artismelayu.net

Anugerah Bintang Popular Berita Harian
ABPBH 35 2023


Bell Ngasri

Bintang Paling Popular


Bell Ngasri Bintang Terpaling Popular ABPBH35

Bell Ngasri (Nasrizal Ngasri, 42 tahun) ialah Bintang Paling Popular di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 yang disiarkan secara langsung pada Julai 2023.

Bell Ngasri menjadi artis ke-23 yang pernah meraih anugerah Bintang Paling Popular di kalangan semua artis paling popular di malam anugerah ABPBH sejak anugerah ini diperkenalkan dalam tahun 1987 (ABPBH edisi 1).

Sudah semestinyalah Bintang Paling Popular dipilih dari kalangan artis-artis yang menang anugerah paling popular dalam kategori masing-masing di malam ABPBH 35 seperti Amir Ahnaf (BBNU Lelaki), Anna Jobling (BBNU Wanita), Khai Bahar (Penyanyi Lelaki), Aina Abdul (Penyanyi Wanita), Dola (Artis Kolaborasi), Beto Kusyairy (Aktor Filem Lelaki), Sophia Albarakbah (Aktor Filem Wanita), Meerqeen (Aktor TV Lelaki), Tyzo (Penyampai Radio), Elly Mazlein (Pengacara TV).

Aina Abdul, Khai Bahar, dan Meerqeen disebut-sebut sebagai bakal menggondol anugerah Bintang Paling Popular keseluruhan. Namun nama Bell Ngasri yang muncul. Kemudian dimaklumkan bahawa Bell Ngasri memperolehi 21 juta undi.

Bell Ngasri ialah pelawak yang ketiga dalam sejarah yang menjadi Bintang Paling Popular selepas Saiful Apek dan Nabil.

Pemenang dalam ABPBH edisi sebelum ini (ABPBH 34 pada 2021) iaitu Janna Nick gagal menjadi artis paling popular dalam mana-mana kategori. Dia hanya terpilih sebagai Top 5 Aktres Filem Popular (kalah kepada Sophia Albarakbah), Top 5 Pengacara TV Popular (kalah kepada Elly Mazlein), Top 5 Lagu Paling Boom Popular (kalah kepada Aina Abdul). Kemanakah perginya berjuta-juta pengundi Janna Nick yang mengundinya sebelum ini? Jumlah undi untuk Janna Nick dalam ABPBH 34 tersangatlah besar. Malah paling besar dalam sejarah.

Walau apapun, tahniah diucapkan kepada Bell Ngasri.

Edisi ABPBHArtisJumlah Undi
ABPBH 35Bell Ngasri21 juta
ABPBH 34Janna Nick86,634,777
ABPBH 33Haqiem Rusli22,332,767
ABPBH 32Mira Filzah6,320,463
ABPBH 31Wany Hasrita2,052,997
ABPBH 30Fatah Amin82,635
ABPBH 29Neelofa212,829
ABPBH 28Shaheizy Sam265,703
ABPBH 27Aaron Aziz76,656
ABPBH 26Shaheizy Sam79,656
ABPBH 25Aaron Aziz87,669
ABPBH 24Shaheizy Sam126,168
ABPBH 23Siti Nurhaliza225,300
ABPBH 22Nabil127,524
ABPBH 21Mawi119,268
ABPBH 20Mawi261,268
ABPBH 19Mawi351,570
ABPBH 18Siti Nurhaliza110,585
ABPBH 16-17Saiful Apek97,680
ABPBH 15Rosyam Nor335,272
ABPBH 14Siti Nurhaliza1.17 juta
ABPBH 13Siti Nurhaliza44,703
ABPBH 12Siti Nurhaliza30,738
ABPBH 11Siti Nurhaliza16,867
ABPBH 10Siti Nurhaliza226,931
ABPBH 9Ziana Zain58,462
ABPBH 8M.Nasir179,830
ABPBH 7Sofia Jane170,698
ABPBH 6Eman Manan63,675
ABPBH 5Zainal Abidin184,355
ABPBH 4Aisyah124,572
ABPBH 3Search99,873
ABPBH 2Ramlah Ram64,426
ABPBH 1Fauziah Ahmad Daud24,813
  1. Anugerah Bintang Paling popular bermula pada 1987 (ABPBH1) dan pemenang pertama ialah pelakon Fauziah Ahmad Daud.

  2. Pemenang terkini ialah pelawak Bell Ngasri pada 2023 (ABPBH35).

  3. Bell Ngasri adalah artis ke-23 menjadi bintang paling popular sejak 1987.

  4. Satu-satunya artis berkumpulan yang menang anugerah bintang paling popular ialah kumpulan rock lejen Search (1995).

  5. Satu-satunya komposer yang menang anugerah bintang paling popular ialah M. Nasir (1995).

  6. Satu-satunya pengacara yang menang anugerah bintang paling popular ialah Neelofa (2016).

  7. Rekod kemenangan paling banyak dipegang oleh penyanyi No. 1 Malaysia, Siti Nurhaliza iaitu sebanyak 7 kali.

  8. Siti Nurhaliza juga memegang rekod artis yang menang anugerah bintang paling popular lima tahun berturut-turut (1997-2001).

  9. Satu lagi rekod yang dipegang oleh Siti Nurhaliza ialah pemenang yang menang dengan undi paling sedikit iaitu 16,867 undi sahaja (1998).

  10. Namun Siti Nurhaliza bangkit semula dengan menjadi artis pertama menerima undian melebihi sejuta (1.17 juta) pada ABPBH14 (2001).

  11. Siti Nurhaliza memegang rekod sebagai artis yang menerima undian melebihi sejuta selama 15 tahun sebelum kemunculan Wany Hasrita (2,052,997 undi) dalam ABPBH31 (2018).

  12. Artis pertama dalam sejarah yang mengekalkan kemenangannya ialah juga Siti Nurhaliza (menang pada 1995 dan mengekalkan kemenangan di tahun berikutnya).

  13. Dalam tempoh 34 kali ABPBH diadakan (dari tahun 1987 hingga 2023), hanya enam orang artis pernah menerima undian melebihi sejuta iaitu Bell Ngasri, Janna Nick, Haqiem Rusli, Mira Filzah, Wany Hasrita dan Siti Nurhaliza.

  14. Hanya dua orang artis pernah menang anugerah berturut-turut iaitu penyanyi Siti Nurhaliza (lima kali berturut-turut) dan penyanyi Mawi (tiga kali berturut-turut).

  15. Sejak 1987, hanya empat artis berupaya menang anugerah Bintang Paling Popular lebih dari sekali iaitu Siti Nurhaliza (7), Mawi (3), Shaheizy Sam (3), dan Aaron Aziz (2). Artis yang lain (sehingga tahun 2023) hanya menang sekali dan selepas itu tidak pernah berjaya mengulanginya.

  16. Rekod undi paling besar dipegang oleh Janna Nick iaitu 86,634,777 (86.6 juta!) pada ABPBH 34 (2021). Jumlah undian ini adalah jauh melebihi jumlah seluruh penduduk Malaysia (33 juta orang).

  17. Sejak 1987 (ABPBH1) sehingga kini (2023, ABPBH35), belum ada ratu atau raja yang berjaya menjadi Bintang Paling Popular. Ratu dan raja yang gagal tersebut ialah Raja Pop Jamal Abdillah, Ratu Jazz Sheila Majid, Ratu Irama Malaysia Noraniza Idris, dan Artis No. 1 Malaysia.