artismelayu.net

Anugerah Bintang Popular Berita Harian
ABPBH 35 2023


Beto Kusyairy

Aktor Filem Paling Popular


..

Beto Kusyairy (NurKusyairy Osman, 43) ialah Aktor Filem Paling Popular di malam ABPBH 35.

Beto menewaskan pelakon Zul Ariffin, Fattah Amin, Zizan Razak dan Adi Putra.

Berkemungkinan yang sangat besar yang Beto Kusyairy menjadi Aktor Filem Paling Popular kerana populariti filem pecah panggung Mat Kilau arahan Shamsul Yusof yang berjaya pecah rekod dengan jualan tiket bernilai RM93 juta. Tapi Fattah Amin dan Adi Putra turut membintangan filem tersebut malah Adi Putra merupakan hero nombor satu. Namun Beto Kusyairy menewaskan mereka berdua. Di luar filem Mat Kilau, Fattah Amin dan Zul Ariffin masing-masing pernah menjadi aktor filem paling popular sebanyak dua kali seorang. Namun Beto Kusyairy menang juga. Kali ini. Pastinya lain kali skripnya berbeza.

Beto Kusyairy langsung tidak tercalon dalam ABPBH 34, dan ABPBH 33 sebelumnya.


Beto sebagai Wahid si pahlawan Melayu dalam filem Mat Kilau

Beto Kusyairy mula berlakon filem dalam tahun 2007 (enam belas tahun yang lalu). Dia menjadi 'Mahmud' dalam filem pertamanya yang bertajuk Syaitan.

Turut membintangi filem tersebut ialah Rosyam Nor dan Que Haidar. Ini bermakna filem Syaitan arahan Bade Hj Azmi tersebut telah melahirkan tiga orang Aktor Filem Paling Popular Malaysia (Rosyam Nor, Que Haidar, Beto Kusyairy).

Sehingga kini, Beto telah berlakon dalam 24 buah filem. Filem paling last dia berlakon ialah Imaginur bersama Diana Danielle.

Beto sedang terlibat dalam penghasilan (post-production) enam buah filem iaitu MagiK, Raja Hitam, Mencari Ramlee, The Original Gangster, Telekinesis, dan Musytari.

Beto telah terlibat dalam 37 buah drama, 10 filem pendek, 3 videografi, 2 pementasan teater, dan 67 telefilem.

Sejak 2011, Beto Kusyairy tercalon untuk 23 anugerah dan menang 9 darinya. Anugerah yang Beto pernah menang adalah seperti berikut:

TahunAnugerahKategori
2012Anugerah P. RamleePelakon Lelaki Terbaik
2013Anugerah Skrin 2013Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
2015Anugerah Lawak Warna AstroPelakon Komedi Lelaki Terbaik Filem
2015Anugerah Skrin 2015Pelakon Lelaki Terbaik
2016Anugerah Skrin 2016Pelakon Lelaki Terbaik Drama
2017Pesta Perdana 2017 (Singapura)Pelakon Leaki Terbaik
2022Anugerah Seri Angkasa 2022Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik
2022Festival Filem Malaysia (FFM) ke-32 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
2023Anugerah Bintang Popular Berita HarianAktor Filem Paling Popular

    To 5

  1. Beto Kusyairy
  2. Zul Ariffin
  3. Adi Putra
  4. Fattah Amin
  5. Zizan Razak
  6. Top 20

  7. Aiman Hakim Ridza
  8. Amerul Affendi
  9. Awie
  10. Azhan Rani
  11. Bell Ngasri
  12. Farid Kamil
  13. Hairul Azreen
  14. Idan Aedan
  15. Jaa Suzuran
  16. Joey Daud
  17. MK K-Clique
  18. Nas-T
  19. Rahim Razali
  20. Saharul Ridzwan
  21. Syahmi Sazli

Pemenang dulu-dulu

  • ABPBH 34 - Fattah Amin
  • ABPBH 33 - Zahiril Adzim
  • ABPBH 32 - Fattah Amin
  • ABPBH 31 - Zul Ariffin
  • ABPBH 30 - Zul Ariffin
  • ABPBH 29 - Sharnaaz Ahmad
  • ABPBH 28 - Shaheizy Sam
  • ABPBH 27 - Aaron Aziz
  • ABPBH 26 - Shaheizy Sam
  • ABPBH 25 - Aaron Aziz
  • ABPBH 24 - Shaheizy Sam
  • ABPBH 23 - Que Haidar
  • ABPBH 22 - Que Haidar
  • ABPBH 21 - Rusdi Ramli
  • ABPBH 20 - Saiful Apek
  • ABPBH 19 - Rosyam Nor
  • ABPBH 18 - Rosyam Nor
  • ABPBH 17 - Rosyam Nor
  • ABPBH 16 - Rosyam Nor
  • ABPBH 15 - Rosyam Nor
  • ABPBH 14 - Hairie Othman

Pada suatu ketika dahulu Rosyam Nor pernah menjadi Hero Filem Melayu dan dia pernah menjadi Aktor Filem Paling Popular selama lima kali berturut-turut. Tapi sekarang dia sudah jadi Hero Tua.