![]() |
artismelayu.net | ![]() |
Sophia Albarakbah |
Aktres Filem Paling Popular |
|
Setelah empat tahun menjadi artis dan berlakon dalam lima filem akhirnya Sophia Albarakbah, 30, dipilih menjadi Aktres Filem Paling Popular di malam ABPBH 35. "Mengejutkan", lapor Berita Harian, mungkin kerana Sophia Albarakbah berjaya mengenepikan aktres filem yang lebih tersohor iaitu Maya Karin dan Dania Danielle serta Bintang Paling Popular ABPBH 34 yang meraih 86.6 juta undi, Janna Nick. Pada ABPBH 33, Sophia Albarakbah hanya tersenarai dalam Top 25 bagi anugerah Artis Baru Popular ABPBH 33 namun tidak menang. Pada ABPBH 34, Sophia Albarakbah tersenarai dalam Top 25 Aktres Filem Popular, pun sama, tidak menang. Pada ABPBH 35, Sophia Albarakbah tersenarai sekali lagi dan kali ini akhirnya dia dipilih peminat menjadi Aktres Filem Paling Popular. Sophia Albarakbah turut tersenarai dalam kategori Aktres TV Popular tapi tak pulak menang. Top 5 pun tidak. Hanya Top 25. Untuk kategori BBNU, Sophia Albarakbah hanya Top 5, tewas kepada Anna Jobling. "Saya sudah 'move on' dari kontroversi yang pernah melanda dan harap kemenangan ini membuktikan pada orang, saya layak dan masih diterima peminat," kata pelakon sensasi, Sophia Albarakbah (Harian Metro, 22 Julai 2023) Dua filem Sophia Albarakbah dalam tahun 2022 yang mungkin menyebabkan dia menjadi pilihan peminat tanah air ialah filem Jerangkung Dalam Almari dan Ada Hantu 2. Setakat ini Sophia Albarakbah telah berlakon dalam lima buah filem iaitu
|
To 5Top 20Pemenang dulu-dulu
|