge - Astor Walk (penyanyi: Astor Walk)
  • We Go Up - Athalia Buswani & Bryan Bouro (penyanyi: Athalia)

Lagu Cina Tempatan Terbaik

  • We Ren Qian Shou De Xin Fu - Uriah, Jia Wang / Hong Jian Rui (penyanyi: Uriah)
  • Yu Ni-FS - Li Zhen Yu / Zhang Guo Xiang (penyanyi: Fuying & Sam)
  • Suan Shen Me - Uriah / Juey Ying (penyanyi: Uriah)
  • Zhi Dao Wo Men Yu Jian Ai - Chow Yee Hang / Wong San San (penyanyi: Suzanne Low)
  • Someday - Chow Yee Hang, Gaston / Wong San San, Gaston (penyanyi: Suzanna Low feat. Gaston)

Lagu Bahasa Melayu Persembahan Artis Luar Negara Terbaik

  • Tak Ingin Usai - Keisya Levronka (Indonesia)
  • Masih - Rossa (Indonesia)
  • Terlalu Berharap - Rossa (Indonesia)
  • Bismillah Cinta - Ungu & Lesti (Indonesia)
  • Memilih Aku - Arsy Widianto & Tiara Andini (Indonesia)

Lagu Pop Elektronik / Dance Terbaik

  • Fun, Lust, Love - Mojan LNF (penyanyi: Late Night Frequency)
  • Narsis - Brendan Lim, Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong, Zynakal (penyanyi: Elizabeth Tan feat. Zynakal)
  • VETO - DJ CZA / TUJULOCA & MK (penyanyi: DJ CZA feat. TUJULOCA & MK)
  • Amaran - Mas Dewangga, Firdaus Rahmat, Bunga (penyanyi: Siti Nordiana & Bunga)
  • Panggil Sayang - Shazee Ishak, Audi Mok (penyanyi: Syeera Aziz)

Susunan Muzik (dalam lagu) Terbaik

  • Aubrey Suwito - Lagu Tudung Periuk nyanyian Dayang Nurfaezah
  • Aubrey Suwito - Lagu Malam Ku Bermimpi nyanyian Dayang Nurfaezah
  • Idris Koh Keng Hui - Lagu Chendering nyanyian Bizhu
  • Thiagu Murugesu - Lagu Ellame Marenthen nyanyian Thiagu Murugesu, Anad Sadacharam dan Karthikeyan
  • Adib Hussein, Mage, Faizal Tahir, Mike Chan - Lagu Buat Ku Sempurna nyanyian Vanessa Reynauld

Runut Bunyi (OST Dalam Filem / Drama) Terbaik

  • Aliff Iskandar & Que Afiq - Lagu Bahagiakan Dia nyanyian Shila Amzah & Liza Hanim
  • Ikhwan Fatana & Wan Saleh - Lagu Coretan Pilu nyanyian Awie
  • Amylea - Lagu Khilaf Asmara nyanyian Shila Amzah
  • Aidit Alfian, Raja Ahmad Mukhlis, Bakhtiar Effendy - Lagu Memandangmu nyanyian Aidit Alfian & Teguh Budiman
  • Bunga Cantik, Hang Nadim - Lagu Cinta nyanyian Marsha Milan

Video Muzik Terbaik

  • 'Gatal' arahan Chuan Looi (Artis: Janna Nick)
  • 'Sape Kata' arahan ATG & SonaOne (Artis: SonaOne)
  • 'CIAO' arahan Shahrin Bahar (Artis: Joe Flizzow feat. MK, Jay Park)
  • 'Makuta' arahan Yusuf Yunus (Artis: Kmy Kmo & Luca Sickta feat. Hazama)
  • 'Penat' arahan Jasmine Wong & Daiyan Trisha (Artis: Daiyan Trisha feat. Tuju)

Rakaman Album Terbaik

  • Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito - Album 'Belagu' Artis (Dayang Nurfaizah)
  • Omar K - Album 'Fobia' (Naim Daniel)
  • Yonnybooi - Album 'Yonny' (Deluxe Version) (Yonnyboii)
  • Bert Poncet - Album 'Second Voyage' (Sekumpulan Orang Gila)
  • Amerul Adri - Album 'Sesudah Melakar Langit' (A.Limin)

Rakaman Lagu Terbaik

  • Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito - Lagu 'Tudung Periuk' (Dayang Nurfaizah)
  • Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito - Lagu 'Malam Ku Bermimpi' (Dayang Nurfaizah)
  • AG Coco, Hanis Azman, Ucop Classmate - Lagu 'Aku Setia' (Razak A'ai)
  • M.Jagathees - Lagu 'Ellame Marenthen' (Anand Sadacharam & Surmukhi Raman)
  • Taja Mustapha, Hafizul 'Pij' Hafiz, Felix Voon - Lagu 'Anugerah Terindah' (Alif Satar & The Locos)

Kulit Single / Album Terbaik

  • Patrick Leong Kok Soong - album 'Adat Kasih' (Ziha Salleh)
  • Lan Musa - album 'Borak' (Salammuzik)
  • Amylea Azizan - album 'Kendati' (Amylea)
  • Mohammad Farizie Johari - album 'Radio' (Razak A'ai)
  • Abidin Khairul / Khairul Afiq Khairudin - album 'Belagu' (Dayang Nurfaizah)

Anugerah Sri Wirama

  • Tan Su Loke

Lagu Paling Tinggi Distrim

  • Lagu 'LOTUS' nyanyian ForceParkBois

Lagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi

  • Lagu 'Adakah Ini Mimpi' nyanyian Reedzwann

Video Muzik Rasmi Malaysia Paling Tinggi Ditonton di Youtube

  • Lagu 'Malam Semakin Dingin' nyanyian Tajul & Afieq Shazwan

AIM23

Penyampai anugerah-anugerah terdiri daripada Adi Putra, DJ Fuzz, Edrie Hashim, Ferhad, Haniff Hamzah, Hawa Rizwana, Jaclyn Victor, Khai Bahar, Mawi, M. Nasir, Noryn Aziz, Pat Candy, Radin, Reshmonu, Shahir, Syafinaz Selamat, Syamsul Yusof, Wany Hasrita dan Ziana Zain.


Vokal Terbaik Wanita
Ernie Zakri

Artis-artis yang membuat persembahan pula terdiri daripada (mengikut susunan persembahan) Nikki Palikat, Aina Abdul, Marsha Milan, Ahmad Syafiq, Aufahanie, Rian Shain, Iss Arffan, Vanessa Reynauld, Janna Nick, Naufal & Nuha, Kaka Azraff, De Fam, Keisya Levronka, Ernie Zakri, Hafiz Suip, Insomniacks, Amir Masdi, Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Ella dan Amir Masdi.


Vokal Terbaik Lelaki
Arddley Nicholas