artismelayu.net

Anugerah Bintang Popular Berita Harian
ABPBH 35 2023


Dolla

Artis Dua / Kolaborasi / Berkumpulan Paling Popular


Angel, Sabronzo, Syasya, Tabby

Kumpulan all-girls Dolla ialah Artis Berkumpulan / Duo / Kolaborasi Paling Popular ABPBH 35.

Mereka menjadi artis paling popular dalam dua ABPBH berturut-turut. Ini kerana pada ABPBH 34, mereka adalah pemenang Artis Baru Paling Popular selain dari menjadi artis Top 5 Artis Berkumpulan / Duo / Kolaborasi.

Saingan akhir mereka dalam ABPBH 35 ialah 18 artis kolaborasi dan satu artis berkumpulan iaitu Kugiran Masdo. Ini mungkin merupakan suatu gambaran bahawa artis berkumpulan semakin kurang diminati.

Kumpulan Dolla adalah satu-satunya artis penyanyi berkumpulan yang pernah menjadi Artis Berkumpulan Paling Popular. Artis berkumpulan lain yang pernah menang sebelum ini adalah kumpulan rock (pemuzik bersama seorang vokalis) dan kumpulan pelawak.

Kumpulan Dolla juga merupakan satu-satunya artis berkumpulan wanita (all-girls group) yang pernah menjadi artis paling popular di ABPBH.

Artis berkumpulan wanita yang lain yang paling hampir menjadi artis berkumpulan paling popular sebelum ini ialah kumpulan De Fam yang tercalon sebagai Top 25 dalam ABPBH 33.

Tahun 1990an merupakan kemuncak kebanjiran artis berkumpulan wanita seperti kumpulan Feminin (1992), Res2 (1992), Freshies (1992), Msteen (1993), Eva (1995), dan Elite (1995).

Sekarang ini hanya ada dua kumpulan penyanyi wanita iaitu De Fam (sejak 2015) dan Dolla (sejak 2019).

Dolla ditubuhkan dalam tahun 2019 dan dianggotai oleh Sabronzo (Wan Sabrina Wan Rusli, 28), Tabby (Tabitha Ariel Lam Lianne, 23), Angel (Angelina Chai Ka Ying, 22), dan Syasya (Noorsyasya Afiqah Shahrizal, 22).

    To 5

  1. Dolla
  2. Nuha Bahrin & Naufal Azrin
  3. Siti Nordiana & Bunga Isme
  4. Dayang Nurfaizah & Amir Masdi
  5. Ernie Zakri & Syamel
  6. Top 20

  7. Afieq Shazwan & Tajul Ariff
  8. Aiman Sidek & Alin Sidek
  9. Alif Satar & The Locos
  10. Bunga Isme & Noraniza Idris
  11. Ernie Zakri & Hafiz Suip
  12. Joe Flizow & Sona One
  13. Joe Flizzow, MK & Jay Park
  14. Khai Bahar & Aina Abdul
  15. Kmy Kmo & LucaSickta & Suffian Suhaimi
  16. Kmy Kmo & LucaSickta & Jamal Abdillah
  17. Kugiran Masdo
  18. Lia Ahmad & Asfan Shah
  19. Naqiu & Vanessa Reynauld
  20. Noki & MK
  21. Yonnyboii, Zynakal & Asyraf Nasir

Pemenang dulu-dulu

  • ABPBH 34 - Khai Bahar & Aina Abdul
  • ABPBH 33 - Khai Bahar & Siti Nordiana
  • ABPBH 32 - Dayang Nurfaizah & Hael Husaini
  • ABPBH 31 - Syamel & Ernie Zakri
  • ABPBH 30 - Akim & The Majistret
  • ABPBH 29 - Wings
  • ABPBH 28 - Akim & The Majistret
  • ABPBH 27 - Akim & Stacy
  • ABPBH 26 - Malique & Black
  • ABPBH 25 - Jaclyn Victor & Ning Baizura & Shila Amzah
  • ABPBH 24 - 6ixth Sense
  • ABPBH 23 - Bunkface
  • ABPBH 22 - Meet Uncle Hussain
  • ABPBH 21 - Sofaz
  • ABPBH 20 - Jamal Abdillah & Mawi
  • ABPBH 19 - Ruffedge
  • ABPBH 18 - Spider
  • ABPBH 17 - Exist
  • ABPBH 16 - Spider
  • ABPBH 15 - Senario
  • ABPBH 14 - Senario